April 16, 2012

Sad

Sabtu lepas, bila aku bukak twitter, kawan aku yg tweethandle nya bernama xalongx telah ReTweet benda ni:

Mula2 aku ignore.
Lepastu aku baca lagi sekali dan KONON nak consider.
Tapi pikir lagi skali.
Aku tak cukup duit nak tanggung diri sendiri, apetah lagi anak. 
Ok jadi aku just RT. 

Pikir kali kedua.
Apa kata aku forward benda ni dkt wani. mane tau die nak? walaupun aku tau die penah ckp die tak ready lagi buat masa skang, dgn jadual kerja nya, dengan event2 nya, tapi Mana lah kita tahu kan. 
aku sms wani dan paste twit orang tu. 
wani boleh kata dia takleh afford and suruh aku pulak ambik.
walhal aku lagi lah takleh afford. so fine kite dua takyah ambik!
hahahaha



taklame lepastu die sms lagi skali. die kate Syafiq (husband dia) NAK. 
terus tak pikir panjang, diorang contact member kitorg xalongx tu and along contact member dia yg tweet mcm tu. dapat phone number. rupenye baby tu dah diserahkan kat pusat kebajikan di PPUM. and pihak hospital suruh call hari isnin (harini)
Ok kami ni semua beriya2 sebab sebenarnye aku pun berangan lah sekali, kalau wani ambik, bole la same2 kami ni berlatih2 bela baby! jhahahaha
wani kate 
"jay nanti jadi mak no 2 tau!"

PEH bersinar2 mata aku, semata2 kerana itu aku beriya2 buat solat hajat moga dipermudahkan urusan semua ni dan moga2 ada rezeki nak adopt baby ni. Walhal utk diri sendri aku belum pernah lagi buat solat hajat.
-____-


Hari ahad tu sama2 mcm asik berangan, nak letak nama ape, nak beli barang baby semua, wEH seronok betul bermimpi! laki aku dgn laki wani pun turut excited dan agak susah kot nak tgk laki excited pasal benda ni.

Wani ambik cuti hari ni. supaya senang ape2hal terus pegi je PPUM. 
pagi dia dah call and sedihnya.

The baby was taken by a chinese couple.
:(

and baby tu chinese lagipon.
Tapi wani takkesah anak india pun takpe lah, kalau orang nak bagi die nak ambik. husband die je buat lawak sikit smlm (kalau india utara saya nak, kalau selatan saya taknak!)
hahaha hampeh.

Kitorang semua sedih, apetah lagi wani.  :(
Sabarlah wani, bukan rezeki kite. mcm mana susah nak pregnant, nak dapat anak angkat lagi susah. 
Kita usaha lagi, moga2 ada rezeki lainkali.
Apa yang buat sayu nye hati ni wani siap mimpi dia pregnant malam tu, panjang mimpi tu sampai beranak. bangon2 terus rasa macam real.
kalau aku jadi dia pun aku mengharap gila akan dapat baby tu.
tapi takpe lah, memang bukan rezeki and ada hikmahnya.
[aku pun frust gila sebenanye] 
:( 

April 10, 2012

Ke hadapan fetus


Memetik puisi dari LANGIT VANILLA. 
hasil tulisan sahabat, Wani Ardy.

KE HADAPAN FETUS

Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit

Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga

Bonda tidak akan lukis kamu menjadi bonda
Bonda mahu kamu jadi kamu semata
perguna minda selarasnya
perguna jiwa searifnya

Ke hadapan fetus,

Yang lemah-kalah, yang sabar-menang
Matang kamu kelak, realiti datang menggigit
Tapi kamu usah bercerai tulang dari daging
dunia mungkin kejam, tapi tulang dan daging itu segumpal Tuhan sulamkan.

Jangan putus. Jangan putus asa dan percaya. 

Dunia ini berputar mengikut ekor mata.

Kamu menjeling jelik, jeliklah ia.
Kamu memandang molek, moleklah ia.
Ukir takdirmu dengan usaha- itu janji Dia.

Jangan putus. Jangan putus hubungan dengan Tuhan.

Bumi ini luas, sayang
Kamu usah membangga diri dan membeza orang
besarnya bumi pada Tuhan, besar lagi hama di tangan kita
dan si hidung tinggi adalah serendah-rendah manusia.

Jangan putus. Jangan putus ilmu dan budi-bahasa.

