April 10, 2012

Ke hadapan fetus


Memetik puisi dari LANGIT VANILLA. 
hasil tulisan sahabat, Wani Ardy.

KE HADAPAN FETUS

Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit

Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga

Bonda tidak akan lukis kamu menjadi bonda
Bonda mahu kamu jadi kamu semata
perguna minda selarasnya
perguna jiwa searifnya

Ke hadapan fetus,

Yang lemah-kalah, yang sabar-menang
Matang kamu kelak, realiti datang menggigit
Tapi kamu usah bercerai tulang dari daging
dunia mungkin kejam, tapi tulang dan daging itu segumpal Tuhan sulamkan.

Jangan putus. Jangan putus asa dan percaya. 

Dunia ini berputar mengikut ekor mata.

Kamu menjeling jelik, jeliklah ia.
Kamu memandang molek, moleklah ia.
Ukir takdirmu dengan usaha- itu janji Dia.

Jangan putus. Jangan putus hubungan dengan Tuhan.

Bumi ini luas, sayang
Kamu usah membangga diri dan membeza orang
besarnya bumi pada Tuhan, besar lagi hama di tangan kita
dan si hidung tinggi adalah serendah-rendah manusia.

Jangan putus. Jangan putus ilmu dan budi-bahasa.

Ke hadapan fetus

maafkan bonda
bonda sekadar mampu mengangankanmu
tapi bonda punya doa
bonda punya harapan
bonda punya mimpi seriang mega menari.

Wani Ardy
Bogor
2009
----



Kalau nak beli buku ini caranya di SINI
harga RM20

Secara terus-terangnya aku bukan peminat Puisi.
Sebab aku susah nak faham bahasa sastera. 
aku taktau macam mana mase form 5 dulu SPM aku BM dapat A2. (eh tetibe nak gitau dpt A utk BM) hahahaha, tapi serious aku susah nak hasilkan tulisan bahsa melayu yang proper dan sedap. selalunya ayat aku adalah merapu dan panjang lebar tapi isinya sikit, bebel yang lebih. Itu Aku.
HAhahAHhaha
tapi syukur, kawan2 aku ramai pandai menulis puisi yang sedap. kadang2 aku anggap itu Useful writings utk dijadikan tauladan. 
Mereka share pengalaman hidup dalam bentuk puisi, aku cuma pandai baca dan mengiyakan saje. 
Dalam buku Langit Vanilla, 100% adalah semua yang pernah berlaku pada Wani dan apa yang beliau observe dari ratusan manusia. ada jugak cerita yang dipetik dari pengalaman orang2 lain. Seriously, aku mudah faham style wani menulis sebab Direct, ringkas dan padat. Takde nak berbunga sangat, tapi disusun dengan indah. BELI WEI!
Semuanya tentang HIDUP.
(promot)

Aku pernah berangan 
KONONNNYAAAA nak cipta lagu dengan Wani tentang TTC. 
tapi aku bodoh menulis. mungkin boleh tulis sama2? 
aku pernah tulis lagu, dan pernah hasilkan 2keping CD DIY yang dijual ada lah tak sampai 500 orang pun. tapi itu zaman dulu, zaman aku suka ber-Gigs, berjimba sakan tanpa arah, cuma peminat muzik, tapi tulisan aku Kosong, takde maksud mendalam, just simple direct words, kebanyakkan nya lagu cinta. ada gak lagu rebel. hahaha.
Tapi aku pernah nak buat lagu tentang TTC, cuma ayat aku takreti nak keluarkan kerana ayat aku semua berunsurkan marah dengan orang sekeliling yang tak faham. jadi aku diamkan je. 
Puisi wani diatas rasa mcm nak dibuatlagu, entah2 dia pun ada buat, cuma tunggu masa untuk keluarkan. Ada ke Wani? hahaha
jombuatpuisinijadilaguPLEASE.

ok siapa wani ardy ni? dia kawan aku yang aku cerita with MRKH syndrome haritu, if you've missed it, 
here's the link.-> 1 Cinta 1 Lagu

6 comments:

  1. i minatlah juga bab-bab penulisan kreatif, tapi i tak ada bakat..pernah hantar dua kali ke majalah tak ada reply terus give up..menulis kat blog je la--publish kemudian sendiri baca..haha

    Ya betul ramai suka Wani punya tulisan sebab tak ada lah ayat yang dia tulis yang payah gila nak faham, semuanya orang faham tapi tetap penulisan dia tersirat..cun la tu dengan generasi kita yang tak reti berkias2 ni..

    Sayu pulak membaca Kehadapan Fetus ni..betul2 macam harapan i pada bakal anak-anak i (itupun jika Tuhan nak beri anak)..terutamanya part anak menjadi dirinya sendiri tu..

    *sayu tapi tidak sebak*

    ReplyDelete
  2. ok, sile bgtau wani yg aku stuju kalo dilagukan! sgt best ok!

    ReplyDelete
  3. B&C: sama lah, takbrapa pandai berkias, dah cuba tapi mcm kelakar gila. hahaha...jadi dipendamkan aje.

    S: katenye bahase ni agak berat sikit utk dilagukan. aku pun rase mcm tu, rasenye lagi indah kalau jadi puisi je, maybe boleh berlatar belakangkan musik, tapi puisi tu dibaca mcm biase ok kot kan. hihihi

    ReplyDelete
  4. ooo. aku mmg bab2 sastera ni out terus. tp kalo wani kate berat, berat la ia.

    tp kan, aku rasa, pengertian dan makna puisi ni sgt mendalam utk dilagukan. puitis. mcm lagu2 m.nasir dan kopratasa. itu baru lirik. itu baru lagu. itu baru sastera. itu baru seni.

    bukan mcm lagu cinta muka buku - najwa latif.

    owh. sila jgn marah ye peminat najwa latif

    ReplyDelete
  5. hehehehe tu la pasal. aku xminat pun.
    tapi najwa latif budak lagi, baru 16tahun dah buat lagu, dimaapkan je la kot :P. aku umur 16tahun taktau ape melompat je keje. mungkin die dah 28tahun mcm kite mgkin better la kot tulisan die kan EHehehe.

    ReplyDelete
  6. jay, aku dah privatekan blog2 aku. kalo sesape nk bace, sile bagi email ye. <-- statement konon aku blogger hot la ramai nk follow.

    hahahahha

    ReplyDelete