June 25, 2019

My 2nd Miracle & Selamat Hari Raya

Salam Semua, masih dalam bulan Syawal kan,. hope its not too late to wish Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin semua.. ada berita nak kongsi disini, sebenarnye lepas je publish entry 2019 haritu, masa aku bagitahu yang kami tengah TTC for #2 (1st one lah kirenye with my new husband ni) the next month tu alhamdulillah Allah beri :((
Since berubat dulu2, and after bersalinkan Fahim, masa dah stop breastfeed 1year and a half later tu i gotten my period, and alhamdulillah my cycle very konsisten walaupun long cycle (dlm 50-60days) so lepas kami decide nak usaha betul2 aku beli semula BBT (basal body thermometer) brand Omron yang dulu pernah pakai tu utk track my ovulation. I dont use OPK sebab rasa mcm membazir and kurang accurate. With BBT agak senang nak tgk pattern cycle with charting.

So masa charting after my last period 17/12/2018 lepas, the pattern goes like this:

Ovulated on CD39, temp naik. Masa tu ingat akan period tapi sebab CD50 tu macam rasa similar symptom masa pregnant Fahim dulu, and pelik nape lepas 14dpo tak period lagi. So selamba la test, masa tu just to be sure je. But tak sangka,; the result:
Masa ni cam tercengang jap dekat toilet. Sebab line pekat sangat. Bukan samar2 macam masa TTC Fahim dulu asik la dapat yg samar lepastu gugur...tunjuk husband terus and dia pun terkejut..we hug each other sangat lama sebab macam takcaya lansung..terus panggil Fahim suruh die tengok (walaupun die baru 6yo mana faham) tapi aku just gitau ada 2 line maknenye ada Adik dalam perut ibu. dia pun cam happy YEKEEEE YAYY



So macam biasa lah aku dengan perangai tak caya aku ni, aku pergi beli beberapa lagi hpt and digital punya to be sure lagi.

Alhamdulillah :) 
So next week tu aku ke Avisena Specialist (dulu DEMC Shah Alam) dan berjumpa dengan doc yang sambut Fahim dulu, iaitu Dr Fairuz Ashikin.
Dia ingat aku lagi dan dia pun happy sebab dia kata dia tahu aku ni ada PCOS ape semua dulu and mmg biasa la after 6years tu baru ngandung balik (malas la nak cerita this is my 2nd marriage sebenarnye)
Kalau nak ikotkan, utk 2nd marriage ni i conceived within 1 year, dalam 9 months after nikah.
Rezeki Allah kan kita kadang tak sangka, sebab sebenarnya dah bagitau my hubby ni, I am 35 this year, and bila dah 35 ni memang chances susah, pulak tu dulu masa muda pun nak dapat Fahim susah, hampir giveup, so aku gitau la die harap sabar lah aku faham dia mesti nak ada anak sendiri dengan aku, plus Fahim pulak zikir setiap hari NAK ADEK NAK ADEK NAK ADEK NAK ADEK

Alhamdulillah Allah makbulkan doa Fahim yang nak adik. Kadang2 doa budak kecik yang takde dosa ni kita tak tahu kan..

So masa checkup tu im about 7-8weeks, dah ada heartbeat :)


Now Im about 24weeks pregnant, baby kalini macam lagi besar dari Fahim, agaknye yg ni papa nye besar :P Im huge, nanti lah bebila aku post gambar my bump ni.

Ada sedikit usaha kami lakukan to conceive kalini.

1. MINDSET

I talked with my hubby ni about visualization. Macam mana nak 'visualize' untuk bayangkan sperm dia and my ovum betul2 meet and lekat. Kitorang sama2 tengok video youtube pasal persenyawaan (u can just search at youtube) sebab ada animation2 apa semua. Just tgk sama2 dgn hubby and masa make love imagine lah benda tu huhu.

2. WORKOUT / Exercise

Sangat penting. Kitorang ni sebab memang dah biasa, before ni rajin masuk group2 workout ni. Signup gym pun ada. Tapi aku faham tak semua orang ada masa untuk ni semua. Kalau takde, weekend tu pegi la hiking, panjat2 bukit ke, jogging sama2.. asalkan berpeluh. Sebab bila berpeluh, korang akan keluarkan hormon endorphines (happy hormones) happy hormones ni amatlah penting untuk fertilization berjaya.

3. EAT CLEAN / Stop junks / STOP SMOKING kalau husband merokok

Banyak makan sayur, salad, (kalau taksuke sayur to mmg susah sket aa tapi cuba lah ye telan sayur) supplement mcm Executive B/Iron etc hanya boleh membantu je tapi takleh rely on supplement semata. Husband kurangkan rokok, menuju ke stop terus masa kami conceive haritu. Now alhamdulillah dah stop cuma kadang2 hisap nanostix/vape kalau addicted.

4. BANYAKKAN BERCINTA

Haha taktahulah ni menyumbang ke tak tapi memang betul la..jangan jadikan TTC tu satu keje yg stress, sbenanye korg kena slalu lovey dovey, kena bercinta macam belum kawin tu.

5. IMAGINE DIRI SENDIRI MEMANG DAH PREGNANT DAH

Selalu bayangkan diri (dan yakin) sudah berjaya mengandung. (Teknik ni aku guna juga masa pregnant Fahim dulu) Pernah dengar ayat Fake it Until u Make it.
Ini betul, tapi u HAVE TO BELIEVE IT. bukan bayangkan tapi deep down korang tahu korang memang tak mengandung pun. ni susah sket nak buat, sebab mental mmg kena kuat. Bila selalu bayangkan, ia akan lekat di subconscious kite. Bile ur body believe that u are pregnant, u WILL BE.

Tapi utk new readers, kalau belum check masalah2 berikut; please check dulu

1. Husband's sperm (morphology, motility & quantity kalau xsilap)
2. Ur period cycle (consistent, atau sekejap ada sekejap takde)
3. Uterus Lining and Tubes (sumbat ke tidak)
4. If u have PCOS/Endo/other medical problem
5. Kedudukan Uterus (sebab kalau terbalik, position masa making love juga main peranan)
6. Ada penyakit2 lain

Kalau secara islamic pulak, untuk yang dah cuba more than 2years masih tak berjaya, boleh lah bertanya pada pakar perubatan islam, (bukan bomoh eh) atau makbidan yang amalkan cara tradisional & islamic. Urutan kadang2 membantu untuk melancarkan darah and betulkan kedudukan rahim. Dulu aku conceive memang ada dengan perubatan islam, tapi Tn Haji Mokhtar dah meninggal dunia 2017 (meninggal hari jumaat) taksempat pun jumpa dia mase tu. Banyak jasa die tolong TTCians sbenanye..selain dia memang aku dah taktahu nak suggest siapa. Tapi korang boleh lah ask around kat area korang tu. Sebab kadang2, medical kite takde masalah. Tapi kita ada masalah mistik seperti

1. Saka keturunan
2. Gangguan Jin
3. Hasat dengki orang

Benda ni janganlah tengok dulu yang penting utamakan yg medical dulu. Kalau tak berjaya jugak baru cari kaedah alternative. Kadang ada orang taksub sangat pulak dengan mistik. Tapi tak percaya lansung pun takboleh jugak sebab benda2 ni wujud. Sebab aku sendiri pun lepas 2tahun+ cuba, sudahnya baru tahu dekat dalam rahim ada benda yang menumpang & dah beranak pinak. Sebab tu lah terjadinya PCOS and aku tak period sampai setahun dulu, telur pun smua tak sihat dan busuk. Nak senyawa camne nye. Tapi skang ni PCOS ni terjadi macam2 faktor lah juga. Kalau pemakanan semua tak betul, banyak makan benda acidic, hari2 terhidu asap rokok suami, dan macam2 lah lagi.

Till next entry, assalamualaikum
Ada a few complications on my pregnancy before ni, nanti aku share kan.



January 8, 2019

Assalamualaikum 2019

Hye TTCians if there's anyone still here can you drop a comment?

Taktahu kenapa I suddenly missed my TTC Blog, FindingTwoLines :)
Password pun lupa haritu, nasib baik now dah dapat balik. Bila baca balik my journey dulu2 memang sebak-happy-kelakar-semua ada. Nasib baik rajin ber-blog dulu. Ada la gak tempat nak men-throbek :P

My TTC Baby is now a 6year old kiddo -(soon to be 6yo) Alhamdulillah, he grew up very healthy, rarely gets sick, so smart, funny and very matured.
How time flies kan?

Lots have changed, Major ones actually. Especially that I was separated and divorced with Fahim's father. (in 2017)
Takpayah cerita panjang jodoh sampai situ aje. So the struggle and hardship I was facing, the so-called kekuatan that I gained during TTC - was what I actually need during the crisis, during the separation, during the depressed moment. The pindah-randah process. The shut-down of my company (because I was so broke and needed to downsize, tumpang rumah kawan, for months until I found my (our) new home. Yeah lots of shits happen. But without Fahim, I probably dont have the strength to move forward. :')

I shut down this blog because I was on designing business from 2015 - and when my client googled my name they found this blog ;D Tak kisah pun cuma masalahnye malu la ada cerita pasal sperm count lah make love lah hapelah. Macam tak appropriate lansung untuk dibuat tayangan umum dah blog ni kalau berbisnes - silap jugak pegi guna nama same utk bisnes ahhaha..

So I have to temporary shut down this blog (pastu terus lupa) and I know some of my readers tried to reach me thru FB/Email ; nak tanya my pendapat pasal your TTC Journey. I am so sorry because during that time - was the time I was on major crisis and memang tak berminat lansung nak discuss about TTC anymore. Memang ada few friends suruh biar aje blog ni sebab ramai yang nak cari info utk TTC...I know that tapi mase tu memang rasa taknak publish because my business tgh active and I dont want my private life (nak-nak lagi citer pasal TTC ni bukan semua org faham) so utk jaga nama company I unpublished this blog., tambah pulak dengan masalah masa tu. I even quit TTCGM sebab rasanya dah taknak TTC and cukuplah Fahim seorang.


