October 5, 2011

Manusia

For us who, sometimes (not just sometimes, all the time) rasa down, sebab masih belum dikurniakan anak. Entry ini juga untuk ingatkan diri sendiri.

Adakah kau rajin bersedekah? 

kalau tidak, cuba lah. Mungkin tuhan melambatkan rezeki kita sebab rezeki duit yang kita ada, kita tak pernah bersedekah. Bagaimana bentuk sedekah itu?
Baju2 yang tak terpakai dalam rumah kita, tak pernah kita kongsi dengan orang yg susah. tak semesti nya bagi 2 3 ringgit dkt org buta yang bawak tisu mase kita makan kat kedai tu je. Sedekah la juga pada, rumah2 anak yatim, rumah orang tua2. Sedekah jugak bukan dalam bentuk duit saja, mungkin pakaian, makanan, keperluan harian,  sedekah pada kawan2 yang baru melahirkan, sedekah pada anak2 kawan2 kita, (walaupun diorang dah besar), sedekah makanan pada kucing2 terbiar, itu semua sedekah.

jadi kalau kita jarang buat semua ini, boleh la mula. jangan asik meminta2 dari Allah sesuatu yang kita takde, sedangkan benda yang kita ada depan mata, kita takpernah hargai, dan takpernah kongsi dengan orang lain. Malu lah dengan Allah, untuk berminta2 sesuatu yang tidak ada itu. Tak salah berdoa, tapi jangan terlalu sedih bila sesuatu yang kita nak itu kita tak dapat. Belajar untuk Redha, jika masanya belum lagi.

Pernahkah kita terfikir wanita lain yang dah ada anak itu, hidupnya sangat indah ke?
The kernel truth is, having a child doesnt mean EVERYTHING IS SETTLED!
Banyak lagi dugaan yang Allah akan beri, lepas Dia beri apa yang kita nak sangat. Macam nak kawin. ko nak sangat kawin, bila Tuhan dah jumpakan jodoh kau, everything is settled ke? Tak kan? timbul issue nak anak pulak. Nanti lepas nak anak, timbul issue, duit tak cukup la, atau masa takde utk spend dengan anak, atau anak kau sakit yang teruk, habis duit gaji kau lakibini bayar bil hospital anak, atau anak kau meragam teruk gila malam2 sampai kau tiba2 menyesal sebab dah ada anak, ko takdapat tidur lena lagi.atau laki ko asik outstation je sampai ko kene jaga anak kau sorang2,.the thing is, things are never settled for you.  Kalau kau takpernah REDHA.

Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang lebih malang dari kita?
aku ada seorang sahabat, if she dont mind, aku akan bagitau dia adalah siapa. Tapi dia adalah founder group "Dream Mothers" dekat facebook tu. dia sahabat aku. dan aku kagum sebab dia moved on dengan hidup dia, life dia kalau orang tengok, mcm almost perfect.  Tapi orang tidak tahu yang dia tidak boleh mengandung sampai bila2 kerana dilahirkantiada rahim. Selama ni aku ingat orang yang takde rahim tu sebab rahimnya dikeluarkan, kerana ade cyst ke cancer ke, tapi dia bukan, dia memang lahir2 takde rahim. Syndrome ni nama dia MRKH (Mayer Rokitansky Kuster Hauser Syndrome), google, to find out more. Dalam 70,000 pompuan, ada 1 je kes. dan dia adalah 1 of 70,000 itu. Tapi dia telah berkahwin dengan lelaki yg menerima dia sepenuhnya, and believe me, hidup mereka bahagia gila, walaupun dah memang tau takkan boleh ada anak kandung. Tapi itu bukan penghalang utk dia jadi Ibu, masih boleh lagi selamatkan anak2 yang takde makbapak, boleh ambik anak angkat, dan susukan, terus jadi anak kandung. Dia juga pernah ckp dekat aku, die bersyukur gila atas nikmat yang ada skang, sebab ada oranglain yg syndrome mcm dia, bukan saja takde rahim, cacat paras rupa, senget tulang belakang, dan mcm2 lagi. Dia cuma tiada rahim sahaja tapi yg lain cukup sempurna, wajah takde cacat cela. Macam mana kalau benda ni terjadi kat kau?

