November 21, 2012

13 Years TTC

Nak share pasal seorang kakak dekat ofis aku ni, namanya K.Ita.
masa aku baru keje sini, dia tengah pregnant 6 bulan, so masa tu aku ingat, wah mesti anak no 3 atau 4 sebab dia nampaknya mcm dah late 30s jugak. Then ada sorang kakak ni namanya K.Yus, suka berborak dengan aku. Aku saja2 la tanya k.yus tu, "K.Ita tu pregnant anak nombor brapa?"
k.yus jawap "tu anak pertama tu"
"eh, kawin lambat ke?"
"tak lah..13 tahun tu nak dapat tu"
aku pun "Haaaaaaaaaaaaa???"
Masa tu aku baru 7 bulan kawin, dah start tension2 pasal tak conceive. Mendengarkan K.Ita tu dah 13 tahun, terus aku telan airliur and malu dengan diri sendiri sebab dah stress2 pasal tak mengandung.
Aku tanya lagi K.Yus tu, "Dia ada problem nak mengandung ke? Ke planning tapi takkan la planning lama gila"
k.yus ckp "gile ko nak planning sampai 13tahun. dia mcm2 masalah dulu. tapi ye la dia kan auditor, awal2 kawin dulu busy keje la kan..tapi kesian dia, before ni dah mengandung dah masa 11tahun kawin, gugur pulak masa 3-4bulan mcm tu. Akhirnya yang ni panjang umur skit."
Terdiam laaaa akuuu.

Then bila aku dah lame keje situ, aku sembang2 sendiri dengan K.Ita sebab masa tu K.ita sendiri tanye aku kenape aku asyik pegi klinik, checkup kenapa? Aku cerita la sbb saje2 nak check sbb period tak betul.
Terus dia cakap "haaaaaaa bagus laa kooo nak check awal2 ni...ko jgn jadi mcm k.ita ni..tunggu lame2 baru nak check..skali byk complication..payah nak betulkan..ni alhamdulillah la baru ada"
Aku tanya "K.ita ada complication ape lagi?"
dia cakap "Macam2 la..tube sumbat dua2...lepastu nak clearkan blockage..lepastu ada cyst, macam2 la. Ko elok la mude2 ni checkup dulu, jgn dah terlambat. ni pun entah2 ada satu je anak ni, takpe la k.ita syukur je asalkan ada zuriat, umur pun dah dekat 40, macam mana nak dapat anak ramai"
Then my bos pulak menyampuk, "Ehh jangan cakap mcm tu Ita mane tau tuhan bagi ko rezeki berderet2 nanti"
Dia jawap "Ish tu taktau la tapi dengan umur dah macam ni, rasanya chances sangat nipis dah.."

Then tahun 2009 tu dia pun beranak lah anak sulungnya, baby girl. sihat walafiat baby dia. satu building kat ofis aku ni happy sangat2 utk dia sebab semua tau dia TTC sekian lama 13tahun.

Siapa sangka tahun 2010, lepas anak 1st dia 6bulan rasanya, DIA PREGNANT LAGI!!!
Satu ofis pun skali lagi happy sangat2 untuk dia, orang smua cakap, Itu lah namanya rezeki. Berkat kesabaran 13tahun, dengan mudah pregnant lagi anak ke 2 pulak. dia cakap yang 1st dgn 2nd tu mmg dia tanpa treatment. Semua naturally. Lahir pula anak ke dua tu ujung 2010, baby boy. Semua sangat sangat happy untuk K.ita ni sebab dapat juga sepasang girl & boy.

And guess what. Semalam, dia baru sahaja melahirkan anak ke 4.
Miracle sangat kan? Tunggu 13 tahun akhirnya berderet2, beranakkkk je keje dia :D hehehe..
I remembered last month, when dia dapat tau I'm pregnant, dia datang kat my workstation siap bisik "tahniah"
aku buat2 taktauu laa. aku tanya "Eh tahniah kenapa ni?"
"eh ko ni buat2 tattau lak. ko dah ade isi kan :D hehee tahniahhh..,mujurla ko tak endup mcm k.ita ni smpai 13tahun kene menunggu. Macam-macam dah k.ita lalui, tapi akhirnya ko tgk nih?! (tunjuk perut dia yg pregnant anak no 4 tu).
Then aku cakap "Tu la k.ita cakap entah2 ada satu je, haaa tuhan bagi lagi setiap tahun. ambikkk" hehehehe
dia gelak2 je then dia cakap "tu lah Alhamdulillah rezeki Allah, kita ni yg penting jgn berhenti usaha, sabar tu penting tu. bila lama mcm ni dapat anak ramai kecik2 lak tu smua, ha akak yang kurus!" katanya lagi.
Ye la imagine dapat anak kecik berderet semua selang setahun at 41years old.
Jadi takde apa yang mustahil kawan2 TTC ku sekalian, sedangkan K.Ita can wait for 13years, kita yang baru setahun dua tahun jagung ni jangan lah sedih melampau2, mmg sedih tu natural, tapi mesti lah sabar. Ambik juga kisah2 TTCians lain yang dah berjaya sebagai bahan untuk membakar semangat anda.
Cewah!
Aku lupe nak tanya k.ita dapat anak no 4 ni girl ke boy. Sebab diorang cakap dia lahir awal 3minggu dari due date so k.ita tu sendiri pun taksempat nak bagi info, dia cuma bagitau one of kawan dia kat tingkat atas, so aku japlagi baru nak tanya2 K.ita tu mcm mana. Tapi diorang cakap alhamdulillah mother & baby sihat :)
Happy sangat for her!!