Tapi Allah tu Maha Bijaksana dan Dialah merancang dan menentukan segalanya. I got married again (last April 2018) and to be frank yeah we immediately want our own baby (he gets along so well with Fahim because he is always Fahim's fav uncle since he was a baby, and alhamdulillah he is really2 a good father to Fahim) tapi Fahim asik mintak adik sebab tak sabar2 nak jadi abang so cam ughhhhhhh why laaaaaaa u now pandai mintak adikkkk Fahim oiiii ibu nak dapat kau pun susah oiii :))
Mase aku TTC dah la struggle nak menjawap soalan Bila nak ada anak.
Sekali Fahim skang boleh tanya aku
"Ibu, bila Fahim nak ada adik?"
:((

So that's why, I came back here. To refresh back wth is TTC, and wth I did last time, sebab aku dah lupaaaa semua research aku sendirikkk hahahhhhh. OMG and I just turned 35 so - nak tunggu mende lagi kau bukan 20an lagi jay. :P

I discovered a lot of us dah beralih ke IG ye. Mind dropping your TTC ig username if you have one?
And so sorry again for those yang pernah email/pm me if I didn't reply a few years ago. :( You have no idea what I went thru. But now I am so much better, Alhamdulillah.

I am back to TTC #2
(well TTC#1 with my new husband) :)

My New Family :)

April 8, 2015

TTC Breakthrough Review!

Salam semua
So So sososososoosoosoosososooooooooooooo sorryyyyy lambat review pasal Breakthrough haritu..
I've resign from my previous company that Ive been working for 6years, then concentrated on my design business..job sangat banyak alhamdulillah..tak terkejar..nak update pasal program haritu pun taksempat aje. Harini i managed to spare a little bit time to update..

Our first breakthrough was awesome! Ada 12 participant yang datang, (ada yang bayar tapi tak dtg..maybe ada hal emergency kot) but that's what i targeted,..memang taknak ramai2 sebab nanti takboleh focus..pasal ni bukan serious talk pun..just mcm sembang2 santai pasal TTC, sessi luahan masing2, and we learned on how to control our emotions, macam mana nak jawap dengan soalan orang ramai..macam mana nak handle difficult situation when it comes to "zuriat"..
Thank u sangat pada yang support, i really2 wanted to share how i change my negative mindset to positive mindset during ttc..and alhamdulillah berjaya conceive..maybe ada yang takcukup input masa tu sebab Reen Zuhdi takdapat datang pasal mak dia kena masuk ICU..
But we will try to make 2nd session, Reen memang ada lebih banyak nak share about Positive Mindset during TTC..anyway., yang dah menjayakan program haritu pun alhamdulillah.. tq so much dear participants..
U ladies are IRON LADIES semuanya..ada yang dugaan lebih hebat dari aku..ada jugak certain penyakit yg pertama kali aku dengar during program tu..

From my view..kebanyakkannya menghadapi masalah nak mengadap masyarakat sekeliling yang tak faham perasaan kita. Akibatnye, kite selalu tertekan, stress, dan ape je yang kite buat kite fokus kat TTC je. macam aku dulu lah..
Ada yang 2nd marriage, ada yang takde prob ttc tapi husband yang prob..yeah..dugaan TTCians semua berbeza2 dan unik..
Percayalah kekuatan yang Allah nak kita bina ni memang sangat berguna utk masa hadapan. Ianya bukan untuk sekarang, tapi di masa akan datang yang kita taktahu apa lagi dugaan Allah nak sediakan utk kita.

A lot of things happened to me lately. And when i pandang balik zaman TTC..aku realize yang dugaan tu bukannya for nothing. Bukan semata2 dah dapat anak, its done. NOPE..takde lansung.
Patutlah, ada yang kena TTC dulu baru dapat anak. Sebab dugaan SELEPAS dapat anak tu, mgkin yang bunting pelamin tu semua takboleh handle.
Serious ni.
Hehe..nanti  next session, we all akan panggil balik participants yang datang 1st Breakthrough k.
Nanti kita sambung lagi apa2 yang tertinggal.

I've shared some tips on how to overcome this..and some zikir&doa tips..harap ianya bermanfaat utk semua..

NI ade sikit gambar2 during our program :)

During ice breaking

During Lunch

Hmm NASI ARAB uollss..sedap kan??



TQ semua!!
Insyallah, dalam tahun ni akan ada lagi Breakthrough Session ni.. Maaf jika my 1st program ni agak tak memuaskan...but i really hope i already helped to relieve some of your TTC dilemma.. Kita akan umumkan bila next program yehh..

Saya doakan semua TTCians murah rezeki, semoga semuanya pregnant tahun ini Insyallah :)


March 24, 2015

TTC Breakthrough Review Coming UP

sorry people im still getting emails yg mengatakan nak join TTC Breakthrough Program.
it was actually over, it was 28 feb lepas. and thank u for those yg dah datang haritu!
i dont know when will i do it again sebab sangat busy sekarang. ni taip pun laju2. insy
will update the pictures and the review of the program yeah..sorry2 banyak2 semua. really2 kesempitan masa skang :(

February 26, 2015

Last call for TTC Breakthrough 28 Feb 2015!

Assalamualaikum semua, tq for those yg dah register and buat pembayaran untuk menyertai our first TTC Breakthrough Program 2015! 
Yang belum register ini LAST CALL ok..
LAST CALLLLL

LAST registration yang akan diterima hanya pada pukul 5pm ESOK (JUMAAT 27/2/2015). Lepas daripada tu dah takbole sebab kami nak confirm dengan orang kedai yang provide food for makan nanti.

I will email the program itinerary by today so jangan lupa check email! :) See u all this Saturday insyallah

INFO ON TTC BREAKTHROUGH PROGRAM 2015:

HERE
and
HERE


February 13, 2015

Update info for TTC Breakthrough Program 28 Feb 2015

Salam all

Thank you & congrats for those yang dah confirm seat and make payment. Ada beberapa lagi yang dah book tapi belum buat payment. Please do so sebab sangat sikit je seat yang tinggal. As you all know this program is limited to only 25 participants ya and there is only 5 seats left. I'm closing the booking soon so please email me at jayfarhana @ gmail.com a.s.a.p. to book your seat okehh

Please refer to previous entry for more info on TTC Breakthrough Program :)


January 30, 2015

Almost 60% of you got PCOS

Maaf aku terlupa publish entry ni. Kahkahkah..Sorry!
Pada yang pernah baca my previous-previous entry, aku pernah mintak orang vote berapa ramai antara kita ada PCOS. Tapi lupa pulak nak post result n review aku.

The vote result for How many of you got PCOS kat previous2 entry tu ada 58%
--
Walaupun bukannye semua wanita dalam Msia bace my blog, kat situ je jelas nak tunjuk statistik kebanyakan diantara kita - memang ada PCOS.
Secara purata, 60% of all women ada PCOS and of course ianya contribute to infertility.
Tapi tak semestinya semua PCOSers takboleh beranak or lambat pregnant, ada juga yang bunting pelamin - semua tu rezeki dari Allah. Tapi majoritinye memang TTC macam kita jugak.
Sebab dia TTC lah yang dapat tahu ada PCOS.
Dan sebab PCOS lah dia TTC.

Ikut pembacaan aku selama-lama TTC ni, aku rase faktor utama makin ramai diantara kite ada PCOS ialah PEMAKANAN.-tapi ada yang lebih Utama dari tu, itu dari segi zahir sahaja.
It's obvious. Sebab semua benda yang kita makan/minum kebanyakannya diproses atau ada bahan synthetic.
Kadang-kadang kita nak pandang remeh je, as if benda tu takkan effect apa2 kat kita.
Tapi sebenanye tak. Pemakanan yang tak betul la yang contribute to PCOS.

Ada setengah gynae kata faktor keturunan. Even my ex-gynae Dr Delaila pun kata faktor keturunan.
Tapi my gynae mase aku pregnant haritu Dr Fairuz kata, nowadays tak semestinya PCOS tu datangnya dari keturunan. Lebih banyak dari punca pemakanan yang tak betul.

Camne kita nak improve benda ni? Aku jemput siapa-siapa yang ada tips untuk share.
Aku pun ada a few tips, mungkin berkesan, mungkin tidak, tapi anda boleh cuba langkah-langkah berikut:

My simple tips:

1. UBAH PEMAKANAN
    - from WHITE RICE to BROWN RICE. WHY?
    - amalkan makan Avocado sebab avocado boleh increase progesterone - PCOSers ni lack of
       progesterone. Progesterone adalah 'core' hormone untuk ovulate+quality eggs+tebalkan dinding rahim.
       WHY?
    - Makan BANYAK time BREAKFAST sahaja. Kurangkan makan malam WHY? 
    - STRICTLY NO FAST FOOD. WHY? U KNOW WHY. Anyone don't?
    - STOP Any 3in1s. WHY? 
    - Kurangkan gula or kalau boleh takyah gula lansung. If nak manis gak, guna brown sugar or HONEY.
 
2. EXERCISE
    - Seminggu sekali pun jadi lah. Selain dari jogging, boleh try main badminton ke ape ke asalkan peluh keluar. Jalan kaki pun peluh keluar.
 
3. DETOX
   - Bila terasa banyak makan benda yang berminyak, berlemak, bergula, cepat2 lah detox. Ada beberapa makanan/minuman yang boleh naturally detox badan kite seperti Air Kelapa (make sure its fresh and tak campur gula tu) air kelapa bersifat alkali dan neutralize kan darah kita. Tapi jangan minum time lepas waktu subur kata orang tua, takot kalau lekat nanti die terhakis pulak. Maybe sebab air kelapa ni ada sifat 'mencuci' tapi ada jugak research mengatakan ianya takde kesan pun kalau memang ditakdirkan kita pregnant masa tu. Wallahuallam.

4. MINDPOWER
- Siapa kat sini yang suka berangan? Jika anda suka berangan, anda ada potensi besar nak buang PCOS menggunakan Mind Power ni dengan begitu mudah. Hehehe.. Yang tu I will share on my TTC Breakthrough Program this 28 Feb 2015. Check out for info HERE and HERE (or my previous entry)



January 26, 2015

Registration Details for TTC Breakthrough Program




As Salam semua,

Thank U for those who have emailed me. Alhamdulillah boleh tahan juga sambutan, as for now dah lebih 10 seats booked. Remember, this program is only limited to 25 participants. So hurry now for those yang belum email untuk reserve nama, you can email me with these infos:

Nama:
Tarikh Lahir:
Usia Perkahwinan:
Pernah keguguran: YA/TIDAK
Treatment yang pernah dijalani: Fertile drugs/IUI/IVF/ICSI/Laparoscopy etc
Any fertility problem?: PCOS/Endometriosis/Blocked Tubes/etc

Pada yang dah email me, pun kena copy paste info atas ni and email back to me ya ;) - i may have sent an email to you, please comment down here if i havent!
Bank acc no for registration akan diberi kat email nanti :)

Thank u so much for participating!
Yang lain belum register tu masih ada tempat kosong lagiii..tapi tak banyak :D

January 21, 2015

TTC Breakthrough Program?