Pernahkah kita terfikir ada ramai wanita lain yang boleh mengandung dan beranak tetapi ditinggalkan suami?

biras aku, yg sudah jadi ex-biras sebab mereka dah bercerai. Bukan nak canang diorang sebab bercerai, tapi sebab dia diceraikan dalam keadaan mengandung. Wait, jangan terus salahkan suami dia (adek ipar aku) suami dia innocent tapi isteri dia itu paksa gak minta diceraikan after pergaduhan yang brkali2 sejak kawin. Refer my previous entry for this story. Aku xtau nak citer mcm mana tapi, pendek citer nya, orang gila je yg tak ceraikan pompuan serupa itu. Tapi, kenapa tuhan bagi anak dekat dia? Do you think she is strong enough to handle this? Do u think u will be strong enough if u were her? Esok bila anak lahir, orang akan mengata, mencaci kerana taksampai setahun dah jadi janda, dia kena jage anak tu sorang2 lagi (kalau lom ditemukan dgn jodoh baru la). Dugaan dia banding dengan kita, susah lagi dugaan dia weh. (walaupon die sendri yg cari penyakit)

Ditinggalkan kerana Allah ambil. pun ada. Nak sangat anak, mengandung je Suami plak mati. Aku taknak benda ni jadi kat aku, Ya Allah, tolonglah jauhkan. Sebab tu aku memang berserah 100% dekat Allah untuk beri yang the best untuk aku. Aku dan suami aku pernah ckp, kalau memang ditakdirkan mmg takkan ada anak, kami redha. Kalau Allah dah tentukan kami cukup bahagia dengan hidup BERDUA sahaja, kami redha. Mungkin hidup kami tak complete seperti anda, tapi hidup kami cukup bahagia juga seperti anda yang ada 3 4 orang anak.

Esok lusa kat akhirat, mungkin Allah nak bagi rezeki yang lebih indah dari anak di dunia. Kita tak tahu.

---

Aku penah tengok citer Berpaling dari Jannahmu. Ogy ahmad daud & Nasir bilal khan, terbaik la lakonan diorang. Ogy dalam cerita ni, 10 thn takde anak. tapi attitude dia ni pembersih, pembersih GILA, dan suka menghias2 rumah, dan pantang rumah bersepah sikit, dia kemas. Tapi dia rasa jugak kesunyian, sebab takde anak. Satu hari dia pun berdoa kpd Allah, doa bersungguh2 minta Allah bagi anak dan berjanji akan membesarkan anak itu dengan penuh kasih sayang.

Setelah diorang buat treatment, dia mengandung dan lepastu dikurniakan baby girl (lakonan Mia Sara). Bila anak dia dah besar, punya la Ogy tu jaga rumah diorang takkasi sepah lansung, sepah je kena marah. dan hari2 si Mia Sara ni kene marah, maki dgn Ogy sbb rumah bersepah. budak2..mana ada rumah org yg ada budak2, Kemas? ada ke?

jadi mengape at the 1st place tuhan takmo bagi anak?

Sebab Allah itu Maha Mengetahui, ko bila ada anak, ko asik pukol anak ko sebab rumah ko bersepah. dah kau nak rumah kemas dan bersih sangat, memang takleh ada anak punya. So bila Allah dah takdirkan dia takde anak, dia berdoa pulak untuk NAK anak, Allah itu kan MAHA Penyayang, Dia beri jugak akhirnya.

jadi bila dah dapat, mcm mana ko layan anak itu? akhirnya anaknya itu merajuk, lari keluar rumah dan kena langgar, dan mati. Jadi ALLAH ambik balik. pasal ko dah janji ko nak jaga anak tu betul2, tapi ko mungkir janji, kau degil, sebab Allah dah takdirkan ko memang takboleh ada anak, tapi ko ingkar dengan takdir Allah, kau NAK jugak anak, jadi tuhan nak tunjuk kat kau, ada anak itu bukan TERBAIK utk kau. adalah baiknya kau takpayah ada anak sebab rumah yang kemas itu lebih penting kan?

Bapak mertua aku penah citer, dulu ada ofismate dia yang 9tahun kawin takde anak. Lepastu berdoa, semayang hajat semua, treatment merata2, akhirnya mengandung isterinya. Skang anak dia dah remaja tapi, perangai teruk, hisap dadah, selalu kena tangkap polis dan sbgnya...Bapak mertua aku ckp, Dah memang awal2 dia takpayah ada anak tapi nak jugak, sebab tu tuhan taknak bagi mula2, pasal dah bagi, tengok2 dah besar jadi mcm tu, tapi psl ko nak jugak, mintak sangat, Allah beri. dan sudahnya? Sebab tu aku cakap dapat awal ke lambat, bukan ukuran. Kalau lambat pun ade yang takjadi apa. Aku ni ha, 4 tahun lepas mak aku kawin baru aku lahir. skarang aku jadi apa? buang masa menaip kat blog. hahaha

Aku pun masih berusaha walau dah nak masuk 3 tahun kawin, tapi aku taknak struggle teruk2 sampai sedih melampau sebab takde anak. Aku taknak esok aku nak sangat, bila dah dapat aku menyesal sebab melahirkan dia. Sekurang2nya Allah lindung aku dari berperasaan RIAK, dari bangga diri, Begitu lah manusia..aku pun sama gak. Kadang2 terlalu marah, asik2 nak sound orang yang mention psl pregnancy diorang. Aku takleh marah sebenanya. tapi perasaan itu natural. aku mintak maaf..kalau aku memang banyak sakitkan hati korang dengat ayat2 aku. Itu memang cara aku menegur orang. Aku takde hak pun, tapi kau juga takde hak untuk sakitkan hati aku at the first place. Esok lusa kita tattau tuhan nak uji kita mcm mana.

