January 29, 2013

"Dah ada Anak?"- is the new "Apa Khabar?"

For us married couples of course.

Last Saturday, aku ikot family husband ke kampung diorang kat K.Pilah.
Aku suka K.Pilah, sebab suka sangat tengok rumah minangkabau.
Cantik & Klasik.
Then masa pegi kenduri tu, ramai lah sedara mara MIL yang dah jumpe setahun sekali je tu, bertanyakan anak2 MIL aku. dan bila turn aku & hubby bersalam dgn diorang, of course soalan yang sgt sgt boleh dijangka.

"Dah Ada Anak?"

i was like, Ok,. baru sorang tanya.
Tapi bila continue salam dgn makcik dan pakcik lain, sepupu2 jauh yang lebih kurang sebaya, juga bertanyakan benda yang sama.

"Dah Ada Anak?"

atau tukar skit
"Anak dah berapa orang?"

It's true aku dah conceive tapi aku tak tipu aku still annoyed with that question.
Husband jawap "Coming soon"
Then makcik2 akan toleh ke perut aku, dan cakap oOOOO dalam perut...
Ok, ok lagi.

Hubby aku dukung anak buah aku, another makcik pun tanya "Oh ini anak kau ya? Dah besar dah haaa"
hubby cepat2 jwp "Eh! bukan..ni anak adik.."

Makcik tu jawap "Laaa kau pegang anak orang buat apa? Anak kau mana??"
Hubby: "Anak dok dalam perot lagiii"

Makcik: Ohhhh.....eh bukan ke kau yang kawin dulu?
-__- (malas nak jawap)

Then the whole day at the kenduri, every new people we salam, semua soalan sama "Eh kau ni anak embong kan (my MIL) anak dah berapa?"

erk. Its like APA KHABAR?

itu soalan pertama masyakarat kita.

:(
I felt so sorry for yang still TTC. I know how it felt. Aku pun masih rasa bende ni sebab dulu penah rasa.
Tapi kadang2 kite memang betul2 kena let go, sebab soalan itu macam APA KHABAR?

Orang takkan tanya married couple "Dah beli rumah?"
"Dah bayar bil astro?"
"Dah naik pangkat?"
"Berapa banyak emas kau ada?"
"Kereta dah berapa bijik?"

No one will ask such a question.
Yang orang akan tanya sebagai pengganti APA KHABAR ialah DAH ADA ANAK.

Tips: I know i've shared so many tips in this blog. and this may be a repeated tips. but we cant do anything, sadly, please dont torture urself thinking about that person's question because its just pengganti kepada APA KHABAR. so nak jawap KHABAR BAIK mcm mana?

"Belum ada, coming soon kot"
and kalau terer, korang yang cepat2 tukar topik like
"Anak2 makcik mana?"
"Makcik dah lame ke sampai?" atau ape2lah! Tanya balik si penanya tu soalan lain.
Jadi takde lah lama sangat soalan Anak tu.
---
Kepada adik beradik MIL aku, ramai yang tau kami buat treatment mcm2, struggle macam2, terharu sikit when they saw my pregnant belly, diorang yang terharu lebih, siap nak peluk aku, cakap Alhamdulillah, dah ada dah,..syukur..jaga baik2 tauuu...rezeki ni...lamaa dah awak kawin baru dapat ni...kena jaga betul2...etc etc..

i love this kind of makciks. Kalau yang berkata "Baru nak ada?" tu memang aku pissed off. Apelah salahnya ucap syukur je kan. Aku pun bile orang berkata Wahhh dah adaaaa dah finally! blablabla...
aku takot gila utk berbangga lebih, malah aku mintak lagi diorang doa2kan..mudahan2 smua selamat.

Bapak aku mase last 2 weeks of kenduri kendara sedara-mara, die yang syok lebih bagitau semua orang, aku mengandung. Mungkin dia stress agak lama sebab ramai orang tanya dia bile die nak bercucu. Semua sedara-mara yang dia salam, kalau bertanyakan pasal aku, dia akan gitau "Dia mengandung"
"ini anak saya, Dia mengandung"
"saya dah nak jadi datuk ni"

lahai bapak aku ni pun.
die cakap begitu pada couple yang berbelas tahun takde anak, tapi ada ambil 2 anak angkat. i saw that person's face. and i knew what it meant tapi sbb die sedara bapak aku, die ucap la tahniah kan. sambil senyum. senyum yang aku sangat faham.

Yela bukan salahkan bapak aku, bapak aku terlalu happy agaknye. org tu pun mungkin tak rase apa2 tapi aku yang fobia sgt dengan wajah2 orang yg penah struggle utk dapatkan zuriat...
huhuhu....susah gak bekas2 TTC ni. cepat sensitip. :P

12 comments:

  1. so sweet la bapak u jay! of course la dia happy sangat...dan yani tahu sangat senyuman sedara jay tu, senyuman copy paste macam yani ada sekarang. seram sejuk nak jumpa sedara mara dua-dua belah, lebih seram dari jumpa doktor dan kena suntik ambil darah.

    ReplyDelete
  2. betoi2..kdg2 rase nk snap out je dgn soalan cmtu..
    tp hubby cool je jawab, on the way~
    so soalan cmtu, saya serah pada hubby..huhu..

    www.iez2linejourney.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. jay, nina pulak org cakap, "Awk ni suka betul kat budak2, tp anak sendiri blom ada lg.."

    >> Mcm mana i nak interpret statement org tu ye?