Salam semua,

im so sorry for my loooooooooooooong silence
sumpah bizi -_- tapi Alhamdulillah, busy ni tanda rezeki dari Allah.
Dah 2015 dah pun, alhamdulillah anakandaku Fahim dah berusia 1tahun 8bulan.
Tahun ni, aku berazam nak bantu ramai sangat orang. Tak kisah la bantu dari segi apa pun.

Dengan ilham dari Allah Taala, tiba-tiba aku terfikir pasal satu mini-program yang aku boleh buat khas untuk TTCians semua. Patutnya dah lama nak buat, tapi belum konpiden. Kali ni insyallah konpiden habis :P

Berminat tak TTCians semua nak join:

TTC Breakthrough Program


Ok ape ke jadahnye TTC Breakthrough Program?
Apa yang anda akan dapat kat program ni? Ok anda akan dapat;

- Tips on how to cleanse your mind and pulihkan semangat diri on the difficulty to get pregnant, and how it can INCREASE your fertility chances.
- Tips on how to specify our DOA to Allah - yes kadang2 kita tak sedar cara kita berdoa tu ada yang tak betul. Allah memang MAHA mengetahui apa yang kite nak. The prob is, kita ni tahu tak ape kite nak? Don't be surprised if anda sendiri tak tahu apa yang anda nak selama ni. Nanti kite 'cungkil' bersama-sama during this program :D
- Tips on HOW TO ERASE all bad thoughts about not getting pregnant, towards pregnant mothers, towards facebook statuses, towards negative people yang asyik annoy korang, towards kenangan silam/pahit yang korang takpernah nak LET GO - yes, semua ni berkaitan dengan kenapa kita susah mengandung/selalu miscarried.
- Tips on how zikirullah can make your nerves & cells positive, supaya hormon anda LEBIH SIHAT, supaya telur anda LEBIH SIHAT, supaya dinding rahim anda LEBIH TEBAL, supaya serviks mucus anda LEBIH BERKUALITI untuk sperm berenang2 dan melekat dengan ovum anda utk menghasilkan seorang janin yang sihat walafiat.
- Tips on how to react with ignorants like makcik pakcik dan rakyat mesia yang mulut takde insurance TANPA menyakitkan hati anda dan hati mereka, dan INCREASE chances untuk pregnant. Ha..pelik tak macam mana cara kita jawap dengan orang BOLEH increase chances to get pregnant tanpa anda perasan.
- Kita akan adakan sessi 'breakthrough' di mana anda akan rasa LAPANG dada, lapang minda, tiba-tiba yakin 100% yang anda AKAN menjadi IBU dalam masa terdekat, insyaAllah. Ha nak tau apabenda breakthrough tu, kena la datang.

Siapa yang KENA datang?
TTCians yang mempunyai kriteria yang berikut:

- Golongan ISTERI sahaja.
- TTC more than 2 years diutamakan. Kalau TTC baru 6bulan...er pegi honeymoon lah dulu. Tapi taksalah kalau nak datang cuma aku bagi keutamaan pada TTCians yang dah bertahun TTC.
- Fail IUI/IVF/ICSI berkali2..sampai rasa pasrah, taknak cuba lagi dah. Sebab duit pun dah banyak habis.
- Pernah atau banyak kali miscarriage.
- Baru plan nak ambik supplement/fertility drugs prescribe by doc/nak buat IUI/IVF
- TTCians yang dokter pernah kata "U takkan boleh pregnant naturally" atau "Chances u nak pregnant adalah tipis" atau "Kalau u gemok macam mana nak mengandung!? Kuruskan badan dulu!" dan kata2 lain yang buat kite semakin down.
- PALING BENCI/SEDIH nak bukak Facebook/Media social yang lain sebab: Nanti tertengok orang update pasal anak, nanti terbaca pregnant mother yang update dia dah berapa minggu atau morning sickness yang dihadapi, nanti tertengok orang update pasal beli barang baby, nanti tertengok iklan Mother & Baby Expo, etc. FYI, ini masalah jiwa TTCians yang sangat serious. (Yang aku pernah alami dulu) I want to share on HOW to NOT feel like this anymore and increase the chances to 'tiba-tiba' je pregnant walaupun doc kata Takde harapan dah nak pregnant naturally -(mcm aku kena dulu)
- Selalu kena smash tanpa belas kasihan dari keluarga/sahabat handai/rakyat mesia pasal takde anak. Dan anda rasa keseorangan, takde orang yang faham. (husband kurang bagi support, takde kawan nak luahkan sebab kawan2 semua takfaham) So airmata ni sangatlah murah, asyik menangis je bila mengenangkan diri masih belum dapat merasai zuriat sendiri. Takde idea dah nak buat macam mana.
- Sentiasa avoid kenduri-kendara, reunion sekolah, gathering dan sebagainya sebab____ anda tahu kenapa.
- Dah lama tahu pasal kena mindset positif, dah cuba buat, tapi anehnya, SUSAH betul la nak jadi positif ni...sebab hidup dikelilingi orang negatif.

JANGAN datang kalau anda

-Taknak perbaiki diri sendiri dan rasa it's okay untuk hari-hari bersangka negative.
-Jenis yang nak pregnant sekarang jugak tanpa buat apa2
-Don't like the idea of Positive Mindset dan menganggapnya Bullshit.

--
So if you are interested,
Please EMAIL me at jayfarhana@gmail.com (atau komen bawah ni pun boleh) tapi email lebih senang aku nak track.
Insyallah Fee nya cuma RM35 (include breakfast & lunch)
Tentative date 28 Feb 2015 at Avenue Crest, Sek22 Shah Alam.
9am-5pm

Program ini hanya LIMITED untuk 25 orang sahaja.

Siapa aku untuk buat program ni? Siapa JayFarhana tu??
-Aku bukan PAKAR kesuburan, bukan juga pakar motivasi.
-Tapi I'm the SUCCESS story. Apa yang aku share adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa rakan TTC yang lain ada yang berjaya conceived bila buat exactly macam yang aku buat - dengan rezeki Allah. Aku dah lama nak sangat share apa yang boleh tiba2 menyebabkan datangnya Muhammad Fahim Maliqi, yang diturunkan dari Allah pada aku.
-Aku janji tak jual produk apa2. Ni bukan perangkap untuk anda tiba2 jadi ahli MLM :P hahaha

Insyallah sahabat baik aku Reen Zuhdi - yang juga TTCians - with PCOS - with NO TUBES - conceived via 4th IVF - akan menjadi speaker bersama2 dengan aku kat program ni.

Program ni santai-santai je. Tak formal pun, jangan risau :D
So TTCians?
Email me at jayfarhana@gmail.com and copy paste this:

YES I AM INTERESTED TO JOIN TTC BREAKTHROUGH PROGRAM!


September 18, 2014

Two Lines, Was Found.

And Gone.

Heheh.

Saspen tak?
Kehkeh..aku taktau nak tulis cite ni kat blog ni atau TwoLinesFound. Tapi aku rasa aku share je lah kat dua2 blog. Sorry lah aku bizi sangat (malas sebenarnya) nak update sebab terlalu banyak tertinggal cerita last2 lupa semua apa nak tulis. Aku cuba tulis apa yang aku ingat.

First sekali, Fahim dah stop bf.
Takdapat aku bf kan dia sampai 2 tahun. Cuma 1tahun 2 bulan sahaja. Sebab dia sendiri yang reject. Bukan direct je, yg pump isi dalam botol pun reject. Semuanya sebab aku pisah tido dengan dia masa aku warded denggi bulan 6 haritu. Disebabkan aku warded, dia minum sustagen mase aku takde. Dan terus suka sustagen -_- Walau dah pump pun, dia tahu, itu bukan sustagen.
Since aku tak bf, period aku normal (actually masa aku lepas bersalin pun memang normal cuma period tu very light and tak banyak, 3 hari je macam tu) Tiap2 bulan datang lepas aku nifas, ada la skali je yg tak period 3bulan, then period balik. Bila aku stop bf, aku kembali period tiap2 bulan cuma cycle panjang sket dalam 40days.

Bila dah tak bf, USUALLY, ini usually ok. PCOSers yang dah bersalin, dan keep on breastfeed selama yang mungkin, bila stop je bf, ovulation akan triggered immediately - silap2 kembali NORMAL.
Say goodbye to PCOS!

Aku boleh rasa ovulation. Lenjun basah seluar dengan egg white. Haha..dah lama tak rasa gitu.
Kami tak decide apa2. Takde pun cakap dah ready for 2nd baby. Tak jugak cakap tak ready. Kitorang berserah je. Kalau Allah bagi lagi, maknanya Allah tahu kami mampu dan perlukan 2nd baby. Rezeki semua Allah yang tetapkan. Jadi kami takde pun planning atau guna so called protection ke apa2.
Umur pun bukan makin muda.

Last period on before ni masa raya ke 2. 30 July. Then patutnye bulan 9 ni aku patut period. Aku tunggu2 jugak. Rasa cramping senggugut tu come and go, tapi takde darah.
Nak dijadikan citer on 8 Sep, aku kena sakit mata yang terok.
Pegi DEMC utk checkup and ambik ubat. Masa check blood pressure tu memang nurse bagitau, bp aku low. Dia tanya

"Puan mengandung ke?"
"TAKKKK" -laju jawap
"Bp low ni puan. Takde lah low sangat, tapi low la"

Aku pulak takpenah ade rekod bp low. Tapi aku pikir, maybe penat ke apa kot.
Doc bagi mc 5 hari and ubat titik+ubat makan.

Lepas dah baik sakit mata, aku realize aku asik nak tertumbang. Bangun dari duduk, mesti nak jatuh.
Teringat la aku kat nurse yang kata aku bp low tu.
Apesal aku low bp ni?
Malam 11 Sep, aku loya yang terok gila tahap takboleh tido. Semua tak kena.
Aku suh laki aku cari ice lemon tea kol 4 pagi.
Lepas minum 2 teguk, lega.
Then laki aku sengih2 kat aku. Apahal?

Jumaat 12 Sep aku decide utk beli hpt sebab aku rasa dah lain macam sangat ni.
Dah CD45 mase tu. Aku memang dah lama tak buat BBT sebab tidor tak betul. Malam pun memang bangun banyak kali utk buat susu/fahim nangis. So memang tak relevan kalau berBBT.  So aku taktau ape status aku ni sbeananye.