Ini untuk ingatkan kita semua.

8 comments:

  1. could not agree more!

    mmg ada sebab di sebalik kejadian.

    tapi kan jay, ko igt satu bende je. someone penah ckp camni kat aku:
    "Allah SWT takkan uji kita kalo die tahu kita tak kuat utk menghadapi suma tu. dan bila dah betul2 tak kuat, xmampu, doalah pada Dia. jelaskan kenapa tak cukup kuat. mmg Dia akan dengar."

    wallahualam,,,

    ReplyDelete
  2. Pernah juga mak cerita ada seorang ustaz cerita tentang infertility ni. Dia cakap semua ni bergantung kepada keadaan kita. Maksudnya jika Allah tak beri sekarang, ini kerana Allah nak beri kemudian yang terbaik utk kita. Ada seorang perempuan ni, dia asyik berdoa supaya dikurniakan anak, sedaramara, ipar duai semuanya menyuruh dia pregnant cepat2, kemudian tak lama kemudian akhirnya dia pregnant juga..yang jadi masalahnya, tatkala dia melahirkan anak, tiba2 mak dia jatuh sakit (stroke) dan semua adik beradik tak nak ambil peduli, mereka kata tangunggjawab perempuan ni yang sepatutnya jaga mak sebab perempuan ni duduk sekali dengan mak dia. So ustaz kata, Allah akan bagi apabila tiba masa yag sesuai. bila dah jadi macam tu, perbelanjaan, masa, wang rinnggit pun bertambah. mana nak jaga anak kecil dan jaga ibu yang stroke. Ustaz kata Allah nak suruh dia berbakti kepada mak dia dahulu sebenarnya.

    sekadar cerita sahaja la..

    ReplyDelete
  3. No wonder la kata2 dream mothers founder tu mcm dah xde harapan je.. Hebat sungguh ujian dia subhanallah, may God bless her
    Byk cerita yg kita boleh ambik sbg teladan, Pada masa yg sama jgn lah kita berburuk sangka padaNya. Sebaik2nya jgn kita menghukum org lain dgn ujian yg Tuhan beri pd mrk, mana tahu ujian tu semua supaya Tuhan naikkan darjat mrk kelak, wallahua'lam

    ReplyDelete
  4. thanks jay, this article really aspired me! still kene berusaha lagi! =)

    ReplyDelete
  5. yeah i knew that. sebab tu aku buat kesimpulan bahawe orang2 yg senang pregnant tu dia memang tak boleh handle, takboleh tahan, takkan kuat untuk hadapi dugaan kalau lambat dapat anak mcm kita, tah2 baru 3 bulan takde ape2 teros mcm huru hara rase nak bunuh diri., tah2 setahun takde anak, suami teros nak ceraikan, mertua teros pulaukan, sebab tu tuhan teros bagi je sebab itu yg the best utk diorg, lagipon memang rezeki diorang pon...aku syukur jugak kadang2, sebab kita di antara yang the chosen ones utk menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  6. betull...dulu mase baru kawin pernah gak sy ckp dengan husband, awal2 ni kalau tak pregnant lagi takpe kot, kite plan la dalam setahun....kononnya sebab mak sakit, so nak jaga la dia..tibe2 sebulan lepas kami kawin, mak dah meninggal..teros takjadi nak plan setahun tu....tapi taksangka jadi sampai 3tahun pun takdpt conceive lagi..maybe it's still not the time yet..xpe lah yg penting Allah akan beri pada masa yang terbaik. :)

    ReplyDelete
  7. OMG dont call this an article! hehehe, ini cuma bebelan hati saya. Nak sejukkan hati sendiri, dan nak share dengan korang ;P

    ReplyDelete
  8. Memang betul, dia my fren, selalu hangout dgn dia, and she is a happy woman. rase bersyukur sangat dengan apa yg Allah dah bagi sekarang sebenanya. takot nak mintak lebih2 dah..memang la nak, so kena la usaha..kan. ramai lagi orang yang nak usaha pun takboleh..ni semua hikmah utk kita.

    ReplyDelete