February 4, 2013

Why not to avoid people while TTC


Aku tau, majoriti antara TTCians (termasuk la aku yg pernah TTC) semua benci gila pegi kenduri kawin, kenduri akikah, benci HARI RAYA, benci jumpe kawan2 yang dah beranak. Aku paham dan aku pernah melalui kesemua kebencian tu. dan sekarang berasa amat malu dengan perangai aku yang selfish dulu. Walaupun masa tu ape yang aku pikir ialah orang lain takkan menjaga hati kita. Dan untuk menjaga hati sendiri, lebih baik avoid dari berjumpa.

Betul tak.

Persoalannya: Sampai bila?

Sampai bila nak mengelak dari soalan yang takkan berhenti.
Trust me darling, korang dah conceive nanti pun orang takkan berhenti tanya soalan annoying.
Aku dah conceive skang pun banyak jugak soalan annoying, seperti Kenapa skang baru nak ada? Patutnye dah ramai dah anak kan? Ape masalahnye yang tunggu lama sangat baru nak ada skang? Ha baru nak ada satu anak? Ha kenape adik ipar ko dah anak dua ko baru satu?
IT WILL NEVER ENDS, selagi tak mati, selagi tu orang akan tanya2. Itu fitrah.
Memang kehidupan adalah begitu, whether u like it or not.
Pasal mati je orang takkan tanya sebab orang tau soalan itu kurangajar. Padahal soalan pasal jodoh, zuriat, juga kurangajar bagi aku tapi itu melibatkan orang yang belum ada, jadi agaknya nampak macam tak kurangajar. Kalau mati tu, kita libatkan orang yg masih hidup. Jadi soalan Bila nak mati? Adalah tak pernah sama sekali kite dengar.

Walaupun sebenarnya Sama Saja. Jodoh, Anak, Ajal, semua rahsia Allah. dan Allah sahaja yang tau.

The key is, BE STRONG and learn HOW TO ANSWER those question.
Kalau rasa dah penat nak jawap Belum rezeki. Atau dah penat nak senyum dan menangis kemudian, CREATE jawapan yang boleh buat korang puas hati asalkan tidak bergaduh. BANYAK sebenarnya.

Tapi tidak. Kita lebih rasa senang dengan mengelak dari berjumpa orang.
Aku pun lebih senang begitu dulu.

Secara tak lansung, kita terlupa kalau-kalau lah kita dah berjaya satu hari nanti, baru kita nak terhegeh2 jumpa orang ke? Masa tu baru nak cakap dengan orang Hey! Saya dah mengandung dah! tanya lah tanya lah tanya lah!

Please dont avoid kenduri/jumpa kawan yang senang pregnant&beranak. Jangan lah jadi macam aku yang dulu.

Tau kenapa?

Bila ko dah conceive nanti ko memerlukan doa-doa orang ni semua.
Kalau dulu ko pentingkan diri sendiri dan takot sangat untuk sakit hati, ko seolah2 macam tak percaya yang ko akan conceive satu hari nanti. Secara taklansung macam mendoakan diri sendiri supaya takkan pregnant forever. Sebab apa?
Sebab ko decide untuk taknak jumpa orang lah, taknak pegi kenduri lah, taknak tengok anak member lah, taknak melawat orang baru bersalin lah, macam la kau nanti takkan alami semua tu?
Kan korang tgh TTC, mesti la korang tau yang korang AKAN ada anak juga.

Ko kena YAKIN yang satu hari nanti ALLAH akan beri jugak zuriat. Mase tu ko sangat2 memerlukan ilmu2 baru, pendapat2 ibu-ibu yang dah berpengalaman, doa-doa mereka, dan macam-macam lagi.

Imagine ko masih berperangai mengelak dari jumpa orang dan sebagainya.
Bila ko dah conceive, MALU weh nak pegi tanya orang2 yang ko penah elak ni dulu.
Bukan malu apa, yelah u used to ditch that person, tiba2 ko terhegeh2 tanya, mintak ilmu.

Aku malu dengan diri sendiri sebab itu yang buat sekarang.

