November 23, 2012

TTCians Must Read This.

Kawan2 TTC ku sekalian,
Sila baca blogpost ini "Affirmation and Fertility Boost"

It is similar to what I did last August until I conceived, alhamdulillah.
Kena baca post tu dulu baru paham apa yang aku nak sampaikan.

Aku petik beberapa ayat dari blog B&C ni.
"Kalau baca secara saintifik, rupanya bila kita adaptasi positive thinking with our life, ada hormon yang dirembeskan oleh badan kita yang merespon terhadap our thinking tadi. Kalau kita takut dengan kemiskinan, we keep thinking about it, we indirectly attract kemiskinan."

Same goes to fertility, bila kita keep focusing on infertility, secara tak langsung badan kita merespon terhadap infertility sebab our hormone and receptor tak boleh bezakan yang mana satu yang kita hendak atau yang mana satu kita tak nak sebab dia cuma boleh receive vibration which is our thoughts. Our thoughts mesti come from our affirmation. Our affirmation and thoughts has become command to them. And that's why bila kita nak pregnant, kita mesti focus our thoughts, energy and focus to be a mother. Or act as if." 

Kawan2 TTC ku sekalian,
Maksudnya katsini kalau kita ni keep on focusing "haih kenapa lah aku tak pregnant. Kenapa lah sipolan tu dah pregnant. Kenapa lah sipolan tu dah beranak. Kenapa semua orang boleh pregnant and not me?"
Kalau itu yang asyik kita fikir, memang lagi ranap lah system badan anda.
Ini serious, sebab aku pernah berfikiran mcm tu.
Aku pernah buat kesilapan itu.
Fikiran aku is WORST than anybody else sbenarnya.
Kalau ada yang follow blog aku dari 2010, banyak ayat-ayat yang taksepatutnya aku cakap, aku tercakap masa tu. Padahal baru setahun lebih je kawin time tu. Punya la jahat hati aku, takleh tengok orang mengandung, sampai terdetik dalam hati "Kau ni kenapa mengandung? Apsal kau nak sakitkan hati aku? Ko takyah mengandung boleh? ko gugurkan kandungan ko boleh??? Benci aku tengok perot ko tau tak? Nak aku tendang perot ko? Nak kena jalan2 depan aku kenapa? Nak tunjuk yang kau boleh mengandung? Macam tu???"

Akibatnya tahun 2011 jangan kata pregnant, PERIOD pun lansung tidak.
Lepastu hati ni, mcm busuk sangat. Itu perasaan aku terharap stranger. Terhadap kawan-kawan pulak, ada kawan masa zaman sekolah asrama dulu ajak lepak, bersama sorang lagi geng aku masa tu. sorang tengah mengandung 6bulan, sorang dah beranak dua. Aku selamba reply "Sory aku taknak jumpa korang. Aku taknak tengok anak dia dan perut ko. Aku taksanggup nak dengar korang citer pasal perut dan anak masing2. sory eh"
Kawan aku sedih aku cakap mcm tu,  tapi nak buat macam mana, hati aku time tu takde sape yang faham.
BUT NOW, remembering that i used to say that, ASTAGHFIRULLAHALAZIM!
Kenapa lah busuk beno hati aku?!
Macam laaa kawin dah 10tahun takde anak! baru setahun lebih!!! Poyo weh aku masa tu.
Aku citer kat husband aku, dia marah gila. dia cakap "Sampai bila nak macam tu? Elok sangat la mcm tu?"
-__- padanmuke kena marah.

So bila aku duduk termenung, aku terfikir entah2 hati aku yang busuk. Entah2 otak aku yang sangat negative, Entah-entah sebab semua ni, aku jadi tak subur. Sebab semua ni, aku fail to ovulate, fail to make follicles. Sedangkan zaman aku sekolah dulu, memang la period aku cycle panjang2, tapi pernah ke aku makan ubat2 hormon? Takpernah lansung. Walau aku tak period setiap bulan macam kawan2 yang lain, aku period la jugak dlm 2-3bulan sekali. Purata dalam setahun aku period dalam 6-7 kali.
Tapi kenapa lepas kawin tahun 2009, ada la dalam 6 kali agaknya. 2010, 7-8 kali tapi mostly dengan ubat. 2011 Tak period sendiri lansung. aku period 3 kali je dan tiga2 ni ialah ubat, bukan naturally.