Lepas check hpt. Result dia:


:-O

Sebab tak caya dengan samar2 ni, aku pegi cari Clearblue digital.
Dan result dia:

:-O

Aku taktau nak kate ape sebab macam, EH???? Ya Allah. Aku makan semua tak jaga. Minum neskepe (dah langgar pantang) kopi, ais, ngarut2 semua tahyul. So PCOS IS GONE?
Ya Allah, alhamdulillah, I can conceive normally again. Betul kata dr delaila. PCOSers ni once beranak anak no 1, lepastu dah takde masalah insyallah.

Malangnya. Hari ahad aku tiba2 bleeding dan sakit yang amat.
Aku dah agak, aku miscarried. Ye betul.
Keluar seketul daging sebesar duit 10sen.


Sorry kalau geli nak tengok.
Rupenye macam nak jadi janin dah. - gambar tak berapa jelas memandangkan camerafon aku sangat sedih :P
Terkedu aku dengan laki aku tengok daging tu huhu..sedih pun ada. :P
Haha...takpe, belom rezeki lagi.
We can try again.
Aku pegi check isnin aritu utk scan whats going on.
Doc kate ada satu line kat rahim aku ni which kalau pregnant, line tu macam terbukak. Tapi  line tu dah tertutup, so memang betul lah dia dah keluar and biar je bleeding tu semua kuar sampai habis.

Aku ni dah la baru terhegeh2 nak beli folic acid haritu (Omg lama dah takmakan :P) Baru beli susu kambing jugak. yeah, maybe we are ready for no 2. :)

Kalau ada rezeki, adalah..usaha je.
PCOSers yang still struggling, insyallah tak lama lagi uolls akan preggy. Amin amin amin..aku selalu doakan my TTC friends. Tune dulu few things in your lives, buang segala busuk hati. - Walau sekelumit benda yang busuk dalam hati, buanglah. Once pregnant, insyallah nak pregnant yang kedua dah tak sesusah pertama :) insyallah mudah-mudahan.

Sebab aku kenal a few TTCians yang dah berjaya preggy n bersalin, takde masalah untuk conceive yang 2nd. Ramai gak sebenarnye macam tu.

Babydust to all of u :)

September 4, 2014

The After Raya - entry basi

Rupanya2 entry ni dok dalam draft, lupa nak publish!!!! ADOIII

----
How's RAYA??
Harap semuanye enjoy dan happy beraya dgn family & suami tercinta :)
Aku ada jalan2 kat beberapa facebook group mainly yg berkenaan dengan TTC (bukan TTCGM je)
Ada la beberapa posting members yang bercerita pasal raya haritu, macam biasa la kebanyakannye kena tembak dengan soalan2 yang kite paling benci.
Kadang2 aku pun taktau camne nak cakap, kesian sangat kite yang TTCians ni kan. Sampai bila pun terpaksa hadapi benda macam tu. Dah beranak pun sebenarnya masih kena tapi aku rasa sakitnye hati tu lebih terok bila masih takde zuriat lansung dan takpernah mengandung lansung.
Mungkin kalau pernah mengandung, boleh jugak la cakap Oh haritu saya keguguran. Atleast kite boleh harap yang orang takkan cakap kite mandul.
Tapi ada jugak kawan aku yang memang anak meninggal dalam perut or few times ectopic/keguguran, masih jugak di-cap mandul oleh orang2 yang takde sensitiviti.

Entahla. Aku pun taktau ape sebenarnya yang masyarakat fikir.
Aku kan selalu kempen suruh orang think positif, set mindset positif semua kan.
Tapi agak susah nak buat kalau orang keliling kita yang tak positif.

Contoh la kalau ada situasi dimana kita memang betul2 positif dan tak sedih lagi pasal belum mengandung. Tapi MIL asik bagi ayat2 yang pedih kat telinga. Lepastu husband pulak diam je taktau camna nak backup. Kita senyum, jawap baik2, tapi MIL tetap dengan ayat2 yang buat kite jadi sedih, dari berkobar-kobar nak positif, terus negatif balik.
Masa aku dah ubah semua mindset aku jadi positif dulu, some TTCians ada cakap aku beruntung sebab MIL & FIL memahami, jenis tak pressure. Apetah lagi parents sendiri. Ada yang cakap aku beruntung sebab ada suami yang backup aku gila2 kalau kena tembak soalan zuriat. Kadang2 dia sanggup bergaduh bertumbuk dengan orang yang bash kami pasal anak.
Tapi itu apa yang orang nampak je. Kalau takde effort sendiri nak change things pun, aku boleh jadi masih negatif jugak. Cuma mungkin tak seteruk mereka yang takdapat support dari family/orang2 yang rapat la kot.

Kadang-kadang bukan pasal zuriat je, if kite move on untuk adopt pun, kena bash jugak. Biasenye yang halang pasal adoption ni parents sendiri atau in laws la kan. Even my own FIL pun bash aku mase aku saje2 cakap aku maybe amik anak angkat if dah lama takde zuriat. Alasan dia, kita tak tahu keturunan anak tu. Kenapa dengan keturunan? Masalahnye anak kandung yang berketurunan baik pun ramai juga yang jadi sampah. Yang tu macam mana pulak.
Tapi memang la orang tua cakap based on pengalaman diorang ikut zaman diorang kan.
Skang zaman pun dah berubah.
Dan kebanyakan TTCians yang memula kena bash utk adopt, bila betul2 dah dapat baby tu, parents/PIL yang bangkang before ni akan jadi sayang terus lepas tengok baby tu. Itu la keistimewaan bayi sebenarnye.
Yelah, datang dari syurga. Orang gila je yang suka buang benda yang datang dari syurga ni.

Raya haritu aku period. Teruk gila senggugut package darah ketul, breast sakit gila dan sakit kepala.
Wah, dah lama sungguh aku takrasa gini. Alhamdulillah period aku normal lepas bersalin. Cuma ada la penah tingtong skejap sebab aku breastfeed. Skang dah kurang breastfeed sebab anak aku dah campur sustagen. Sebab tu yang aku kot2 ter-ovulate haritu. Sebab 2weeks before period aritu memang aku dapat discharge yang egg white tu. Lenjun habis seluar. Sorry TMI :p

Nak kata ready for next baby, susah nak cakap sebab nak dapat sorang pun tunggu lama.
Aku sengih je bila raya haritu orang tanya Fahim dah boleh dapat adik ke belum? Aku susah nak jawap memandangkan nak dapat yang 1 pun susah. Kalau aku cakap Fahim dah boleh dapat adik, bulan depan tu kompem lekat ke?
Makcik2 ada yang marah aku. Diorang cakap tak semestinye dapat yang 1st susah, yang 2nd pun susah.
Kebanyakan orang nak dapat yang 1st je susah. Lepastu berderet2.
Aku nak iyakan pun tidak, nak menidakkan pun tidak.
Aku cume diam je.
Aku just cakap ikot je Allah nak bagi rezeki bila2. Terima je.
Beriya nak tambah anak ramai2 ni bukan macam tambah gelang kat lengan. Bukan macam tambah gula kat kopi. Bila dah ada sorang anak, baru faham rasa jadi emak tu macam mana.

Ada jugak some of my TTCian friends yang berjaya dapat positive hpt, tapi mungkin Allah nak pinjamkan sekejap je. Tapi tentu ada hikmah. Mana lah tahu next cycle berjaya pulak kan. Aku selalu doakan kawan2 TTC semua dipermudahkan untuk dapat zuriat. Supaya semua dapat merasa jadi ibu.








July 25, 2014

Selamat Rayee

For FindingTwoLines & TwoLinesFound Readers..

Selamat Hari Raya Aidilfitri, mintak maaf zahir dan batin atas segala yang pernah aku tulis dalam kedua2 blog yang mungkin pernah menyinggung mana-mana pihak..

Drive Safely semua..

My heart also goes to the passengers & families of MH17 tragedy..semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang solihin, semoga Allah tabahkan hati keluarga yang terlibat.

July 4, 2014

How Do I Overcome The Negative Thoughts During TTC


Kali ni aku nak share macam mana aku overcome semua perasaan negative masa TTC.
Sejujurnya aku bagitau, aku masih faham perasaan TTCians, dan aku takkan lupa sebab aku ni ex-TTCians.
Aku masih INGAT, fresh dalam otak, macam mana perasaan bila :

1. Dengar berita pregnancy
2. Terserempak banyak kali dengan perempuan mengandung
3. Hadir ke kenduri dan ditembak soalan anak.
4. Hari Raya melihat sepupu-sepapat dengan anak masing-masing dan kita cuma berdua.
5. Di soal oleh makcik/pakcik kepoci.
6. Di banding-bandingkan oleh kawan-kawan.
7. Mendengar perbualan orang tentang anak masing-masing dan kita cuma berdiam sahaja.
8. Terbaca di facebook tentang update seseorang yang mengandung/yang share gambar ultrasound
9. Takut orang yang kawin selepas kita semuanya mengandung dahulu
10. Orang lain cuba nak nasihat kita supaya jangan tunggu lama2, as if kite ni planning, etc.

Dan banyak lagi perasaan yang sama.

Aku masih INGAT dan rasa apa yang kalian rasa biarpun ada yang aku tahu, lebih lama TTC dari aku.

Dari no 1-10, semuanya aku tangani dengan penuh NEGATIVE sejak aku dihujani soalan tentang baby, sejak 2009 sampai tahun 2011. 2tahun jugak aku tangani dengan negative.
Tangani dengan negative tu maksud aku, contohnya seperti ini:

1. Sesiapa yang bertanya, akan dibalas dengan makian hamun dari aku -walaupun dia golongan warga emas aku peduli apa. Orang yang kenal perangai aku, tahu aku ni macam mana. WALAUPUN dia tanya BAIK-BAIK.
2. Balik rumah dan bergado dengan laki aku sebab laki aku tak backup aku masa kena tembak. Malah dia hanya jawap - belum rezeki, nak buat macam mana. Nope, that answer doesn't satisfy me at all! Kalau tak bergado pun, dapat bertekak pun jadi. Gado dengan bertekak lain skit kot. Hahaha..
3. Update kat blog ini, dan meluahkan perasaan sakit hati kerana ada kawan yang tak sensitive lansung issue orang yang takde anak ni dengan asik lah nak cerita pasal anakkk sahaja depan2 aku. Aku beranggapan bahawa orang yang ada anak perlu rasa sensitip sikit bile nak cite pasal anak depan orang yang takde anak. Kadang2 orang yang ada anak tu tak citer depan aku pun aku nak sakit hati sebab terbaca kat blog dia/status fb/twitter. Padahal tu account die, sukeati die lah nak cite pasal ape pun sape suruh aku bace kalau tak suke kan? HAhaha tapi nak rase BENCI gak. Biasa la negative mindset.
4. Menyumpah orang yang mengandung seperti sengaja-sengaja lalu depan aku - padahal dia tak tau apa.
5. Bengang bila dijemput ke kenduri Akikah. Seperti sengaja nak gitau dia ada anak.