Kadang-kadang kan, ko sendri tak sedar, time ko dah conceive nanti kan, orang2 yang ko paling mengelak dulu lah nanti asyik datang kat ko dan nak offer ko macam2. Nak bagi barang baby, nak serahkan baju2 mengandung yang penah die ada, nak tolong itu ini, ko takkan tau.
Mase tu takkan ko nak EGO pulak. Itu rezeki ko dan anak ko.
Time tu ko malu sendiri sebab dulu ko beriye bebenor nak mengelak sebab kununnya takot sakit hati. (which is memang pun akan sakit ati)
Tapi ape yang aku nak ingatkan, kalau berjumpa sedara-mara yang asik2 citer pasal anak, atau kawan2 yang asik2 cite pasal anak, ko ambik lah peluang keemasan ni utk bertanya macam2.

Mungkin kite rasa tak interested sebab kite belum 'ada'. Kite cume interested dengan mcm mana nak conceive je. treatment2 dan sbgnya. Alah, yang tu kan korang dah power, dah otai.
Macam2 ilmu TTC dah korang tau.
Apa kata ambik jugak peluang ini utk belajar ilmu motherhood. Takyah ambik tau semua tapi skit2 tu ambik tau lah.
Masa kawan2 citer pasal breastpump la contoh, ko buat2 la tanye "eh korang pump sehari berapa kali?, baby kalau minum, biasenye brapa oz? malam2 pun breastfeed jugak? macam mana kalau anak taknak breastfeed ek?"

Tanya, apa saja, tanya.
Believe me, they are willing to give u all the tips macam ko ni dah nak beranak.

RUGI kalau taktau ilmu ni semua. Jangan ego dengan diri sendiri.
Jangan kata AH! aku dah mengandung nanti aku belajarlah! Ini nak mengandung pun payah! lagi nak sakitkan hati sendri tanya2 bende2 baby, hai bile la turn aku?!

SHUT IT!

Tak guna berTTC kalau asik2 pikir mcm tu.

Aku dah bOSAN gila dengar perkataan Bila la turn aku?
(dulu aku byk kali ckp gak)

Aku sbenanye kecewa kalau mendengar TTCian yang asyik2 negative.
Asyik2 bersedih.
Asyik2 sensitive.

Aku serious kecewa.
Sebab dulu aku macam tu dan hasilnya semua treatment aku tak menjadi, penyakit aku bertambah teruk. Nak BD pun takde mood. Itu ke nikmat kahwin yang sepatutnya?

Mana lah pergi semangat korang? Benda ni takboleh sedih2. Memang sedih tu part of being a TTCian tapi takkan lah asyik nak SEDIH je.

Hari2 kalau asik fikir mcm tu, takkan jadi apa.
Aku tak doakan buruk2 kat korang, cuma aku nak bagitau, tak jadi apa kalau berterusan bertanya Bila nak dapat benda yang takde.

Cuba belajar.

Disamping mengumpul ilmu TTC, kumpul juga skit2 ilmu motherhood.
Ilmu masa mengandung.

Masa mengandung banyak benda yang kita kena tau. Aku ni boleh tau semua ni sebab kawan2 yang suka gitau citer pregnancy (yang dulunya annoying bagi aku). Aku rasa macam nak je thank you kat diorang sebab being annoying. hahaha.
Sebab diorang jadi annoying tu la aku dapat maklumat tu.
(ok, kalau annoying mcm nak mintak penyepak, itu korang handle la sendri ye) heheh.
Annoying yang aku cite kat sini ialah citer2 pasal checkup la, perut la, tendang2, mainly citer tentang diri sendiri la.
Bukan yang suka kondem tu. Kalau kawan jenis yang suka kondem kita balik dengan mengatakan Ko bila lagi? Best tau ada anak ni! blalabla.....ok, itu memang takde ilmu yang dikongsi pun.
Jadi jawapla dengan tegas, (bukan marah) tapi tegas.

Skang ni aku sangat syukur bila diberi merasa peluang TTC selama 3 tahun 8 bulan.
Sebab sepanjang 3tahun 8 bulan aku tgk sedara-mara mengandung dan beranak, bunting pelamin, kawan2 rapat punya anak2, walau sakit hati, untungnya kite sebab bila time turn kita, semua orang berebut2 nak bantu.
Itu memang rezeki kita. aku bukan cakap utk riak dgn rezeki, tapi peringatan aku kepada korang supaya jangan lah terlalu terbawak2 perasaan taknak jumpe orang tu.
Aku pun penah buat, betul. Aku tak cakap mcm aku takpenah buat.
Tapi itu kesilapan aku.
Jangan buat mcm tu sebab nanti korang rugi.