K.ita antara orang yang aku memang kenal secara live yang TTC sekian lama, then dapat 4orang anak berderet2. Alhamdulillah :)

20 comments:

  1. Alhamdulillah. Syukur. Allah tak akan pernah mensia siakan doa hambaNya :))

    ReplyDelete
  2. Jay : boleh i mintak emel u? i pun TTC jgk

    ReplyDelete
  3. bagus kn?ttc 13 tahun..mesti mcm2 dh die hadap.. takde salahnye menunggu...tpi jangan jemu berdoa dan usaha..insyaallah..bukan rezki dari segi anak je yang tuhan beri, kadang2 tuhan gantikan dengan benda lain, kita je tak nampak semua tu....t.care mommy Jay

    ReplyDelete
  4. ya Allah!!super terharu...subhanaAllah!!

    ReplyDelete
  5. Thanks Jay untuk entry pemberi semangat nih :)

    ReplyDelete
  6. k.ita ni kata, bila dah umur mcm ni baru dapat anak berderet pun still ada orang mengata jugak, org kata Nak buatpe dah tua-tua baru nak dapat anak, sok anak baru nak skolah, kite dah taklarat..byk sakit dan itu ini. Tak baik kan org kate die gitu :( padahal smua ni Allah yang rancang...so Allah yang tau mmg after 13years yg the best time utk dia, so kite sapa kan nak ckp gitu..

    ReplyDelete
  7. Hi jay, kalo i nak pm u regarding pregnancy bole ke?

    ReplyDelete
  8. waaa semua die delivered normal ek? bestnyeeeee

    ReplyDelete
  9. wah cerita ni sgt memberi eka motivasi

    ReplyDelete
  10. KUN FAYA KUN
    Alhamdulillah, sekali 4 rezeki dia kan.. sumetimes mana yang dpt anak first awal pun, nak tnggu kedua dan seterusnya pun ade dugaan..
    tetiba rase semangat nak wat treatment.. huhuhu

    ReplyDelete
  11. jay, mak sedara hubby i kawen dah 15 tahun... Masih belum rezeki.. tp mereka dah ada yg menanti di syurga.. 3 bulan lepas baby IVF dia meninggal dalam perut(5 bulan)... InsyaAllah tahun depan akan wat FET...

    ReplyDelete
  12. ieza: hi ieza i already replied ur email tau :)

    Joanna: tak2 anak 1st tu czer sbb baby songsang, i taksure yg 2nd sampai forth ni mcm mana. tapi xkisah la kan smua sihat2 je :)

    suwaibah: btul tu mcm my cousins la nak dpt yg 1st ramai yg susah gak, then yg 2nd pun susahh..dugaan2..

    sizuka: im sorry to hear that,tabahnya diaa.. insyallah baby dia menunggu dia di Syurga kan. i doakan ur auntie berjaya on her next FET amin!! yg penting dia tak putus asa.

    ReplyDelete
  13. yang membuatkan life kak ita so beautiful is her husband sanggup tunggu sekian lama dan sama2 usaha.. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  14. oh u guys dont know how romantic her husband is. senior2 kat ofis i lah cerita, katanya walaupun tunggu 13tahun, selama 13tahun ni diorang mengalahkan couple muda2 yg tgh bercinta, kalau ckp fon mmg taklarat nak dgr, manjeeeee sangat. pastu hubby die mmg sgt-sgt caring kat k.ita ni. terharu2 i dgr citer org ofis. hehee!

    ReplyDelete
  15. seronoknya dengar dpt 4 anak berderet...saya ni dahlah yg 1st susah, nak dapat yg 2nd pun susah. Agaknya 1 tu je la sampai ke tua tp alhamdulillah ada juga rezeki dariNya :)

    ReplyDelete
  16. more less macam my uncle..dia ada anak sulung perempuan, tapi tunggu 13 tahun tunggu yang kedua..lepastu berderet2 pulak ketiga dan keempat..tapi skg uncle tu cakap tak berani nak beranak lagi sebab umur dia dah lanjut..

    ReplyDelete
  17. Subhanallah, i'm happy for K.Ita..berkat kesabaran n doa kan..for myself, i took 3-4 years to really understand apa yg dimaksudkan dgn 'redha' which is bukan mudah..insyaAllah believe in Allah..sebagai 'hamba' kita hanya mampu ikhtiar dan berdoa...what else...coz Allah Knows Best..tk cre Jay.

    ReplyDelete
  18. Nanie: hehe kite tattau tuhan nak atur hidup kite mcm mana kan..tah2 ada lagi rezeki u nnt who knows? :D
    B&C: ooo dah berderet2 tu kire dah cukup la kot kan kata diorang..alhamdulillah dpt juga. me & my lil brother pun jarak 12tahun :)
    iwannabeumie: betul, nak redha bukan mudah. kalau mulut kata redha tapi hati hari2 menangis pun bukan redha namanya. tapi lama2 kite akan paham kan :)

    ReplyDelete
  19. rezeki Allah..hanya Dia yang mengetahui. Cerita ini sungguh memberi motivasi kepada ttc spt sy. Tq jay.

    ReplyDelete