Ada banyak lagi yang aku dah tak ingat. Tapi semua tu cara yang SALAH.
Diulangi
SALAH.

Diulangi
SALAHHHHHHHHHHH.

Dan jika anda TTCians sedang merasai apa yang aku pernah rasa, SILA BUANG.

Macam mana nak buang?

Aku mula korek dalam2 hati sendiri pada awal 2012. Aku tanya diri sendiri.
Kenapa nak anak?
Sebab orang tanya?
Sebab oranglain pun ada anak?
Sebab,..eh normal la smua orang nak anak!

Tapi kenapa?
Aku ni, sempurna ke nak jadi parents?
Cukup ke ilmu nak curah pada anak?
Cukup ke kekuatan nak mengharungi hidup sebagai ibu?

Sebab, nak merasai perasaan mengandung, ya juga.
Nak merasai macam mana beranak walaupun semua tahu beranak itu sakit, ya juga.
Tapi, lepas beranak, dah habis cerita ke?
Anak perlu dijaga, dari lahir hingga dewasa, lihat sahaja diri sendiri, macam mana mak sendiri jaga kita. Macam mana perangai kita masa kecik, masa muda. Lihat macam mana mak kita asuh kita.
Kita boleh buat tak?
- mesti boleh. Itu yang aku fikir.
- Ala yang tu kemudian la fikir..mengandung dulu yang penting sebab orang cuma nak tahu kita dah ada isi ke tak.

Tapi motif hidup dalam dunia ni, untuk apa?
Adakah Allah jadikan semua manusia ini fokusnya utk dapat anak sahaja?

Jadi aku larikan fokus aku sejak awal 2012, kalau baca kat my TTC Chronology, aku ada tulis di awal 2012 yang aku kata I'M DONE.
Aku betul2 surrender masa tu. Bukan surrender TTC, tapi macam mana ek nak cakap. Aku surrender utk struggle seperti mana aku sebelum tu.
Kadang-kadang sebab kita TERLALU fokus nak kan sesuatu benda dan kita harapkan hasilnya cepat. Tapi bila lambat atau gagal, benda tu dah macam ruining our lives. Sebab kita akan down teruk. Frust. Semua ni torture emosi kita sendiri kan? Masa tu aku rasa TTC ni macam menyusahkan hidup aku.
Aku terpaksa fikir 10 kali nak pegi kenduri, nak lepak dengan kawan2 lama, nak pegi visit kawan yang bersalin, semua aku kena fikir 10 kali sebab aku tengah TTC. Jadi aku asyik RISAU kalau emosi aku terganggu bila buat benda2 tu smua.
Then aku try fikir, kalau aku tak TTC mesti aku tak risau semua2 tu kan?

Mana yang tak ruin our lives nye kalau ko asik MARAH, asik BENCI, asik SEDIH.
Hidup ni perlu macam tu ke? - aku tanya diri aku sendiri
Hidup ni perlu rasa benci kat orang, rasa sedih, mengeluh, kecewa, beli pregnancy test, google for fertility info, hidup ni semata untuk itu ke?
Macam mana dengan semua yang Allah tuntut? Ada buat? Perkara2 wajib dan sunat, ada buat?
Baca quran, ada buat?
Sedekah pada anak yatim, ada buat?
Bantu mereka yang sakit tenat, dan memerlukan, ada buat?

Aku tanye gitu kat diri sendiri. So aku larikan fokus aku untuk buat benda yang lain, dan aku anggap yang rezeki anak akan tiba bila Allah nak bagi. Aku yakin satu hari Allah tetap akan bagi.
Berapa lama pun takpe, aku sanggup tunggu. Yang penting aku yakin aku boleh mengandung dan Allah akan bagi jugak satu hari nanti.

Jadi sepanjang 2012, aku tukar mind set aku. Aku tukar mentaliti aku.
Aku beranikan diri pergi kenduri, dan jawap soalan orang dengan (tegas) dan tenang.

"Bila nak ade anak ni? dah 3 tahun kawin kan?"
Jawapan: "Maybe lepas anak semua orang dah besar sikit kot!"

Senyum je sepupu aku lepas aku jawap macam tu.
I mean, memang PEDIH LA soalan tu, tapi apa yang effect dalam jiwa kau tu ialah cara macam mana kau HANDLE soalan itu. Kalau ko pilih utk sedih, ko boleh je jawap
" hmm..entah la...dah cuba byk kali..masih tak berjaya..sedih :("
atau
"jangan la tanya..sakit hati la.." Lepastu asyik repeat soalan orang tu banyak kali dalam kepala sendiri.

Effectnye, kau balik dengan perasaan semakin bengang sebab kau sedih. Kenapa pilih untuk sedih?
Allah bagi pilihan dah kat kau mase tu, nak sedih atau nak happy?

Aku pilih untuk menjadi manusia happy, jadi aku jawap benda yang positif seperti tadi, atau hentam saja "Esok la tuu saya mengandunggg"
Balas je dengan senyuman dan sengeh kerang.

Caya cakap aku, kalau ko rajin jawap jawapan yang happy bercampur loya burok yang tak keterlaluan, orang akan berhenti bertanya.

Pernah jugak aku jawap gitu tapi orang balas balik "Ceh, asyik esok esok..takde jugak isinye!"
Then bila soalan itu keluar, terpaksa lah aku jawap dengan kasar sikit "EH kenapa pulak awak yang susah? Tak mintak duit awak pun utk belanja saya buat rawatan sampai ribu2 semata2 nak satisfy soalan awak tu."
Dan disusuli dengan "HEH gurau je jangan marah eh!"
Blah.

Sentiasa doa pada masyarakat sekeliling supaya mereka faham sensitivity soal anak. Minta lah pada Allah semoga bukakkan hati diorang. Kalau kena jugak tembak, rileks je sebab kau kena fikir kau elak macam mana pun orang akan tanya.
Kecuali ko lari dok dalam hutan. Mungkin beruk takkan tanya.

Kalau takot pada tekanan pada soalan orang, sila be aware of TEKANAN bile anda mengandung,beranak,jaga anak dan sebagainya. Tekanan yang itu lebih dari yang korang sangkakan.
Tekanan itu adalah double tripple daripada tekanan setakat orang bertanya "Bila nak ada isi?"
Betul, aku tak tipu.
Jadi untuk menuju ke arah itu, Allah pilih KITA utk TTC, sebab kekuatan masa TTC ni akan digunakan masa nak mengandung/dah dapat anak nanti.
Berapa lama yang Allah peruntukkan untuk kite TTC tu MUNGKIN masa yang diperlukan untuk bina kekuatan diri sendiri bila dah ada anak.

Sebab kita taktahu apa yang Allah sediakan untuk kita. Semua rancangan Allah.
Kalau sekadar tertekan dengan soalan orang, hmm..itu belum cukup nak dinamakan "tertekan"
Masalah orang lain lebih besar dari itu, cuba kite fikir.
Rasa susah sebab takde anak?

Orang kat somalia ramai lagi yang tak makan. Yang takde tempat berteduh. Takpayah somalia. Kat KUALA LUMPUR sahaja ramai yang HOMELESS dan tak cukup makan, takde tempat tidur, tak cukup pakaian.
Kita, diberi 1000 macam nikmat, tetiba takde yang satu, kita tertekan mengalahkan apa. Aku malu sebab dulu aku macam tu. Jadi aku harap, TTCians semua kuatkan hati dan sabarlah dalam usaha TTC ni.
Aku tau, kita yang TTC ni kalau dengar orang berbual pasal anak pun takboleh kan? Rasa macam orang tu perli kita. Walaupun kita sendiri tau yang orang tu takde niat cuma kita yang paranoid sendiri.
Bila difikirkan secara LOGIKnye, macam mana kau nak kontrol orang nak borak pasal apa?

Dia nak borak pasal anak dia, bukan dia kata "hmm tgk si jay tu, kesian kan takde anak mcm kita hahahaha" - kalau orang tu cakap macam tu, baru lah LOGIK kite nak sakit hati. Tapi ini tak ditujukan lansung kat kite.
Diorang cuma borak pasal anak dah pandai jalan, anak dah masuk tadika etc. Why do u have to think that perbualan tu sounds like "Oh thanks for reminding me that i am childless"
"Oh thanks for reminding me that i'm not yet pregnant"

- agaknya kalau dia dengar detik hati kite macam tu, dia boleh balas balik "Am i talking to YOU?"

LIKE WTF?
Dah kenapa hati kita mcm tu?
Pergi lah minum air zam2 banyak2, niat nak cuci hati tu kalau asyik fikir macam tu. Kalau tak cukup, mandi je terus dengan air zam2 -_-
Trust me, kalau bertahun-tahun TTC pun kita masih beranggapan macam tu towards orang lain yang ada anak, THAT'S FKING SICK. Kau ada masalah JIWA.

I'm sorry but this is true.

Dan kita sangka boleh pregnant cepat dengan berperasaan macam tu?
Tanya lah diri sendiri.

Aku pernah taknak ucap tahniah kat ofismate yang pregnant dan bila dia beranak pun aku buat takreti je. Ya, aku pernah. Effect pada cycle aku? Makin teruk, tak ovulate, takde telur, rahim nipis, darah banyak toksik dan sebagainya. Korang pun nak macam tu? Ha cuba lah berperasaan dengki pada orang lain dan pergi check level hormone sendiri lepastu.

Sebab tu aku cakap, bukan senang nak ubah mindset ni. Tapi kena cuba sikit demi sedikit.
Kita ni smua manusia normal je. Semua rezeki lain-lain.
Kalau dapat rezeki yang satu ni, kita taktahu dugaan ape yang Allah sediakan selepas tu. Sebab tu kena tahan yang INI dulu, sebab nanti lepas tu bila ade NEXT dugaan, kita dah kebal dan dapat handle dengan jayanya.

Aku selalu anggap, aku lambat dapat anak sebab Allah nak beri aku yang terbaik. Jika diberi sekarang, samada aku takkan jadi ibu yang baik atau anak tu mungkin ada masalah yang aku taksanggup nak handle. Aku pernah gugur 3 kali, dah aku redha kenapa Allah ambik balik sebab masa tu maybe aku memang belom bersedia. Kami mungkin belom bersedia. Jadi Allah nak selamat aku dan anak itu. Allah nak beri yang terbaik.
Jadi Allah uji lagi.

