March 14, 2013

Agree with Prof Dr Muhaya


I would like to paste a blog entry link from Aidanisme tentang post yang lebih kurang berkaitan dengan my post "Kalau takde anak, siapa nak doakan kite time kite dah mati?"

She quotes what Prof Dr Muhaya said. Setelah ada seorang lelaki ni mengadu kat dia sebab takde anak. Korang baca cerita sepenuhnya kat blog Aidanisme kay. I only paste the part i like the most.

Dr: Sy nak bertanya, kenapa awak nak kan anak?

Lelaki: Semua orang ada anak, saya pun nak anak juga.

Dr: Ye sy tahu, tapi kenapa awak nak anak? Apa motif awak?

Lelaki: Saya malu dengan org, org ejek saya tak pandai, tak hebat dan sebagainya.

Dr: Sebab itu saja?

Lelaki: Nanti saya mati, siapa nak doa untuk saya?

Dr: Awak yakin anak awak akan doa untuk awak bila awak sudah tiada nanti? awak betul2 yakin?

Ha kisah selanjutnya baca kat blog Aidanisme ye :D

I personally like Prof Muhaya. Tagline show dia pun dah cukup terbaik. RESET MINDA.
Korang yang TTC mesti kena tengok. SANGAT BAGUS. Kat astro oasis hari rabu kalau taksilap, pukul 730pm. lepas solat maghrib boleh tengok.
Bukan untuk TTCian je, kite yang menjadi isteri2 orang memang kena tengok sebab banyak betul hal rumahtangga yang dibincangkan. :)

Kadang-kadang tak dinafikan, para suami pun memang down bab TTC ni. Sebab yang diorang selalu kena ialah "Kau tak power, Kau tak hebat, Kau tak pandai, Kau takde skill"

Sebenarnya kalau kita ni asyik down sebab period tak betul atau benih tak subur atau penyakit2 lain, sekurang2nya kite jarang diperkatakan begitu. Mungkin ada tetapi bab sexual ni memang lelaki yang selalu kena.
Kadang2 suami-suami ni sangat lah nak menjaga hati bini, tak penah cerita pun pasal apa yang diorang pernah kena dengan orang. Betul lah kalau nak kata Lelaki itu Ego.
Memang topik ni diorang terpakse ego sikit dengan kita tapi MALU yang diorang tanggung kita tak tahu.

Aku rasa sepanjang aku TTC, nenek aku je pernah cakap "Hm..awak ni tak pandai ni"
Aku nak naik hangin jugak dengan nenek sendiri tapi rupanya maksud Tak Pandai tu ialah aku tak pandai kira waktu subur so dah BD pun waktu yang salah, cara yang salah. Then nenek aku bagi tips yang basic dimana kite semua pun tahu, BD waktu subur hari ke 14, dan sebagainya.
Aku cakap elok2 dengan nenek, "Tok, kite dah kawin 2tahun lebih (mase tu baru 2tahun lebih) takkan la taktau lagi kaedah ni..mesti dah tau tok cuma ada masalah kesihatan sikit sebab tu tak lekat agaknya"
"Laaa...masalah kesihatan apa muda2 mcm ni?"

Heheh, maybe nenek aku ingat orang muda skang sama je dengan orang muda dulu. Bagi dia muda2 lagi takkan la dah ade penyakit. Nenek aku ade bagi stengah2 tarikh jugak untuk BD katanya itu 'petua' orang dulu2. Jadi maksod "Tak Pandai" yang diperkatakan pada aku itu ialah tak pandai tengok tarikh.

Tapi Tak Pandai bab sexual, jarang sekali kaum prempuan yang kena.
Aku faham ada setengah laki buat derkkk je pasal TTC ni. Kadang-kadang kite pun naik bengang sebab nampak mcm kite je bersungguh2. Walhal kite takfaham betul2 apa isi hati suami kite.
Dia bukan taknak support.
Dia bukan tak kisah.
Dia bukan ego.
Dia cuma nak jaga hati kite. Kalau dia pun stress sama dengan kite, siapa pulak nak reda kan keadaan? Mestila rumahtangga jadi lagi kucar-kacir, masing2 asyik stress pasal anak je.
Aku penah marah laki aku sebab dia buat derkkk je time aku treatment semua. Takde kata2 perangsang ke, semangat ke, tanya2 ape2 yang doc cakap ke. Seolah2 mcm tak interested.
Sebenarnya dia taktau ape yang patut ditanya.