Masa ni, kawan2 aku yang dah beranak, semua bagi tips yang sangat berguna. Tips berjimat, tips nak survey barang, tips nak menjaga baby, mcm2 yang tak semua leh dapat kat internet sebab diorang bagi tips based on pengalaman. Diorang siap kata, masa diorg pregnant awal sangat, kwn2 ramai tak pregnant lagi so taktau nak tanya sapa selain ibu sendiri, jadi diorang sendri pun banyak buat silap, banyak benda taktau dan tersalah beli, tersalah didik dan sebagainya. Jadi bila aku baru skang nak pregnant, diorang semua bagi tips yg macam2 yang aku sendri takterpikir nak tanya.
Supaya aku tak ulang kesilapan macam yang diorang buat.
Macam contoh, kawan2 aku ada yang taknak beli breastpump dulu, kononnya risau kalau2 takde susu. So diorang ajar aku, itu adalah tanggapan yang salah sebab MINDSET kita menguasai segala-galanya. Kalau awal2 dah takot2 kalau takde susu, memang takkan ade lah susu. Tapi kalau awal2 dah belajar ilmu breastfeeding, insyallah Allah permudahkan kalau ada rezeki anak itu. Jadi diorang kata, beli breastpump dari sekarang. Lepas beranak terus stimulate breast utk kuarkan susu, belajar power pumping, wahwah, macam2 lagi. Diorang cakap masa diorang mengandung, sumpah taktau benda2 ni. Dah beranak baru la terhegeh2 belajar dan terlambat sebab bila dah masuk kerja, penghasilan susu dah kurang sebab dah kurang pump diorang kata.
Jadi time ni aku kena bebel2 dan ceramah2 supaya aku tak ulang apa yang diorang buat, Fikirlah pasal anak, (dah la susah nak dapat) jadi usaha dari sekarang.

See? Untung apa kalau berTTC. kalau kite bunting pelamin dulu, siapa nak share dengan kita benda tu semua? (melainkan ada la kakak atau kazen2 yang sudi share) tapi aku lebih suka pengalaman kawan2 sebab kite kan suka terpengaruh dengan kawan2 huhuhu..

Ada orang, sebab bunting pelamin, cepat sangat mengandung, most of her pregnancy moment dihabiskan dengan meng-usha barang2 baby. Tapi taktau ilmu jaga baby & motherhood lansung, time dah beranak, SEMUA TAKTAU. Itu taktau, ini taktau.
Bila tanya, mase pregnant buat apa?
Dia sengeh je.

Itu yang untung bila pernah TTC dan anggap je oranglain mengandung awal tu nanti akan bantu korang time turn korang.
Next time, bila ada orang mengandung, rajin-rajin bertanya, apa yang selalu diamalkan time mengandung tu, makan apa? supplement apa? dari segi alahan die handle macam mana?
banyak benda leh tanya.

Sudah2 lah bersangka negatif kat semua orang walau tak dinafikan soalan2 makcik2, kazen mazen, kawan2 kita sendri pun pernah menyakitkan hati kita.
Kita kena kuat dan lawan supaya jangan negative.


Aku tak cakap benda ni senang.
Aku tau, kadang-kadang kita ni lemah jugak, kadang-kadang, rasa nak jatuh kena himpap bila kena tanya dan kena kondem pasal zuriat.

Tapi cuba lah belajar.

Aku dah tahun ke 3 TTC baru aku belajar taknak benci orang dan selamba je pergi semua kenduri. Kite kene SUKA pegi kenduri. Kite kene SUKA jumpe orang.
Sebab anggap je kita nak mintak semua doakan kite. Kalau kena tembak, tembak je balik.
hehehh.

Kalau fobia sangat la dgn soalan orang tu, korang time solat tu berdoa lah pada Allah minta kalau boleh jangan lagi dihujani soalan itu. Minta lah Allah kuatkan hati.
Selain minta dapat zuriat, minta lah supaya Allah bagi kesedaran kat diorang.
Kalau tak doa, mcm mana nak jadi? Sebab tu la bila gi kenduri asik kene tembak je. Cuba doa pada Allah.
Allah tu kan Maha Mendengar.

