Rupenye post ni dok kat draft. patut lah cari takde. adoii
hehehe
---
more info about keburukan soya.
'Adakah kacang soya baik untuk kesihatan?'
Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.
Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).
(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a’lam
good info dear !
ReplyDeletemmg ader member tu mak dier dpt breast canser sbb minum soya...org kata minum soya, bby putih....tp, risikonyer, tu la, dpt canser....ceh!
ReplyDeleteisk..myth yg sgt salah kot psl minum soya utk baby putih tu. lately FIL pun ada suruh minum katanya nnt baby putih. me n hubby bagitau psl info ni, diorg diam je. biase la org tua. diorg ckp Ala org dulu2 bagi soya kat anak2, takde sakit ape pun? haih.
ReplyDeletebut the thing is, soya is phytoestrogenic. kalau tgh pgnant baby boy, u kasi soya, lagi lah akan rosakkan system lelaki dia. sok anak besar jadi pondan, jgn pulak heran kann...
Start je kahwin I dah larang my husband take any soy product. Kalau makan tempe sesekali je I bagi. I pun da kurang minum soya compared to when I was single. Gile banyak jugak keburukan soya ni ek
ReplyDeletewaktu time sekolah dulu, setiap hari saya minum air soya pagi dan malam.. beli berkarton2 soya, then bila saya dpt ketumbuhan endometeorsis, and bila saya selidik2, soya salah satu punca ketumbuhan tersebut ... T___________T
ReplyDeleteSuwaibah: ya Allah ye ke..maknenye mmg betul lah dia mengakibatkan cyst smua eh...selama ni sy byk bace dari artikel je tapi belum penah dgr lagi org yg betul2 dpt penyakit akibat byk minum soya directly mcm ni..thanks for the info ye..abis tu mcm mana skang? ada lagi endo?
ReplyDeletejay :- mungkin jumlah yang saya amik tu byk sgt kot.. huuu
ReplyDeleteactually endo saya dh stage 4 dan untuk kali kedua dah saya kena, first time kna time blaja dlu, dah bedah , dtg balik 2011 , bedah lagi..now, both tiub dh x function, saya boleh buat IVF sahaja.. dlm pada masa sama saya try rawatan lain.. :)
good info! n it made me a lil bit confused n wondering too..coz nowadays there are heaps of products derived from soy sold on9 i.e S*II, ESP Shakl**, HerbaL*** n etc
ReplyDeletehttps://m.facebook.com/onenur
ReplyDeleteNak join group ttc. Search kat fb tak jmpe plak admin2 tu..
Please :)
Facebook id : wan nur akmal