Lagi satu aku ni masa TTC dulu dikelilingi orang yang LEBIH BESAR dugaannya berbanding aku.
Jadi aku terus meletakkan diri aku ni sbenanye dugaan kecik je.
Aku ada kawan yang takde rahim, aku ada kawan yang hilang satu tube dan aku jugak ada kawan yang takde tube lansung. Aku jugak ada kenal orang yang ada masalah kesihatan yang teruk (penyakit tulang - lupe namenye) yang menyebabkan dia takboleh lansung ambik ubat-ubatan untuk fertility sebab ia akan effect penyakit tulang dia tu. Orang ni adalah adik Umi. Dah 9 tahun, memang takde anak dan takboleh lansung usaha nak TTC.
Mula2 nak buat IUI, tapi lepas buat health checkup, dia takboleh proceed sebab nanti penyakit tulang dia akan makin teruk. Dia ni jenis yang tangan takboleh genggam. Susah nak explain tapi lebih kurang macam kalau nak pegang barang berat, pinggan berat, semua takboleh. Tangan dia takboleh genggam.
- jadi, kalau ada anak macam mana nak pegang anak kan.
Bagi aku dia ni special. Mesti Allah dah sediakan rezeki lain. Cuma aku kagum sebab dia suami isteri memang bahagia. Happy je aku tengok, romantik je. Katanya ada cadangan nak adopt anak angkat. Tapi nak ambik yang dah besar sebab kalau kecik dia takboleh pegang.
Tibe2 aku rase sayu bila dia cakap gitu..sebab, oranglain yang adopt pun, dapat merasa macam mana jadi new mommy sebab kita jaga baby yang newborn, ada setengah yang dapat breastfeed pun kan..so walaupun tak mengandung tapi dengan adopt baby newborn ni same juga lah rasa macam orang baru bersalin.
Kesian aku tiba2 dengan die sebab kalau ambik yang dah besar, takdapatlah rasa nikmat macam mommy yang lain tu. TAPI, semua ni ketentuan Allah jugak kan. Dah itu kemampuan dia, mesti ada hikmah.
Aku doakan dia dipermudahkan usaha nak adopt anak.

Benda-benda macam ni yang buat aku kuat untuk TTC dan lawan negative thoughts tu.
Selalunya kite akan negative terok dulu, baru kite akan jadi positive.
Dan selalunya perasaan negative ni amik masa 1-3tahun jugak, untuk berubah kpd positive. Ada orang yang lebih awal dari tu dah berubah mindset, bagus! Tapi ada orang yang dah lamaaaaaaa pun, masih negative.
Yang ni aku pun susah nak kata macam mana. Taknak kata pun, tak baik mengata.

Cuma benda2 kecik yang takperlu nak sangka negative and busuk hati, buangkan je lah.
Terutama sekali bab dengar berita pregnancy dan dengar orang lain borak pasal anak.
Takpayah lah sakit hati bile kawan2 ofis borak pasal hal perihal anak. Diam saja kalau taknak masuk campur atau dengar dan jadikan pengalaman diorang tu sebagai ilmu untuk kita.
Aku dah lupe aku baca kat blog siapa tapi dia tanya diri sendiri, kalau aku dah ade anak, nanti aku macam tu jugak ke?

YES you will.

Aku dah melaluinye.
Mustahil kalau ko dah ada anak pastu ofismate ajak berborak tanya pasal Eh anak kau dah pandai apa?
Anak kau minum susu apa? Oh anak aku skang dah kurang meragam, blablabla. Logik ke kalau tibe2 ko nak fikir yang - EH ada orang katsini belom ada anaklah! takyah borak pasal anak la weh, kesian dia terasa.

Logik ke?

Aku fikir jugak gitu tapi kadang2 kalau keterlaluan sangat berborak tu, kita cuba lah ubah topik - asyik cite pasal anak gaya macam takde life pulak kan. Tapi kalau oranglain keep on jugak cerita, ape kite boleh buat?
Nak panas telinga sorang2? Buat apa?
Kite boleh kontrol ke benda macam tu?
Diam saja dan ignore. Itu hak mereka nak bercerita pasal apa.
Yang kita pegi anggap benda tu macam satu benda untuk insult kite tu kenapa?

Kite yang salah ke diorang?

Memang susah nak buat orang faham perasaan TTCians, tapi lebih SUSAH untuk kontrol apa yang orang lain nak cakap yang boleh buat TTCians terasa.
Lebih-lebih lagi kalau secara indirect. Kalau secara direct tu mungkin boleh kontrol lagi.
Tapi macam yang aku cakaplah, benda yang tak dituju kat kite, kite pegi terasa.

Lalu kedai baby, terasa.

Pernah kan macam tu? Sebab aku pun pernah. Hahah!
Jadi adakah kedai baby itu bersalah sebab berada di situ? Tak kan.
Itu semua point untuk 'sengaja' nak torture emosi sendiri.
So camne nak buat?
Buat taktau je lah!

Anggap je la macam lalu kat kedai tayar ke. Lalu kat kedai memancing ke.
Aku tak nafikan memang ada TTCians yang takboleh tengok or lalu lansung kedai baby.
Nampak iklan EXPO Mom & Baby pun nak bengang tak tentu pasal.

Padahal time awak mengandung esok, Mom & Baby Expo tu masih ada je. Bukan time awak TTC tu je Mom & Baby expo tu wujud. Memang sejak dari dulu sampai bila2 pun insyallah tak lari mananya expo tu.
Tiap2 tahun ada beb. Sabar lah, sok turn kau mengandung, selamat berasak2lah dengan orang membeli pampers/baju baby yang murah2 dan cantik2 tu. Bertolak2 berlari2 bagai semata nak kejar voucher murah.

Tapi kalau masih TTC pun, ape asalahnye kalau just pegi dan belikan je la untuk anak buah ke. Anak kawan ke. Anak jiran ke. Niatlah sedekah. Takboleh ke gitu?
Aku yang mase mula2 TTC dulu takboleh tengok or lalu kedai baby, aku tukar dengan habit SUKA pegi kedai baby untuk beli barang2/baju2 untuk anak buah atau anak kawan2. Banyak jugak la baju yang aku beli dan bagi kat anak orang, rasa happy bila buat macam tu. Tak stress lansung.
Rasa lebih happy bila orang yang kita bagi baju tu bagi anak dia pakai baju tu depan kita.
HAPPY tak terkata.

So, nak pilih untuk menjadi TTCian yang happy atau TTCian yang sedih?
Sendiri yang buat pilihan.
Jangan salahkan orang.

Salam jumaat - selamat berpuasa.

July 1, 2014

Salam Ramadhan

Salam semua.....sorry for the long silence, dah 3 Ramadhan dah pun, alhamdulillah.
Banyak post semua sangkut kat draft :P tulis separuh, ada keje. Tulis separuh, ade keje. Last2 bila nak habis tulis mcm tu. HAIH..sorry jugak yang dah email kat aku untuk mintak masok ke TTCGM, aku lambat add korang sebab 2minggu lepas aku kena DENGGI yang durjana.
Warded 5 hari. Kemain lame, beranak pun tak warded lame gitu hohohoho...
Sebelum tu dah demam lama dah, on and off, pastu tau2 je denggi rupenye.
Akhirnye lepas laki aku cari daun betik, dia blend n kasi minum baru la naik platlet aku.
Air daun betik tu rase die macam tayar.
Eh tak.
Macam tapak kasut.
Hahaha..ape2 je la yang pahit. Camtu la rasenye.
Alhamdulillah dah sihat, nasib la kena sebelum puasa kalau tak, memang tak puasa la aku.

Taktau mana satu nak cerita sbenanye ni, actually aku and kawan2 TTC yang lain dah start berniaga kecil-kecilan + suka-suka. Kami bukak stall burger bakar (Rawang Burger Bakar). RBB ni franchise ye, HQ nye kat Wangsa Maju tu. Pada yang pernah dengar perkataan Burger KLCC, Burgembira, ha asalnye dari RBB ni lah. Kami (Me+Husband, Reen Zuhdi+Husband, Linda+Husband, Wanda+Husband, K.Dee+Husband, Camy+Husband) 12 orang semuanya, share untuk saje-saje bukak stall burger ni. Memandangkan kami ni selalu sangat hangout sama2, better berniaga je sesambil lepak + dapat duit sikit kan hehehe...dapat la sket menampung belanja rumah dan anak. Nanti kalau rasa teringin nak buka puasa kat stall kitorang leh la datang kat Sek23 Shah Alam, Restoran Tam Nasi Ayam. (Kami sewa tapak kat situ)
Landmark kedai ni ialah AEON Big Shah Alam/ Highway LKSA/Uptown Shah Alam. Kalau tahu tempat ni insyallah mudah nak datang. Tak pun waze je RBB Sek23. Mesti sampai.

Sengaje je aku cite burger bakar bulan2 puasa ni kan? KAHJKAHKAHKAhh...belum buh gambar lagi :P Lagi kang terliur2 lak korang :P

Salam Ramadhan semua. Semoga bulan puasa ni kita semua dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.

Pada yang TTC, jangan lupa bulan puasa ni banyak2 kan bersedekah pada anak yatim/fakir miskin/warga emas. Masa berbuka dengan kurma tu, niatkan dalam hati nak mudah untuk conceive :) 7 malam terakhir nanti cuba-cuba buat solat hajat, mana tahu jatuh pulak malam tu malam lailatulqadar. :)

Jangan risau kalau Raya ni masih berdua. Nanti aku up post balik pasal tips2 menjawap di hari raya ye.
Aku rasa tahun ni aku nak share more kepada camne nak overcome masalah tu dari menjawap dengan orang yang suke tanya2 ni kot. Kite semua patut tahu camne cara nak ubah mindset tu. Aku tau bab ni ramai susah nak buat. Ada yang terer 2-3tahun dah boleh ubah mindset.

Tapi ada yang dah 8-9tahun..masih mindset negative.
Aku takleh nak kate ape sebab tempoh aku TTC tak begitu lama. Tapi aku nanti akan share macam mana orang2 yang aku kenal yang more than 5 years masih TTC, dan mindset very positive.

Selamat masak utk berbuka semua. - aku tak masak ler tahun ni, buka dah tentu kat stall je haha.. :P




May 29, 2014

Congrats to my TTCian Friend for her newborn TWINS.



