Mula2 aku ignore.
Lepastu aku baca lagi sekali dan KONON nak consider.
Tapi pikir lagi skali.
Aku tak cukup duit nak tanggung diri sendiri, apetah lagi anak.
Ok jadi aku just RT.
Pikir kali kedua.
Apa kata aku forward benda ni dkt wani. mane tau die nak? walaupun aku tau die penah ckp die tak ready lagi buat masa skang, dgn jadual kerja nya, dengan event2 nya, tapi Mana lah kita tahu kan.
aku sms wani dan paste twit orang tu.
wani boleh kata dia takleh afford and suruh aku pulak ambik.
walhal aku lagi lah takleh afford. so fine kite dua takyah ambik!
hahahaha
taklame lepastu die sms lagi skali. die kate Syafiq (husband dia) NAK.
terus tak pikir panjang, diorang contact member kitorg xalongx tu and along contact member dia yg tweet mcm tu. dapat phone number. rupenye baby tu dah diserahkan kat pusat kebajikan di PPUM. and pihak hospital suruh call hari isnin (harini)
Ok kami ni semua beriya2 sebab sebenarnye aku pun berangan lah sekali, kalau wani ambik, bole la same2 kami ni berlatih2 bela baby! jhahahaha
wani kate
"jay nanti jadi mak no 2 tau!"
PEH bersinar2 mata aku, semata2 kerana itu aku beriya2 buat solat hajat moga dipermudahkan urusan semua ni dan moga2 ada rezeki nak adopt baby ni. Walhal utk diri sendri aku belum pernah lagi buat solat hajat.
-____-
Hari ahad tu sama2 mcm asik berangan, nak letak nama ape, nak beli barang baby semua, wEH seronok betul bermimpi! laki aku dgn laki wani pun turut excited dan agak susah kot nak tgk laki excited pasal benda ni.
Wani ambik cuti hari ni. supaya senang ape2hal terus pegi je PPUM.
pagi dia dah call and sedihnya.
The baby was taken by a chinese couple.
:(
and baby tu chinese lagipon.
Tapi wani takkesah anak india pun takpe lah, kalau orang nak bagi die nak ambik. husband die je buat lawak sikit smlm (kalau india utara saya nak, kalau selatan saya taknak!)
hahaha hampeh.
Kitorang semua sedih, apetah lagi wani. :(
Sabarlah wani, bukan rezeki kite. mcm mana susah nak pregnant, nak dapat anak angkat lagi susah.
Kita usaha lagi, moga2 ada rezeki lainkali.
Apa yang buat sayu nye hati ni wani siap mimpi dia pregnant malam tu, panjang mimpi tu sampai beranak. bangon2 terus rasa macam real.
kalau aku jadi dia pun aku mengharap gila akan dapat baby tu.
tapi takpe lah, memang bukan rezeki and ada hikmahnya.
[aku pun frust gila sebenanye]
:(



insyallah, ade hikmah sbaliknya. aminnn
ReplyDeletetho kalo aku pun, aku sedey gak.
hopefully another rezeki will come soon.. ada hikmah di sebaliknye.. :)
ReplyDeletei tumpang sedih jugak..kadang2 rasa lebih baik tak tahu dari tahu kan..kita perempuan opkos la siap mimpi2 kan..
ReplyDeletei ada baca tweet Marliza Radzi tu (blog dia pun best), tapi terus buat tak tahu, memang dalam hati cakap tak akan la nak sekarang, i tengah super busy dan kalut, bilik air pun tak sempat basuh inikan pulak nak mandikan baby..*entah napa terfikir pasal bilik air pulak*
tak apa, tak apa, ada rezeki lain..
i'm sad too....
ReplyDeleteinsyaALLAH maybe lepas ni ada rezeki lain pula :)
ReplyDeleteJaaaaaaaaay. Sebak. Hu hu hu. Tadi tengah tengah berjaga malam banyak kerja ni boleh pulak 'ke laut' kejap tengok nama-nama baby, boleh?!
ReplyDeleteBy the way, baby Chinese yang tak dapat tu nama dia Jaunaa. Baby yang kedua tak dapat tu (yang Indonesian tu) nama dia Sufi. (Bukan nama betul, nama Wani and Syafiq planned nak bagi masa on the way nak ambil baby.)
Harap-harap Jaunaa dengan Sufi sihat with their new families... :')