August 18, 2010

Buah Zuriat

Buah ni mmg sgt popular dikalangan org2 yg TTC. kalau yg sng pregnant tu, mungkin dia taktau sbb dia takkan cari. aku sendri pon baru je tau sbb aku bace2 forum. buah ni susah nak dpt, kat Mekah je. so kalau nak kene kirim kat org2 yg pegi sana.

tapi psl aku takleh nak sabar sgt, aku search jugak online mane tau ade org jual benda ni. Alhamdullillah, jumpa. org ni iklankan dkt blog2 & forum2 org yg TTC. aku pon teros sms dia. dia jual mahal sket RM40 sepasang. sbb yg aku tau buah ni kalau kat mekah baru 1Riyal je. tapi sbb nak sgt, 40inggit tu apelah sgt kan. nak pegi sana bile pulak.

buah ni aku dah dpt dah semalam. ni pic dia, (copy drp website orglain)



Siapa nak boleh la sms Ira Sulaiman 016-9865624. heh aku bagi promot free je. tapi maybe it is worth the try. ade byk sgt cara nak makan buah ni. ni some info yg aku dpt from beberape forum & blogs.

from blog irtiyah:

kata sumber yg saya rujuk tu.. kena rebus setiap hari sambil di tambah air.. saya rebus lebih kurang setengah jam.. buat sehingga hilang zat buah.. mungkin rasa akan semakin tawar kot. Suami isteri minum sekali setiap hari dengan baca basmalah [bismillahirrahmanirrahim] dan ayat 38 surah Al Imran yg diulang 3 kali. Ini antara web yang saya maksudkan.. http://www.hamidarshat.com/smf/index.php?action=printpage;topic=283.0

from RATUHATI forum








Sebelum ni ada member Suria bagi buah ni.

Dia kata cara makan rendam dlm air & minum 6x sehari.

Tapi ikut mak cik Suria dia kata rendam dalam susu, baca selawat 1000x

baru minum.

Tapi Suria x buat2 lagi. Kalau kira2 selawat 1000x = 1.5jam.

InsyaALLAH Suria akan buat.

Mak Suria pun dah bebel .

Ye lah, kalau betul2 nak zuriat selawat 1000x tu bukan masalah.

Mungkin ada kebenarannya dgn selawat 1000x boleh beri ketenangan jiwa

di samping tu mungkin boleh memulihkan rohani kita..

---

Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah mengambil buah zuriat ini. Mungkin dalam masa terdekat ini saya akan mencuba. Tetapi saya akan berikan panduan cara2 menggunakan buah zuriat ini. Panduan ini saya perolehi hasil maklumat daripada beberapa pertanyaan dengan ibu mertua, kenalan dan ustaz di kawasan saya.

Saya akan usaha utk terangkan secara ringkas

1. Pecahkan 2 biji buah zuriat ( Menurut ustaz mesti direbus 2 biji sekali rebus. umpamanya suami isteri)

2. Bila dah pecahkan buah tu..rupa dia mcm kelapa...pastu belah kepada dua sampai nampak isirung dia.. (macam isirung kelapa)

3. Letak air lebih kurang dalam periuk rebusan dan rebus hingga tinggal separuh drpd air yg dimasukkan. air dia lebih kurang kaler coklat2

4. Minum air nya setiap hari selama 40 hari atau lebih sehingga preggy ( suami isteri minum )

5. Ulang langkah 2 sampai kaler air tu jadi putih....(Lama2 air rebusan buah tu jadi pudar.)



---

Heh, mane satu aku nak ikot ni agaknye. takpe aku rase semue pon boleh. aku baca skali tu kene minum time subor. sbb tu aku tak start lagi. tapi nih die kate kene minom 40hari lak. memandangkan aku xsabar2, aku rase aku nak try skang lah. aku ade arituh kirim kat nana soh die gitau mak dia yg nak gi umrah taklame lagi nih. kalau ade rezki aku dpt lagi buah tu takpe la. aku minum je sampai la aku pregnant. kalau mak die takjumpe buah tu katsana, aku leh order dgn ira sulaiman ni.

byk lagi aku dgr, minum air serbuk kurma, buah delima dan sbgnya. aku try nih dulu.

wah boleh dikatekan aku try semua yg modern & traditional serentak. tapi aku takpenah letih. aku rase lagi bersemangat & seronok lak.

aku cume saket jiwe kalau org suke memandang mcm tayik kat aku sbb aku tak pregnant2 lagi. astu mcm perli2. takpe. aku maafkan diorg. aku anggap je diorg ni org yg kurang bertuah. haha..kurang bertuah?

alamak habis la aku, nak raya dah ni. jap kang makcik tu tanya makcik ni tanya..ok aku dah tetap dgn jawapan aku.

Kalau makcik yg baik & mean no harm, kite jawap: "Belom rezeki lagi, haritu dah ada tapi gugor..insyallah lagi 2 3 bulan mengandung la (senyum manis2)" atau "mmg ada masalah sket tapi tgh treatment la ni, kalau dah baik semua insyallah mengandung laa" (senyum manis2 lagi)

Kalau makcik yg sengaje nak tanye n takpuas ati asal lame sgt tak pregnant2, jawap: "Bulan 10 ni saye mengandung. jgn risau."

astu kompem die tanye balik: "Eh mcm mana lak ko tau bulan 10?"

jawap balik: "Abih dah tanya bila nak ade isi, saya pon tattau tuhan nak kasi bila??! jadi saye jawap je la bulan brape2 pun!"

heheh.

2 comments:

  1. last suggestion tu best hehehe
    btw, saya penah juga cuba herbs ni, tapi from doc's point of view, my friend sorg ni ckp diet tak dpt menentukan pregnancy.. tapi takpe, cuba saje, mmg la 'technically' cam takde kesan.. mungkin dia mempengaruhi certain body condition kita to prepare it for conceiving kan..so all the best!

    kita baru nak try amik medication. gynae bg clomid, progynova and buscopan.. nak study dulu before amik. some info dah dpt pun dr blog jay ni. TQ ya! gambatte!

    ReplyDelete
  2. hehe tapi sbenanye it depends on our body jugak. every women's body is different. kdg2 ade org gemok takyah jage makan ape pon tapi hormon badan dia semua cukop n sistem peranakan die takde ape masalah, berderet2 anak. tapi bile ade masalah, baru la semue2 ni kene jage sbb kite ni 'special case'. haha..diet mmg takdpt menentukan pregnancy tapi sikit sebanyak it helps to increase the chances. kalau dok mkn mcm2 tak jage usus, toksin n bende xhadam byk..bile makan ape2 supplement or ubat camne nak absorb dgn sempurna kan. so no point jugak ambik medication n treatment sana sini kalau kite sendri tak jaga makan.
    goodluck n babydust to u & fariz!!! :D

    ReplyDelete