Aku tahun ke 3 TTC la baru nak doa, Alhamdulillah memang kurang sangat orang bertanya malah orang yg selalu annoying tu tidak lagi annoying dengan soalan2 zuriat. Korang cuba lah, kalau buat solat hajat tu, masukkan sekali hajat supaya orang ada kesedaran & sensitif pasal issue ni.

Bengang dengan status fb atau twitter kawan2 yang asik update pregnancy/baby diorang?
Unsubscribe buat sementara waktu. tapi jangan selamanya sebab nanti korang rugi kalau taktau apa yang diorang share. kadang2 diorang share ilmu berguna yang ko leh pakai time ko mengandung/beranak nanti. Tapi sebab ko dah unsubscribe/unfollow diorang, ko taktau.
RUGI.

Jangan jadi mcm aku yg dulu wahai TTCian. Aku mmg selfish. Kononnya sensitip dah emo, jadi aku endup being a selfish TTCian. Negative TTCian.
Aku anggap diorang yang senang beranak tu yang selfish sebab tak pikir aku yg TTC.
Sbenanye kite yang TTC juga selfish.

Sekali-sekala takpe. Tapi jangan lama sangat.
kalau ditakdirkan TTC 7 8 tahun takkan taknak jumpe orang selama tu?

Betul?

Take care TTCians, sayang korang semua. :)

17 comments:

  1. tgh mengumpul semangat nak berjumpa sedara mara belah suami, tengah bulan ni sebab ada kenduri kawin sepupu suami, parent in law ajak yani dan suami gi mengantar ke majlis belah perempuan (sepupu suami - lelaki). bertabahlah hati...kalau ditanya, ntah apa lah nak jawap...

    ReplyDelete
  2. ha see? dah start sangka negatif :P "ntah apa lah nak jawap"
    jawap je belum ada, minta semua doakan saya ye, doa org tua kan lebih makbul? senyum, quickly change the subject! tanya dia balik "awak pula anak dah berapa? wah bagusla darjah berapa dah diorg? blablabla, awak dah lame ke sampai, awak skang stay kat mane?"
    borak terus dgn dia supaya niat dia nak tanya lebih lanjut psl zuriat terus terbantut. that's what i do lah dulu.

    ReplyDelete
  3. Jay,
    Suka dgn entry ni. Terima kasih mengingatkan TTC.

    Saya suka gi kenduri sbb makan free..hihi

    ReplyDelete
  4. hehee.. pernah sekali Yana unsubscribe member sbb dia bunting pelamin,end up subscribe balik sebab nak tau perkembangan dia n baby.. takmo fikir negatif, anggap rezeki belum ada ..

    ReplyDelete
  5. The first 3 years mmg i pun nak mengelak je pi kenduri2... but over the time, lama2 dah kurang sensitivity tu. Time heals everything kot... hahahah... but u r right. TTCing ni mmg kena sentiasa pikir positive. Law of attraction. Pikir negative, dapat negative. Pikir positive, walaupun x dapat positive, tapi hati ni tenang. Count the blessing instead of counting benda yg x de. Allah is the Best Planner, He knows when is the right time. And even if memang Dia tak kurniakan langsung pun, He Knows what is best for us.

    ReplyDelete
  6. Jay,

    persoalannya sampai bila?

    agree with sweet tooth, "time heals everything"

    life must goes on (^_^)

    ReplyDelete
  7. cik tipah: yeah, kite gi kenduri, makan2 astu balik! :P

    yana: sy lagi la dulu mmg unsubscribe SEMUA org yg tgh pgnant. dah lame2 pastu sy malu sendiri n subscribe balik. its ok to unsubscribe supaya kite tak sakit ati tapi jgn biarkan terlalu lama k. melainkan org tu terok sgt lah annoying nye.

    sweet tooth: alhamdulillah u think that way. i ni bukan nak ckp berlagak, i pun negative jugak dulu, malah hati i lagi busuk dari u oll. mcm2 sangkaan buruk kat org yg pgnant. mcm2 i menyumpah. :( malu dgn diri sendiri.

    k.totyati: akak tanya saya balik ke Sampai Bila tu? kalau akak tanya saya balik, sampai bila perlu 'not to avoid people', jawapan saya, sampai bile2 lah. Allah tak menyuruh kite menyisihkan diri kan, sy tau dugaan akak mmg sgt berat, sy bace story akak, mmg sgt simpati :( tapi i know u are strong, jadi persoalan sampai bila harus Tidak mengelak adalah tak perlu sebab sy tau akak dah move on. sy tetap doakan rezeki akak ada juga satu hari nnt, kalau dpt rezeki anak angkat pun, ia tetap rezeki. maaf kalau sy salah faham komen akak tu.