Tahun 2010 - kakak sdara aku dah cadangkan method mind-set ni. Tapi aku degil. Bagi aku benda ni LAMBAT. Aku cuba sekali sekala tapi aku hilang focus dan aku cepat frust. aku rasa bila aku buat macam tu, aku lagi bertambah stress. Aku rasa impossible kalau dengan 'imagining' things je aku boleh conceive.

Ada hikmahnya aku terkena gangguan jin haritu, lepas buat rawatan, tuan haji mokhtar yang rawat aku tu suruh aku berzikir, which is frankly speaking lah aku ni jarang berzikir. Kalau solat tu lepas solat baca surah2 lazim, doa2 lebih kurang lepastu aku cabut telekung. Tengok, nampak sangat berdoa pun tak serious. Memang patut lah tuhan tak bagi aku anak awal dulu.
Bila aku zikir tu, aku tanya apa hikmahnya?
Tuan haji cakap "Zikir ni KHASIAT nya banyak, sambil zikir tu imagine kotoran2 dalam badan semua keluar, imagine awak sihat, imagine benih awak subur..."
EH? Macam pernah dengar je kaedah ni kan???
Aku terdiam, dan aku teringat balik mind-set method ni. Aku rasa mungkin ada betulnya. Sedangkan matsaleh mempraktikkan bende ni, kita yang orang Islam ni patut lebih untung sebab kita boleh apply sekali dengan zikir, dan meditasi ni boleh dibuat waktu selepas solat. Bukankah lebih menenangkan?
Kalau dengan imagining je mungkin kaedah ni tak berapa "power". Tapi kalau apply sekali dengan kehebatan Zikirullah, mesti kaedah ni lagi berkesan.

Aku memang sangat cadangkan TTCians semua BERHENTI lah dari torture diri sendiri dengan ayat2 yang macam nak DOWN kan diri sendiri. Percayalah, oranglain yang pregnant tu tak berniat nak downkan anda lansung. Itu kehendak Allah. STOP saying things like "ala adik ipar dah mengandung pun :("
"ala kawan saya yang kawin lepas saya tu dah mengandung pun....blablabla"
Stop saying negative things to yourselves. STOP bragging your husband about not getting pregnant.
kalau aku nak suruh STOP Crying, itu mungkin mustahil sebab siapalah aku nak halang korang kalau korang nak menangis? Korang juga manusia macam aku. bezanya aku ni mungkin jenis keras hati. keras hati yang bersamaan dengan DEGIL. aku sebenarnya boleh nangis. Tapi aku tak nangis.Maknanya aku tahan nangis.
Aku ego lebih sket :P
Tapi malangnya, aku tukar perasaan tahan nangis tu kepada perasaan marah. Which is worst.
Bila marah, aku mula mengeluarkan kata-kata kesat dan tak sepatutnya. Lebih teruk dari orang yang menangis. Lebih baik menangis dari marah.
Jangan buat apa yang aku buat. Aku memang silap, sebab tu aku tak subur, sebab tu mungkin jin 'bertandang' kat rahim aku, Sebab tu setan suka hasut kepala aku supaya cakap benda2 tak baik.
kan manusia yang suka bersedih dan marah ni setan & jin suka? Jadi memang salah aku.

Oleh itu kawan2 semua, please practice apa yang B&C share tu. Sangat bagus. Imagine good things. Kalau nak anak, imagine kita ni mommy, imagine kehidupan harian kita bila ada baby nanti, buat2 la macam kira-kira duit untuk keperluan barang2 anak semua. Walaupun macam berangan tapi benda ni bring good vibes :)
Benda yang bring bad vibes macam elakkan diri jumpa orang pregnant, elakkan diri jumpa orang yang dah ada anak especially diorang kawin lagi lewat dari kita, semua tu contributing to masalah kita.
Aku bukan perli korang je, aku sendiri pernah buat kesilapan ni. Macam yang aku citer kat atas.
Kawan-kawan baik sendiri pun banyak yang aku taknak jumpa dan aku beri macam-macam alasan.
Aku konon nak jumpe dan lepak dengan kawan-kawan senasib je. Yang bernasib baik dari aku semua aku anggap menyakitkan hati.
Tu kesilapan aku. Padahal kenapa la aku bodoh sangat anggap diorang tu lebih bernasib baik?
Padahal, aku la lebih nasib baik. Aku ada peluang menimba pelbagai ilmu selama TTC ni, join macam2 aktivity, enjoy sana sini, diorang perlu focus pada anak sahaja. Jadi sebenarnya aku yang lebih bernasib baik (Cakap untuk sedapkan hati laaaa)