Ke hadapan fetus

maafkan bonda
bonda sekadar mampu mengangankanmu
tapi bonda punya doa
bonda punya harapan
bonda punya mimpi seriang mega menari.

Wani Ardy
Bogor
2009
----



Kalau nak beli buku ini caranya di SINI
harga RM20

Secara terus-terangnya aku bukan peminat Puisi.
Sebab aku susah nak faham bahasa sastera. 
aku taktau macam mana mase form 5 dulu SPM aku BM dapat A2. (eh tetibe nak gitau dpt A utk BM) hahahaha, tapi serious aku susah nak hasilkan tulisan bahsa melayu yang proper dan sedap. selalunya ayat aku adalah merapu dan panjang lebar tapi isinya sikit, bebel yang lebih. Itu Aku.
HAhahAHhaha
tapi syukur, kawan2 aku ramai pandai menulis puisi yang sedap. kadang2 aku anggap itu Useful writings utk dijadikan tauladan. 
Mereka share pengalaman hidup dalam bentuk puisi, aku cuma pandai baca dan mengiyakan saje. 
Dalam buku Langit Vanilla, 100% adalah semua yang pernah berlaku pada Wani dan apa yang beliau observe dari ratusan manusia. ada jugak cerita yang dipetik dari pengalaman orang2 lain. Seriously, aku mudah faham style wani menulis sebab Direct, ringkas dan padat. Takde nak berbunga sangat, tapi disusun dengan indah. BELI WEI!
Semuanya tentang HIDUP.
(promot)

Aku pernah berangan 
KONONNNYAAAA nak cipta lagu dengan Wani tentang TTC. 
tapi aku bodoh menulis. mungkin boleh tulis sama2? 
aku pernah tulis lagu, dan pernah hasilkan 2keping CD DIY yang dijual ada lah tak sampai 500 orang pun. tapi itu zaman dulu, zaman aku suka ber-Gigs, berjimba sakan tanpa arah, cuma peminat muzik, tapi tulisan aku Kosong, takde maksud mendalam, just simple direct words, kebanyakkan nya lagu cinta. ada gak lagu rebel. hahaha.
Tapi aku pernah nak buat lagu tentang TTC, cuma ayat aku takreti nak keluarkan kerana ayat aku semua berunsurkan marah dengan orang sekeliling yang tak faham. jadi aku diamkan je. 
Puisi wani diatas rasa mcm nak dibuatlagu, entah2 dia pun ada buat, cuma tunggu masa untuk keluarkan. Ada ke Wani? hahaha
jombuatpuisinijadilaguPLEASE.

ok siapa wani ardy ni? dia kawan aku yang aku cerita with MRKH syndrome haritu, if you've missed it, 
here's the link.-> 1 Cinta 1 Lagu

Change Now or Never - Replying your comments


First, let me answer ur comments here:

yannie: alamak. kalu susu rm12 tu sehari kna minum satu gelas je la. tu pn share ngn husband. hehehe. thanks for the guidance jay. bab coklat tu i lemah sket la. peminat coklat tegar mcm u dgn nescafe ;p
oh ye. kalu organic still healthy kan? hihi. organic restaurants are everywhere now. they serve good burgers ;)
jay: rice milk tu mmg utk dihabiskan dalam masa 5 hari lepas dibuka. lepas 5hari dah tak elok. so yeah, kene minum cepat2 kasi habis tapi kena beli lagi tu yg parah tu. hahaha..but we have to know foods yang expired date die lambat habis tu, lagi tak elok dimakan sebab lagi byk bahan utk kasi tahan lama tu diletak dlm tu. 
Yeah Organic Restaurants pun dah byk kan. hehehe cume bile pikir nak pegi, hubby ku nak makan ape aa,..agak2 die nak ke? aduh..masak sendri je la jawapnye :P organic burgers mcm mana pulak ye?? xpenah dgr! ok i'll google bout that later. 