Just nak ucap many congratulations to my TTCian friend Emy Suraya yang baru saja melahirkan twin baby girls semalam via c-sect at Tropicana Medical Centre. Emy is actually a childhood friend..kami satu sekolah rendah and selalu lepak sama2 mase kecik2 dulu..then lost contact dah lama and terjumpa balik dlm blog sebab TTC..

She got married last Dec 2009, immedietly TTC sebab dah tahu memang ada prob..banyak jugak usaha dia.. IUI failed 3 times, later she tried IVF and CONCEIVED TWINS at the very first IVF attempt, syukur alhamdulillah her pregnancy was smooth and dah bersalin semalam. 

Rasa nak pelok kau kuat2 je emy!!!!! 
Before ni emy banyak jugak ups and downs..biasalah us TTCians kan, semua pernah down teruk..pressure, tension, sedih, sebab failed to conceive..aku rasa Emy lebih tabah sebab dah melalui 3 kali failed IUI..aku nak try IUI pun tak sanggop dulu sebab takot kecewa. Aku ni kan hampeh lebih takot kecewa dari mencuba -__- pfft.. Tapi aku sangat puji semangat Emy sebab tak pernah give up and terus try.. husband dia pun very2 supportive in their TTC journey. Berkat usaha dan kesabaran, Allah kurniakan TWINS terus after 4years+ married kan. Alhamdulillah...syukur tak terkata..

Semoga cekal dan tabah menjadi parents, emy. :D Really2 happy for you.
For all of you TTCians yang nak baca journey TTC emy, u can read her blog ( past entries) tapi dia dah lama tak update maybe busy with work and her pregnancy after that. Hehe.. 

Semoga menjadi semangat untuk semua TTCians.. 
Oh fyi, emy is a PCOSer, dan sebelum ni ada masalah telur susah nak di-penetrate sperm. Ha..very rare jugak sbenarnye. After a few fertility pills and shots sebenarnye her egg can grow fertile tapi masalah kata gynae dia, sperm cannot penetrate sebab shell terlalu keras. Macam tu pun ada, well atleast according to the doc lah. Read more HERE "One Baby Step At A Time By Emy Suraya" ok.



May 14, 2014

14 May 2014 - Fahim Turns One

Alhamdulillah syukur pada Allah, anakandaku Muhammad Fahim Maliqi bin Muhammad Faisal is ONE YEAR OLD today.
Last 14 May 2013 - 7.29am, Fahim was borned via emergency c-sect sebab Fahim dah pegi berak dekat dalam perut :P Fahim weigh 2.46kg, 50cm. Everything went well during delivery, alhamdulillah akhirnya Allah perkenankan doa kami untuk peroleh zuriat pertama after almost 4 years married.

May - Fahim's month. Itu gambar Fahim kat TTC Group Malaysia Calendar 2014. Masa ni Fahim won 5th prize for the contest, and gambar Fahim diletakkan di bulan 5, kebetulan birthday Fahim memang bulan 5 jugak :D
Today, 14 May 2014, Fahim is ONE year old, dah boleh jalan at 11 months, makan sangat banyak especially NASI dan waktu makan Fahim adalah bila orang makan, dia pun makan. Walaupun baru lepas makan. Fahim dah paham bahasa sikit2, pandai angguk dan cakap "NAK!" kalau nak apa2 especially MAKAN, pandai geleng kalau taknak. Lepas habis nyusu Fahim akan cakap DAH! :D

Banyak langkah. Gamba ni je paling elok sebab asyik terkeluar frame. Jalan kemain laju walaupun jatuh berkali2.
Gembira dekat Setia City Mall punya padang. Tengok orang main bubble2. Habis kasut Fahim mase ni terkena rumput basah :P Bontot pun basah sebab asyik duduk atas rumput..jakun rumput katenye.
Pandai tepuk tangan, pandai babai, pandai kutip semua benda kat lantai -serangga terbang2 pun Fahim penah kutip -_- Pandai panjat tangga, tapi kat rumah orang lah, nasib rumah sendiri takde tangga heheh..
Pandai joget bila dengar lagu kat babytv, bila dengar zikir Lailahaillah Fahim akan enjut2 kepala macam orang zikir jugak :D Paling penakot dekat Vacuum, entah kenapa tak faham lah kitorang. Tapi bukan saja bunyi vacuum, tengok vacuum pun taknak, takot sungguh! 1st sloppy kiss Fahim bagi masa mother's day haritu :)
Tidor kepenatan camni la rupe. -Pinjam Barney Zahra :D
Pelahap makan karipap giant yang besar gedabak tu. Ini dia rampas terus dari tangan aku. Nak-Nak-Nak-Nak! katenye
Hurm...awak dah besar esok memang ibu tunjuk gambar ni...
Tidur pun alhamdulillah dah OK, maybe sebab dah makan banyak. kol 10 macam tu Fahim dah ngantuk2. Paling lewat tidur skang pun 1130 la. Nak tidur pun senang, dah takpayah berdodoi-bersilat segala, letak kat tilam, tepuk-tepuk nyanyi zikir sket, bagi feveret bantal pelok yang boleh dipelok, pastu tidor (kalau betul2 mengantuklah) Bangun malam pun dalam 2 kali je untuk menyusu. Siang Fahim dah tak minum susu banyak kadang2 2 botol je minum..selalu ada balance jugak bila balik dari Taska tapi takpe since susu ibu pun macam cukup2 makan kadang2 tak cukup, so dapatlah forward susu yang lebih tu ke hari esok.

Bila paksa tidur, dia akan buat2 gelak sambil guling2 kononnya nak melawan mata.
Bangun tidor biasanya nangis dulu, kena turn on selfie mode kat phone baru dia diam sebab tgk muka sendiri burok bila menangis.
WOW! I've breastfeed Fahim for 1 year now! - ok ade lah mengelat pernah bagi FM sekali sekala masa fahim 8months haritu, aku kena food poisoning so susu drop teruk, lagipun makan ubat macam2 so takot jugaklah kalau pegi ke susu. Ibu susuan fahim pun tengah crisis susu so terpaksa jugaklah hulur FM, aku fikir sebab fahim dah makan macam2 so insyallah tak harmful utk perut dia..tapi like ive guessed..Fahim memang taknak sangat fm hahaha..so minum sikit utk hilangkan haus je. Mujur dah makan so fahim tak lapar lah. Air pun selain susu dia dah minum juice or air kosong mase tu. Masa 10months pun ada bagi 2 3 kali gitu, sebab aku banyak training and tak cukup masa untuk pump, nak lari ke mana pun takde port. But now since Fahim minum dah tak banyak sangat, so he's fully drinking breastmilk balik! yeayy...
Semoga aku terus kental untuk menyusukan Fahim for another year! *pat myself on the back* hehehe


Dear Fahim,

Semoga menjadi anak yang soleh, yang berguna pada agama, bangsa dan negara, yang bijak & pandai memilih yang mana baik yang mana buruk, taat pada perintah Allah, sentiasa ikut sunnah Rasulullah, hormat pada ibu & ayah, hormat pada orang tua yang lain, hormat pada orang sekeliling, tidak bersikap riak & sombong, sentiasa menjadi manusia yang positif, ceria selalu, semoga Fahim akan terus menjadi penyeri hidup kami berdua hingga ke hujung nafas kami :') Ibu & ayah akan berikan yang terbaik untuk Fahim insyallah, kalau Allah izinkan selagi yang kami mampu, selagi kami bernafas. Semoga keluarga kita akan terus bahagia hingga ke syurga, insyallah :)

Ibu & Ayah Loves you to the bone. <3 <3 <3 :')

Suap ayah makan biskot
Masa ibu jakun phone baru, so asyik selfie berdua dengan Fahim je.

Pic ni my faveret! hehehehe
Sementara tunggu ayah masuk kete, ini lah keje kitorang. 

Kepada yang masih menunggu zuriat, Fahim doakan semua TTCian mommy, semoga satu hari semua dapat merasa ada baby bijak macam Fahim :) aminnn

April 23, 2014

Another survey

Wahai semua readers (kalau yang silent readers tu minta jawap jugak survey kalau tak keberatan)
Hehe, aku nak buat survey.
Nak tanya, apa yang korang espek bila baca blog FindingTwoLines ni?
Setakat suka2 baca, hilangkan boring, atau sebab nak cari tips TTC saja, atau sebab nak baca luahan aku yang mungkin boleh support ape yang korang tengah alami skang? Ke macam mana?

Sebab aku sbenanye kalau boleh nak tulis entry yang lebih membantu TTCians, cumanya aku taktahu sangat apa yang semua espek dari blog aku. Aku harap kalau korang boleh komen apa yang korang nak tahu lebih pasal TTC, aku akan tulis, cuba share a few links or tips untuk korang ya.

Now tell me.

What is it that you want to know more about TTC?
Supplements? PCOS/TTC Diet tips? BBT Charting? Alternative Treatments? Dan lain-lain?

OR

Do you actually enjoy / menyampah reading my ramblings on every entry? Sebab kalau menyampah, aku perasan ramai yang komen bila aku meluahkan sesuatu pendapat. Bila aku share pasal pemakanan dan lain2, takde orang komen sangat OR maybe orang just baca je kot :P
Ataupun korang memang suka bile aku membebel as in, aku maybe menyuarakan benda yang sama yang korang rasa? :P

Tell me.
Just don't need to tell me if u dont like my blog. Just leave. :D

Motive survey? Sebab nak tulis benda yang lebih berfaedah.
Aku dah la bukan penulis yang baik, kalau dapat membantu atleast ok la dari tulis dah la tak bagus, isi yang aku tulis pun lagi tak beri manfaat.
Sebab asalnya aku bukak blog ni sebab nak luahkan isi hati aku masa TTC dulu. Sekarang aku dah beranak, anak aku baru 11bulan so aku belum lagi nak TTC for 2nd baby -unless Allah beri secara takdisangka2 lah. Tapi belum trying for 2nd lagi lah. Tu yang aku kadang2 taktau nak tulis pasal apa. Bila aku tulis pasal apa2 issue tu sebenarnye ada la tu benda yang mengganggu emosi aku waktu tu sampai aku terpaksa tulis panjang lebar kat blog sendiri. Sebab aku tak gunakan Facebook untuk luahan apa2. Aku memang gunakan blog.

So, selain luahan, aku nak tahu apa yang korang nak baca :)



April 17, 2014

Appreciate Your TTC Journey, You Will Appreciate Your Future Baby MORE

Atau dalam bahasa melayunya, Hargai Perjalanan TTC Anda, Kerana Anda Akan LEBIH Hargai Anak Anda Yang Akan Datang.