    ReplyDelete
  4. salam Jay,

    adik perempuan suami dpt anak July last year(cucuu sulung belah suami). last week adik lelaki Ai pula dapat anak. blk kampung nk jenguk newborn baby.

    alih2 dapat soalan, "ini kakaknya kan? laaaa KESIANNYA. adik2 semua dah dapat baby"

    Ai senyum je sambil jawab insyaallah december ni bersalin. lps tu depa pelik. hahhaa yelah ni baru januari, klu dah pregnant mestilah ogos or september bersalinnye.

    tu doa Ai tahun ni. aamiin

    ReplyDelete
  5. saya suke post ni.. sbb semua org akan merasaianya...

    ReplyDelete
  6. ala comelnya ayat father in law tu, saya dah nak jadi datuk... ehhe dia excited tuh...betul kata awak, soalan apa khabar dah tukar pada berapa org ank dah skang ni.tu dlm masyarakat kita la.utk takmo terasa hati, anggap je la derang caring pada kita...tp... setakat anggap je la.yg menanggung kita...

    ReplyDelete
  7. i reaaly enjoy baca post ni....hhuhuhuhu...
    sbb skrang tengah mengalaminya....

    thanks jay...post awak ni bg saya semangat...
    take care darling

    ReplyDelete
  8. yani: hah biase laa org tua kan..huhuhu..dia terlebih2 excited pulak..yg my sdara tu dia pun dah 40something umurnya, anak2 angkat dah skolah but still i understand that smile..

    hatif iezyan: on the way is kool! hehe, tapi dulu kami penah jwp mcm tu, tibe2 makcik tu leh kata 'asik2 on the way on the way taksampai2 punn.."
    kecoh...

    Nina: ha jawap la balik "takpe la belum ada skang, esok lusa kalau sy dah ada anak berderet2 makcik jgn mintak satu tau."
    alWAYS think of an answer that can shut them up. nada gurau la, tapi of kos die akan senyap.

    Totyati: kak, kakak kwn sy pun penah kena mcm tu, kesian dia. makcik yg tegur tu siap buat muke sedih kononnya kesian sgt..akak jawap je Kalau takde anak kat dunia anak saya smua ada kat syurga...

    nissa: thanks nissa, i still annoyed lah dgn soalan tu sbenanye..terpaksa luahkan.

    eka: hehe, its my FATHER not father in law. father in law i dah mmg jadi datuk dah lama dah, cucu dia dah 7 org...bapak i yg belum jadi datuk lagi so kwn2 die asik perli Bilaa la nak jadi datuk...oh, maybe i lupe nak tulis kenduri yg bapak i ckp dia nak jadi datuk tu kat johor...entry ni awal2nye citer psl kenduri sdara2 MIL kat pilah..hehe 2 different places :P


    syazni: syazni, u take care too syazni n never giveup kay ;)


    ReplyDelete
  9. so true... sy sampai sekarang mcm dah fobia nk p kenduri kendara..nak2 kalau tau kat kenduri tu ade 'mulut2 puaka'...huht! mmg cari seribu satu alasan tak mo pegi kenduri tu...
    thanks jay sbb selalu inspired me through ur writings...

    ReplyDelete
  10. Hai jay.

    Sampai part bayar bil astro I da tergelak. Dalam hati alamak, bil aku bln ni da bayar ke blm. Lol. & believe it or not, i blh plk jwb soalan u yg lain dlm hati. Haha.

    Still, maybe org x tanya pasal harta yg kena guna duit sbb xtau kita mampu/not. Sebab tu ditanya pasal harta lain (anak). Kita ttc semua paham statement ni kan? Tapi still rs annoyed each time ppl ask. Tak rs mrh, tak rs sedih, just plain annoyed.

    Oh well, hidup haruslah ada drama kan. (i dah lama x balik kg. Blk pun lepak kat umah je. Nasib mil x bising)

    ReplyDelete
  11. farisha: me pun penah fobia but sometimes we need to fight the fobia. its a tough work to do but pls try. before ke kenduri tu doa byk2 semoga tak ditanya soalan2 mcm tu. its not good if we avoid kenduri sbenanye (ok kdg2 takpe hehe) sbb kdg2 kite taktau dalam org bertanya2 tu lah org juga mendoakan kite :) and bile kite suke elak2 gi kenduri, setan mmg cukup suka, sbb kite taknak eratkan silaturahim sesama islam. jadi, jgn kasi setan menang k ;)

    anis: heheh, dulu i penah tanya asben i, nape diorg ni tak tanya Bila nak bayar bil astro ke bila nak beli peti ais besar ke. Kan sng nak jawap. asben kata Hai perli ke? wakakaka :P
    rumah MIL selang 2roundabout je so mmg slalu je jumpe diorg just sdara2 jauh tu mmg setahun skali je jumpe. i take that as Apa Khabar je la kan kalau tanya dah ada anak ke belum tu..plain annoyed, thats true. tapi terpaksa ignore.

    ReplyDelete
  12. Family i mahupun family in law x penah tanya. Adk bradik husband hana 2 org je. So bila kami kawin dah agak lama org kg yg sibuk tnya bila my FIL nak ada cucu. My FIL is single father.
    Luckily my sister in law kawen jun lepas n dah pregnant. So nmpak la sgt muka happy dia. Ank prempuan dia mengandungkan. Suddenly i rasa mcm disisihkan. Evrything he do dia dahulukan anak prmpn dia dgn alasan she's pregnant.. I feel like owh ok.. :(

    ReplyDelete