Aku pernah cakap kat dia "Sayang senang lah, tak penah kena dengan orang lain, sebab bukannye lelaki yang kena mengandung"
Tibe2 dia cakap "Siape kate orang tak kena? Sayang tau ke orang kat ofis kena hina mcm mana?"

Erkkkkkkk

"kena hina kenapa pulak?"
"budak2 ofis cakap orang takde skill, bodoh takreti main, tak hebat, takreti pancut. Sayang penah kena macam tu?"

Erkkkkkkkkkkk

Telan airlior sebab tak terpikir die akan terkena.

"Setakat kena perli2 dengan makcik2 dengan ayat2 biase tu, takyah fikir sangat lah. Orang lelaki ni lagi teruk kena sebenarnya."

Sudahnya, dia cerita A-Z, yang dia banyak kali asyik nak bertumbuk dengan budak ofis kalau sebut issue anak.

Erkkkkkkkkkkkkkkkk

Taktau lansung aku, issue anak ni die boleh kata sampai bawak nak bertumbuk dengan budak ofis dia.
Sebab dia cakap diorang semua masing2 kawin lepas kitorang dan asyik beranakkk je bini diorang. Jadi bila laki aku sorang je takde anak, diorang asyik perli2, mula2 bergurau2 tapi lama2 dah makin annoying. Lame-lame diorang dah tak sebut hal anak ni dengan laki aku sebab laki aku memang jenis tunjuk marah.

Die penah gak tanya. Time tu memang melampau lah sebab budak ofis gelak2kan dia kata "Ni nak kene refer Cd blue ni sebab skill asyik tak menjadi." PFFFT!!!  Kelaka ke weh?

Laki aku jerit skali je terus. "Korang yang anak ramai ni terbukti power la? Hanya sebab anak ramai? Habis tu yang tiap2 bulan takde duit nak beli susu anak dgn pampers tu, hebat sangat la? Dah lupe diri tuhan bagi anak tu sebab amanah, suh korang cari duit lebih, bukan pasal nak tayang siapa hebat kat ranjang! Skang dah baru ada anak 2, dah takde duit pinjam dengan orang, lepastu mengaku hebat. Aku takde anak pun sekurang2nya aku takde hutang keliling pinggang!"

Itu last word dia pada budak2 ofis dia yang berlagak2 pasal anak. Lama2 diorang mintak maaf and tak sebut lagi pasal hal ni.

Lebih dahsyat apa yang orang lelaki kena sbenanye :(

Lepas die cerita, baru la aku tau. Aku ingat dia takpenah kena ape2 lansung. Sebab die bukan jenis nak cerita dengan aku. Ye la orang laki jarang nak rengek2 mcm kite, kite ni asal kena kat kenduri-kendara je, mesti nak luah kat suami, nangis kat suami. Tapi rupenye suami kite pun kena, tak pernah rengek2 kat kite pun.

Sekurang-kurangnya syukur la sebab suami tak brag kite pasal TTC.
Aku ada few friends, suami diorang yang brag psl anak.
Bila kwn aku period je, suami diorang bengang2.
Siap marah "Kenapa period??"
Ada pulak yang suami hari2 cakap "Abang nak baby, Abang nak baby, Abang nak baby"

Aku syukur la laki aku takpenah buat aku macam tu. Kalau dia ignorant sket takpe, asalkan die tak tambahkan stress kite. Kalau aku jadi bini orang laki yang tanye prof muhaya tu pun aku kecik ati sebab apesal laki aku nak kena tanya orang mcm tu?
Tapi ye lah, dia stress sebab orang ejek2.

Apa2 pun, Allah je yang tahu.