Gambar Hanya Hiasan
Bagi aku, lebih lama anda TTC, lebih kuat lah anda bila anda bergelar IBU nanti.
Masa aku TTC, apa yang aku fikir (dan orang lain fikir jugak kot) ialah nak ANAK sahaja. Kan?
Sebab kalau orang2 yang dah ada anak bagitau kita, 'Wei, enjoy your moment berdua, dah ada anak nanti penat, tak cukup tidur, takboleh jalan-jalan, takboleh honeymoon, etc etc.'
Tapi kita memang buat pekak dan rase pendapat2 tu semua macam annoying dan tak sepatutnya diperkatakan pada kita yang sedang TTC sebab orang yg bercakap tu ada anak, kita takde.
So kita anggap benda tu macam satu insult, as if trying to tell us, what we are trying to have now is something that will ruin our lives!

Sebenarnya bukan macam tu, yeah we all know that.
Kita nak rasa motherhood journey, nak rasa sendiri bagaimana jadi mak, bagaimana perasaan semasa mengandung, semasa melahirkan, semasa memegang anak sulung sendiri di tangan sendiri, HOLD IT! - but not all of us UNDERSTAND what it takes to survive motherhood.
Sebab belum merasa, jadi kita tak faham.
Aku pun tak faham dulu.
Aku just nak anak.

Bezanya TTC mommies dan orang yang bunting pelamin - Serious banyak bezanya.
Maaf, tapi ini cuma observation aku, dan aku tak mengatakan SEMUA orang yang bunting pelamin akan treat anak2 mereka sama.

Ada orang, sangat senang mengandung, lepastu masa mengandung sangat-sangat teruja announce kisah perjalananan mengandungnya pada orang, update status hari-hari biarpun muntah sikit bebenor, mengidam pelbagai makanan dan sebagainya, atau beritahu pada semua orang betapa untungnya dan indahnya dapat diberi peluang mengandung ATAU beritahu pada semua orang betapa STRESSnya mengandung, PENAT/SAKIT/ etc2.

Lepas bersalin - berbakul2 komplen, seperti

1. Sakit sebab celah bedah koyak rabak/jahitan banyak, atau tempat czer sakit nak mampos etc etc
2. TAKBOLEH TIDOR, anak asik meragam.melalak. etc etc
3. NAK TIDOR. tapi takboleh tidor mcm dulu, sebab anak taknak letak lansung, nak berdodoi etc etc (same la dgn no2 heheh)
4. LIFESTYLE terus LAIN, dah tak sama macam bujang/baru kawin - pada yang bunting pelamin, merasa berdua2an hanya utk 9bulan. Shock terus lepas dapat anak, terus kena COMMIT 100% to the baby.
5. Sakit itu ini, sakit nipple - sebab sekejap sangat belajar pasal breastfeeding, -atau tak sangka breastfeeding ni perlu ilmu yang BANYAK. Ingatkan baca sikit-sikit saja dah cukup, rupanya BANYAK lagi yang taktahu lansung pasal breastfeeding, pasal susu ibu dan sbgnya.-sebab mase pregnant asik sebok tengok stokin baby, tengok stroller, tengok babycrib, tengok baju..etc etc
6. Merasakan anak macam BEBAN. Bila anak membesar, anak akan ada pelbagai macam ragam, ada yang senang nak behave, ada yang sangat susah. Ada yang jarang sakit, ada yang ASYIK sakit. Jadi kadang-kadang rase terdetik/atau pernah terlepas cakap, Hish kau ni menyusahkan la! - ckp pada anak.
7. Takde perasaan rasa bersalah meninggalkan anak pada MIL/Mak Sendiri/Siapa2, untuk jagakan anak sementara diorang pegi enjoy-enjoy berdua2an (alasan: tak sempat honeymoon sbb kawin2 terus pregnant) seawal baru lepas pantang lak tu. Nak jalan bawak anak, anak kecik lagi -plus ape bezanya jalan2 bawak anak, mana boleh enjoy?

dan lain2. Apa yang aku taip di atas adalah observation aku terhadap orang yang aku nampak . Tapi bukan semua sebab aku respect dan belajar byk benda from a few of my friends yang bunting pelamin tapi sangat EMBRACE motherhood, prepared their mind for a lot things, belajar banyak sangat pasal parenting, thanks to ALLAH, sebab time aku TTC, aku kenal diorang, so aku apply pada anak aku sekarang. Dan ada jugak yang awal dapat anak tapi menunjukan benda2 negatif yang tak sepatutnya dilakukan seorang mak di depan aku, aku ambik benda tu sebagai pengajaran utk aku jugak.
Selalunya aku akan terdetik dalam hati - Oh, sebab senang dapat anak, dia tak appreciate anak tu betul2. Selalu amik mudah, anggap tak salah pun kalau tinggalkan anak sekejap (or for a week). Well some parents might feel benda tu tak salah, kalau sekali-sekala. - bagi aku lak, kenapa kena tinggalkan anak korang supaya korang leh ENJOY!? HAA? - marah :P
Maybe sebab takrasa SUSAH nak dapat, so senang2 je bagi kat sesiapa.
Pernah tak korang terbayang kalau masa rilek2 pegi hanimun enjoy2 berdua-duaan, ada something bad berlaku pada anak korang time korang suruh orglain jagakan.
Bagi aku ini beza kalau kita pergi kerja sebab kerja tu pun tanggungjawap, nak jadi benda tak elok time kita kerja pun boleh kan?
Tapi i think its worst kalau berlaku time korang tgh enjoy2. Sebab korang boleh bawak anak tu sekali, tapi taknak, pilih utk berdua-duaan, takpuas berchenta gamaknya.

Dari no 1-7 tu aku rasa happen to kebanyakan new mommies, tapi aku rasa utk TTCians, kalau ianya berlaku, kita cepat2 nak rasa yang sepatutnye kita bersyukur dengan nikmat tu. Sebab kita yang tertunggu2 nikmat tu. - Sepatutnye la..tapi ada gak orang yang aku kenal, yang TTC dah lama tapi bila dapat je anak dia cakap SUSAH rupenye ade anak ni...PENAT rupenye ade anak ni - tak dinafikan aku sendiri fikir mcm tu sebab hakikatnye menjadi ibu bukan KERJA SENANG. Tapi usahlah mengeluh, luahkan kepenatan dekat husband je cukup, lelain, mintak Allah beri kekuatan SuperMak je.
Kita yang nak sangat anak, so kena bersedia benda2 tu semua.
Kita yang TTC ni, sedang menuju ke arah - KESAKITAN YANG AMAT AZAB (sakit beranak adalah sakit yang kedua selepas MATI), TIDOR yang TAKKAN PERNAH CUKUP, LIFESTYLE yang terus BERBEZA, Memikul tanggungjawap dan AMANAH yang sangat BESAR, dan ENJOY yang dah taksama between the both of you.

ok part last skali, ENJOY cara lain ada banyak, to be frank, aku yang dah ada anak, masih leh cari time utk enjoy myself-with husband-with ANAK. Siapa kata takleh hangout, keluar lepak dengan kawan, pergi holiday bersama kawan2.. aku masih hidup macam tu - but i NEVER leave Fahim with ANYONE masa melepak/holiday. Ada jugak orang tanya aku, kalau aku gi jejalan dengan kekawan, Fahim tinggal kat sapa?
Aku rase soalan tu sangat pelik sebab kenapa perlu tinggalkan Fahim dekat sesiapa??? AKU BAWAK LA SKALI NYAWA AKU TU! Haish..feel bad for people yang suka tinggal2kan anak! >.< (kecuali kerja of course! -takde choice)

Perasan tak, masa kita TTC, kita doa pada Allah semoga permudahkan urusan untuk mendapat zuriat.
Lepastu macam lama sangat, ada yang akhirnya dimakbulkan. Ada yang takdapat-dapat.
Bagi aku itu lah sebenarnya yang Allah MUDAHKAN kerana there must be something inside us yang belum kite betulkan, dan PERLU dibetulkan sebelum jadi emak..jadi Allah nak mudahkan urusan kita sebelum jadi emak dengan menyuruh kita bersedia dan betulkan apa-apa yang patut.
Benda ni takleh nak jangka ape dia. Boleh jadi benda ni kecik je, tapi kite tak perasan.
Ada orang mengandung lepas minta maaf pada seseorang yang mungkin dia pernah lakukan kesilapan,
Ada orang mengandung lepas berhenti kerja.
Ada orang mengandung selepas dapat kerja baru.
Ada orang mengandung lepas beli rumah.
Ada orang mengandung lepas balik umrah/haji.
Ada orang mengandung lepas bersedekah, ambik anak angkat, etc..banyak lagi.

Sometimes benda kecik2 mcm tu ada hikmah yang lead kite to zuriat sendiri..iNsyallah.
Aku tahu some of TTCians rasa kenapa orang lain senang-senang je mengandung?
Even aku yang dah dapat anak ni pun, kalau dengar orang bunting pelamin aku terdetik gitu gak tapi itu rezeki dia dan bahagian dia, mustahil kalau orang yang senang dapat anak, dia takde dugaan lansung, entahkan dugaan dia, kau pulak tak mampu pikul.
Betul tak?
Tak semestinya kita tengok orang senang mengandung, kita susah, hidup dia sangat indah, hidup kite semua nightmare. Sebab-kita susah dapat anak. Macam tu?

Satu imagination yang perlu TTCian ada sebelum berjaya conceive ialah, having a child is a VERY CHALLENGING job.

Masalahnya TTCians suka nampak yang indah2 saja bila ada anak.
Maybe semua yang berkaitan dengan baby tu nampak sweet, cantik, comel, = Indah.
Ya, aku tak cakap tak indah bila ade anak, sangat indah, sangat miracle, TAPI - face the reality, it is SO challenging. not easy, and not ALL can actually pikul the tanggungjawap.

Kenapa aku suruh imagine? Supaya korang tak rasa sedih, malang, if oranglain pregnant dulu. Take this peluang untuk prepare diri sehabis baik, supaya korang jadi ibu yang terbaik. I know ayat "Ibu yang Baik" tu sangat subjective. Tapi sometimes bila aku tengok orang suka menengking anak di depan orang ramai, atau memarahi anak dengan perkataan yang tak elok..maybe if dia tahu betapa susah nak dapat anak, maybe dia hargai kehadiran anak/amanah Allah tu dengan menjaga sikit kelakuan/pertuturan pada anak.

Cuma pendapat & observation aku sahaja..
Boleh utarakan pendapat korang jika mahu..

*saja tukar layout blog, Dah boring :P