S: instead of makan candies or jajan or ape2 kudap2 yg tak berfaedah tu, cuba makan tomato kecik2 tu. pergh sedap wa cakap lu! tak pun try carik carrot kecik2. makan mentah2 je. mcm bugs bunny. mmg sedap.
dlu mmg kudap2 aku adalah tomato cherry tu. digestion pun jadik bagus. berak pun lancar je. hahahaha. tp bile diagnose with gout, terus takley makan. owhhh
jay: yeah? mcm salad laaa kan....ok  boleh dicuba nanti! ehehehe
oh gout takleh makan tomato smua kee

Syazni: alamak!!!....semua yg kita suka mkn semuanya xleh mkn...huhuhu
thanks for sharing...;)....i'll try,especially caffien..i hari xminum leh gian...hahahh!!
jay: same laa...skang tgh runsing pikir nak betulkan mcm mana n tgh cari alternatif lain utk dimakan, masalahnye hari2 jumpe benda2 tu semua..huhuhu..ive read about caffein where kite boleh je minum tapi as long as just one cup a day. tapi lebih elok kalau stop terus cuma nak stop tu kena slowly la..mmg susah sbb pening gila kalau tak ambik caffein :( dah memang dlm darah sejak skolah dulu..tu yg payah :P huhuhu tapi kalau taknak seribu dalih la kan. hihihihi..

MrsARK: Argh..favourite food semua listed. Macam mana ni? Huhu..Tips from me yang peminum nescafe tegar. Start tak minum nescafe on weekend sebab kalau u memang rely on nescafe, u akan ada withdrawal simptom. That means killing headache. So weekend is the best day nak start. By Monday, dah okay sikit. Just drink lotsa water ya..
Jay: KILLING HEADACHE IS THE WORD! YES! owh so its the withdrawal simptom ye? ive tried, kalau weekends mmg lah bole sbb bangun kol 12 tgh hari kan. hehehe, but when it comes to Monday, aduuuuhhhh sakit gile kepala pagi2 tu, ive experimented myself, dah byk kali, try minum nescafe dah lewat ptg, bila dah pening la, then lagi pening! waaaaaaaa...susah nye :( ive give up and minum jugak 2 3 teguk ahad haritu :( berazam nak betulkan balik this week! 

Noa Hamrin: Junks alternative- sunsweet prune boleh tak?N i've skipped coffee n fastfood baru dua bulan skrg, lose some weight, but 12 days late (with bfns)..takkan getting worse kot? Urghhh, we never really know kn?wow! Jay: dah 2 bulan xmakan fastfood, congratulations! maybe tgh healing crisis kot sebab tu delay 12 hari? atau dah jeng jeng jeng ke mane tau? dah chek hpt dah? 
sweetprune takpe! tapi manis? hmm kene minum byk air lepastu la kan. hari tu i bought dried cranberries, sedap jugak! (takdpt pegi concert cranberries, makan cranberries pun jadi laaa) hihihihi

B&C: semua2 di atas adalah kesukaan.kalau tak dapat macam sangap je rasa..tapi lately dah banyak awareness on health living, so sekarang ni i cuba kurangkan kuantiti..tak ada lah nak stop terus..ah, memang sedap ah semua2 di atas tu..
Jay:sedap kannnnn..yg sedap tu la taksihat slalunye kan..hihihi....lepastu dah la i hari2 jumpa kwn2, kwn2 asik ajak makan bende2 tu je huwaaa...agak payah nak explain bile suddenly taknak makan, just told them those things made my hormones messed up! so diorg dah faham just 'badan' diri sendri taknak paham2 n mcm nak jugak makan :( waaaaa

Nanoke: good luck jay... :) i skang byk msk kat umah so bley ctrl nutrition yg ade dlm mknn. hari2 i ngan asben mkn ikan bakar + salad + tomato + daun ketumbar.. brkfst roti gardenia breakthrough + susu hi-goat... wikens je mkn mknn x brape sihat (sbb blk kg ade lauk fav hehehe)
Jay: thanks for wishing me luck! hehehe, tu lah masak kat rumah lagi senang (the prob is susah betul kami ni nak lekat di rumah, hari2 keluar, weekdays pun masalahnye -___-) haish! but i think kalau seminggu skali je mkn yg takbrapa sihat ok kot hehehe ye la slowly kan..kalau drastik sgt mmg badan yg sakit. so u did good then, ikan bakar+salad tu semua, sgt sihat! :D keep it up! 

Thanks for the tips & comments ladies!
Much Love! 
XOXO
Jay

PS: Last weekend saya kalah dgn diri sendri, dah terminum nescafe jugak tapi sikit je :D and dah termakan ayam sebab we were setting up for a charity event last weekend (i'll talk bout that later) dan makanan2 yg dibekalkan ada ayam je, di tgh2 kelaparan di bawah terik matahari, bedal jugakkkkkkk (tapi believe me! when u decided not to eat ayam or other foods, badan kite rasa mcm nak reject je, tekak rasa taksedap, rasa toxic gila!) ok sy cuba lagi minggu ini -____-