10 comments:

  1. bila Jay citer camni sue terpikirkan husband sue tu.. iyelah, dia jarang bukak citr psl TTC ni.. tak tau kalau org pnah tanya dia jgak ke, sindir2 dia jgk ke.. hurmmm

    ReplyDelete
  2. Sue: kalau die pernah kena pun die takkan citer dengan kite wak. mungkin sebab tu yg membezakan kaum lelaki dgn pompuan. sbb ye la kite ni perlukan kekuatan dari suami jugak, nnt kalau suami2 pun mengadu2 kat kite tentang die pun kena sindir, mesti kite lagi lemah kan..ada hikmahnya. suami sy bukak cite agaknye sbb sy cakap die senang la takpayah mengandung takpenah kena dengan org..huhuhu...itu yg die terus cite A-Z tu :P

    ReplyDelete
  3. setuju gile. hasben kite byk pendam sbb taknak kite tambah sedih. die tpaksa kuat sbb nak 'kuat' kan isteri die. itu yg hasben i penah ckp bila i tanye die tak penah sedih ke psl infertility. Then my BIL (also a ttcian) pun penah ckp,

    'aku tak penah tanye bini org lain dah brape bulan mengandung sebab tak nak isteri aku dengar & sedih, sebab dari pandangan mata isteri aku yg tengok perut org hamil pun aku dah tau die sedih & mengharap"

    ReplyDelete
  4. kann...sbenanye suami2 ni faham. cuma dia taknak tambah beban kite. i rase better off suami mcm ni dari suami yg brag wife hari2 psl TTC. ugut2 nk cari lain apetah lagi. bukan takde dlm dunia TTC ni golongan suami mcm ni :( sedih sgt. so kalau suami mcm blur2 or diam taktau nak komen ape2 psl TTC i think dah bagus sgt dah dari die bagi kite stress kan. i penah dgr kdg2 ade suami2 TTC yg ckp kat wife diorg "cantiknye kalau syg mengandung mcm org tu" isk kalau laki gua ckp mcm tu SILA TIDO LUAR! kahkhakkha kidding.

    ReplyDelete
  5. Jay...

    my hubby pon kena mcm husband u kena...org laki kalau mengata org lg pedih dr mulut pempuan...
    sungguh pon air muka xnmpak rase tersindir..tp,dlm hati saya tau dia terasa...;((

    ReplyDelete
  6. syazni: org gile je tak terase syazni..semua mesti terasa..yg beza mcm mana reaksi diorg je..mcm ade stengah husband jenis yg pendam so die diam je. my husband mule2 pendam gak tapi dah lame2 die rase melampau tu yg die sound jek. sbb kalau diam org ingat kite pun rase kelakar dgn statement tu. kalau kite marah org tau kite sensitive, tu je cara nak ajar org supaya sensitive tentang issue ni. setidak2nye lainkali kalau diorg nak gurau dgn orglain, diorg pun pikir 2 3 kali sblum ckp mcm tu kan..

    ReplyDelete
  7. salam awak... sama la kita awak..mula2 saya ingat husband macam wat derk dan x amek tau langsung pasal nk anak ni.. tapi lepas tu bila kami bercakap dari hati ke hati ... dia cakap sape yg kawen x nak anak.. dah Allah bagi jalan hidup kita macamni (ujian) nk wat macamana... sekarang ni just usaha, doa dan tawakkal je... memang dia xnak tunjuk sangat stress walaupun sbnrnya stress ... huhu...

    ReplyDelete
  8. husband saye pendiam.. rasenye die tak pernah kene kot.. die memang jenis tak bergaul dan bercakap..

    kak jay.. ape kate kalau akak menjoinkan diri akak ke our healthy unvaccinated babies.. kat situ banyak pencerahan..

    ReplyDelete
  9. Jay, kalau dah ckp psl power ke tak ni, kalau i pun meletup jgk.. Kira hina kita tu. Baguslah husband u bidas balik mcm tu.

    Alhamdulillah, my husband has being so supportive throughout our effort.

    I pun dah makin positif sejak i 'disekolahkan'. Haha.. Takdelah, sejak baca entry u psl jd positif, takmo sedih2 dah lps ni.. No more weeping scene before bed.

    ReplyDelete
  10. tetibe sedih baca entry ni..teringat kat hasben..dia pun kena lebih kurang sama mcm yg jay tulis..cuma xtau la dia balas balik ke tak kat kwn2 dia.. thanks jay for sharing..

    ReplyDelete