Tell yourself this everyday:
"I'm normal, I'm healthy, I'm fertile, I can ovulate, I can get pregnant, I can be a good mother"
After solat baca zikir lazim Subhanallah/Laillahaillah/Alhamdulillah/Allahuakbar
Bayangkan ovary anda sihat, bayangkan ovary keluarkan telur yang matang dan sihat. Bayangkan tube semua clear, bayang rahim anda kuat dengan lining yang tebal.

Insyallah, focus betul2 mesti berjaya.


14 comments:

  1. kalau mcm tu, setiap bulan bila dah delay period kena cakap dgn diri sendiri...aku pregnant ni, tp bila check upt -ve, kecewa balik jay. Camna?

    ReplyDelete
  2. Nanie, kalau tanye 'camne jay?' Jay can't answer bcoz jay bkn punye kuasa, cuma bole share cadangan je. Pls read betul2 link b&c yg I bg tu.
    Dia dh ckp some people try sebulan berjaya,ada yg 3-4bulan, ada yg setahun. Depends usaha masing2, dan Allah jua yg menentukan. Skg persoalannya, dah cuba ke belum? :)
    i pun tak kate kalau cuba benda ni semata terus improve everything dalam sekelip mata, terus pregnant, terus sihat. Tidak, kalau makan ubat pun effect lambat, benda mcm ni lagi lah lambat tapi kalau kena dengan caranya, insyallah cepat. i cuba apply benda ni dari 2010 nanie, tak pernah fokus dan i slalu down mcm u ckp tu. Kecewa dan down. beratus hpt i buat semua negatif, nak cakap pasal kecewa dah takreti macam mana. Tapi itu lah yang contributing kpd masalah kita.
    Jadi cuba betul2 mcm i cakap ni tapi jangan la harapan tu tinggi menggunung sangat sampai bajet bila period delay tu pregnant. Kalau terlalu mengharap pun salah juga. Cara yang di atas i share ni bukan suruh mengharap, tapi tell ur system that u are healthy. that u are normal. Normal women pun bukan semua got pregnant at 1st attempt kan? yg penting ovary dan otak u sihat dan sentiasa ada positive vibes, kalau keep on thinking Kalau tak jadi mcm mana? dan kalau -ve terus sedih dan blame apa yg diusahakan before this tak berjaya, or terus banned taknak buat dah cara mcm tu sebab takberjaya, that's not how it works dear. It takes time to really understand this, i hope u jangan think negative but cuba dulu. Kita taktahu cara mcm mana yang akan buat kita berjaya, i pun taktahu before ni. i cuma buat je. i buat for the sake of 'having positive mind".
    best of luck kay. ;)

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan semua di atas.

    Even makcik urut pun ada pesan. Baca alkhaliq, al bari', almusowwir sambil urut perut n bayangkan telur dah jumpa sperm or bayangkan baby da jadi. Urut selalu sambil zikir (ni nak cakap sumber nasihat berkaitan affirmation ni pelbagai la)

    The thing is kita nak buat ke tak je kan? I pn mcm u jay. Rasa cara tu lambat. Tapi better late than never aite?

    One thing that i can be proud of myself now is i dah tak rasa down sangat la bila dapat bfn, then the next day period. For me, period pun rejeki. If bfn then no period, lagi haruuu je rasa.

