Semalam aku tengok ulangan syarahan Ust. Kazim Elias. Pasal rumahtangga.
Seronok weh tengok :) korang rajin2 la tengok Astro Oasis time ceramah Ust Kazim Elias: Kalau Dah Jodoh.
Aku suke sangat!
Dia ada cakap tentang orang yang sangat bersedih bila anak meninggal. (anak yang masih kecil, belum akhil baligh)
Katanya, orang yang anaknya meninggal, dan dia REDHA, dia cuma melalui neraka di atas siratulmustakim sekadar melepaskan sumpah.
OK sbenanye aku tak paham 'melepaskan sumpah' tu macam mana.
Rupa-rupanya maksud dia, melintas siratulmustakim tu sekadar syarat je, beberapa saat je dah lepas, dan anaknya yang meninggal tadi menunggu di pintu syurga.
Subhanallah indah betul kalau kite redha :')
Then Ust.Kazim kata, Aishah r.a bertanya kepada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, bagaimana pula kalau tidak berkahwin? Macam mana nak ada anak?"
Dan tanya Aishah r.a lagi "Ya Rasulullah, bagaimana pula kalau berkahwin dan ditakdirkan tiada anak? Siapa nak tunggu di Syurga? Atau seseorang itu berkahwin, dapat anak, tapi anaknya tidak mati sebelum akil baligh, siapa pula yang menunggu mereka di Syurga?"
Jawapan Rasulullah "Aku yang akan menunggu kamu di pintu syurga dan tiada orang yang lebih baik daripadaku untuk menunggu di depan pintu Syurga"
Subhanallah.
Tapi syaratnya: MESTI REDHA dengan ketiadaan itu semua. Kalau mengeluh selalu, menyalahkan takdir, tak taat perintah Allah dan Rasul, takdapat la.
Sayang sungguh Allah Taala dan Rasulullah pada kita. Semua yang ada kekurangan sebenarnya ada ganjaran yang sangat-sangat besar.
Tentang anak yang meninggal tu pulak, syaratnya mesti belum akhil baligh, dan REDHA yang dimaksudkan adalah seperti Ust.Kazim cerita, ada satu peristiwa bahawa orang ni anak seorang hamba Allah ni jatuh bumbung dan meninggal dunia. (anak dia baru 6tahun)
Pihak Hospital: Encik, anak encik jatuh bumbung, sila datang ke hospital sekarang.
Bapa: Astaghfirullahalazim, baiklah saya datang sekarang.
dah sampai hospital,
Dokter: Maaf ya encik, kami takdapat selamatkan anak encik. Anak encik telah meninggal dunia.
Bapa: Innalillahiwainnailaihirojiun. Astaghfirullahalazim. Alhamdulillah.
Kawan kepada bapa: Eh kenapa kau cakap Alhamdulillah, kan anak kau meninggal?
Bapa: Aku ucap Alhamdulillah sebab anak aku tiada dosa! Dah tentu masuk syurga, dia belum akhil baligh.
kalau kita tentu la meraung bebagai sebab anak meninggal kan :(
Masyallah, kalau lah kita ni tahu apa yang dikatakan REDHA. Mesti hidup lebih tenang.
Aku masih belajar untuk redha sampai skang. Kadang-kadang bila musibah berlaku, kita mesti nak merungut, menangis, sedih, marah. Terus buta pada 1001 nikmat yang Allah beri..
Kadang-kadang, dosa kita ni takdibayar CASH oleh Allah pun kite terlupa. Kalau lah setiap kali mengumpat, kena petir. Setiap kali terdetik buruk sangka pada suami, kena petir, macam mana lah agaknya??
Sama-sama lah kita belajar redha kawan2...ni pun aku nak ingatkan diri sendiri.
Nisa dgr juga semalam..sambil sidai baju, nisa cakap sendiri...'Owh,syaratnya kene redha..kalau sedih @ contoh yang ustaz kazem cakap semalam tu, tak dpt la kan....
ReplyDeleteRedha tu yang penting kan?tak kira ape jua ujian, janji redha..insyaallah....
kalau dah jodoh ni boleh tgk kat utube juga..n tgk la ceramah2 die yg lain..hehe..nisa n apis suke sgt2222
i love this entry. yes, the key is redha.betul u ckp tu, kalau Allah tak bg sesuatu yg kita minta, cuba kaji apa sbbnye..
ReplyDeletei jahil lagi bab2 agama ni. maybe Allah nk i lg dekat dgn dia. dia nk i doa pd dia n usaha byk2..
topik ni i tgk repeat pagi tadi kol 6.45am! mmg suke semua topik die. My hasben suke sgt tiru ustaz tu nyanyi2 utk isteri die... sweet ustaz tu!
ReplyDeletekak jay.. perjalanan TTC ni banyak mengajar kite untuk redha..
ReplyDelete