    ReplyDelete
  4. hi Shasa, ada yang bukan ayat i, just share the link by B&C punya blog tu kay. yg i bebel2 panjang2 kat atas ni takkan u nak share dkt blog u hehehehe...share the link ok kot :D teheheee

    ReplyDelete
  5. Anis: Itu lah even makcik urut pun praktik kan benda ni kan, maknanya mmg benda ni part of usaha yg mungkin akan berhasil. sbenanye minda kita sendri ada "power" utk buat semua tu. nak dengan taknak cuba je and kalau cpt putus asa, mmg xkan jadi. becoz nak dapat concentration tu bukannye skali attempt je kan. anyway smua ni pun Allah juga yg izinkan, apa2 pun kita yang kena usaha sehabis boleh. kalau cepat frust maknanya kita cepat kecewa dengan Allah.
    Me pun start tahun ni dah takde perasaan bile dpt BFN, cuma bengang sbb period takdtg. :P

    ReplyDelete
  6. THANKS..kdg2 mmg terfikir mcm ni..tp bila dpt tau ada org len pregnant,or kwn2 yg dah pregnant or dah ada baby post pic about that, terus rs hati ni jd dengki...pdhal xnak pun rs mcm ni..

    ReplyDelete
  7. umi, sy pun begitu jugak dulu jd sy faham ape yg dimaksudkan. sy lagi lah teruk. ckp dlm hati mcm2, semua benda tak baik towards the pregnant lady. padahal dia tak buat salah apa pun dekat sy. dkt ofismate yg lelaki pulak kalau diorg announce wife pregnant or bersalin sy sampai taknak ucap tahniah lansung kat diorng sbb iri hati yg teramat.
    tapi benda tu lah sebenarnya yang buat penyakit kite lagi teruk, makin tak subur dan minda pulak negatif memandang, hati pun busuk..kdg2 bukan pilihan kite, dah automatik mmg akan rase mcm tu kan. sbb tu la kene berdoa minta dijauhkan perasaan tu. kite ni smua hamba yg lemah. slowly kena ubah mindset, insyallah boleh.

    ReplyDelete
  8. jay..nak 'like' semua tu..it hard to do actually kan..but practice make perfect..heheh teringat satu sentence yg dpt masa training dulu "to make things to changes, i MUST CHANGE first!!"

    ReplyDelete
  9. thanks for the link..living proof macam ni la yg i suka, at least i know that the theory works..at least i tahu ada exTTCian yang buat cara ni..thanks for sharing your story..i hope boleh jadi inspirasi pada i dan rakan2 lain..i masih mencuba, InsyaAllah tak kan putus asa..

    To Nanie Nahar: kalau dapat -ve, pun kita kena ada positive thinking..poitive thinking that our womb and reproduction system works well..jadi negative sbb benih yang ada tu maybe tak elok, or abnormal ke, ataupun kurang kuat & kurang cerdas..actually dalam islam postive thinking ni telah lama diajar oleh Rasulullah dalam konsep 'Bersangka baik dengan Allah'..Tapi i faham, i pun masih belajar buat positive thinking, affirmation and gratitude ni..since ada TTCian blogger yang berjaya dgn cara ni, memang i happy sgt, before this baca experience dari wanita luar negara, so bila baca sendiri pengalaman dan recommendation dari org yang pregnant, memang I yakin it works. InsyaAllah..I tak berani cakap lebih2 (komen ni pun dah panjang eheheh) sebab i pun belum pregnant, padahal i and husband takde problem as confirmed by doctor..

    To Anis: wau tak sangka makcik tukang urut cakap macam tu eh..means kita boleh cuba la kan..

    ReplyDelete
  10. benda ni sama tak dengan berangan? sebab aku ni ada masalah suka berangan... kadang2 tu tahap angan aku ni sangat melampau.. aku berangan yang tetiba aku buat pregnancy test, positif..pastu mula la aku berangan camne nak buat suprise kat laki aku..camne nak update dlm blog..siap dah karang ayat.. pastu senyum sorang2 dan yang penting rasa puas dan happy walaupun aku berangan je..

    aku belum pernah cuba lagi kaedah ni..sbb aku ni takde kesabaran yg tggi..skrg ni lepas sembahyang cuma baca ayat kursi je..pastu cabut telekung..buruk betul perangai..

    nk tggu cyle akan dtg ni try kaedah ni pulak

    ReplyDelete
  11. Cujen: benda ni lagi extreme dari berangan.
    hehehehe, yeah berangan is the idea, but lebih kpd imagine that benda tu mcm betul2 berlaku dengan kuasa 'minda' kita. haaaaa mistik tak bunyi nye. hahaha....tapi boleh cuba. its not easy but boleh try slow2..kat blog B&C tu ada tunjuk cara-cara nya.

    ReplyDelete