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah avoid jumpe org..huhu..
    klo org tny mmg bagi common answer, "coming soon", "on the way", "insyaallah, doakan lah ye.." itu je jwpannye..
    Kalau ade yg dok cakap org nu, org ni baru kawen dh preggy tp ko xde lg..saya ckp,"tuah ayam nmpak di kaki, tuah manusia siapa yg tahu, apentah lagi hal ehwal rezeki ni..insyaallah,ini semua keje buat allah..so, makcik doa la saya cepat2 dpt rezeki baby..doa makcik amat saya perlukan.." hehe..
    tapi a bit annoy dgn biras (lelaki), mmg sentap jer dgn die..dok kutuk hasben kite tak reti laa, xsubur laa, hape laa..so, mmg im avoiding him, n only him..huhu..

    ReplyDelete
  9. hurmmm skang ni sue mmg attend kenduri, tapi selalu dtg awal2..sbb nak avoid kawan2.. hahaha.. tapi sedara mara tak de rase camni sgt.. dgn kawan2 n sedara belah laki je kot .. [kira mngelak cara halus] :P

    tapi dlm hati bila nak pergi tu perasan slalu x besh je, tmbh2 bila badan pun makin gemuk, lagiiiiiiiiiiiila confident nk mngadap org tu takde.. hurrmmmm... -_-

    ReplyDelete
  10. Jay,

    akak bukan suh Jay jawab. akak nak jawab soalan Jay tu. tu yg C&P soalan Jay n agree dgn jwpn sweet tooth.

    sebab bila dah lama sangat TTC ni akak dah imun dah. mula2 taip komen nak bgtau bila tempoh TTC makin pjg, diri semakin boleh terima. cuma tak tersampai pula maksudnya. hiihihi yelah akak jwb pun sebaris je.

    sorry ye buat Jay salah faham :D

    ReplyDelete
  11. K.totyati: hehehe sory kak tu la sy mmg konpius sket sbb ingatkan akak tanye saye balik hehehe! btul tu kak, bile dah makin lama berTTC dan masih takde hasil juge, mesti kite dah lali dan secara taklansung terus bersyukur dan redha, (disamping itu usaha masih diteruskan). kdg2 sy mcm nak je gitau TTCian yang baru TTC 1-2 tahun ni tapi dah pressure takbole tahan, sy nak je ckp yg sampai satu tahap, diorang semua akan terima benda ni dan akan rase malu dgn diri sendiri sbb jeles2 & dengki dgn org yg pregnant..sy ckp pun berdasarkan ape yg sy sendri lalui..

    ReplyDelete
  12. hear u.

    aku pun same negative gak dlu. negative gile kot, sampai tak suke gile pegi kenduri sbb tanak terserempak ngn org yg annoying. tp kalo mmg confirm tak terserempak, aku suke je pegi. makan pree ape. ahhahaha.

    actually, kengkawan is no big thing, yg akan terasa sgt kalo famili yg annoying tu. tp akhirnya, aku tak kesah dah pegi memana sbb kalo org laser aku, aku mmg laser balik dgn cakap sape derang nk lawan ketentuan Allah. hahahah. confirm ok akan diam. dan tak tanye soalan bodohh. o yeahhh!

    ala, kalo ikutkan, org ni sampai kite mati takkan berenti tanye. ade sowang hamba Allah ni, jumpe aku, bole plak die tanye, eh, bile nk tambah lagik sowang? (tat time hamza br 7bulan). conclusion, org sampai mati takkan berenti tanye. in fact, kalo kite dah mati pun, org dok tanye, eh die mati sebab ape?

    kannnnnn? :P

    tapi kan, sungguh, time ttc dlu mmg negative. maunye tak,mane2 pegi confirm akan jumpe pregnant women. tak dengki, cume jeles. green with envy. mcm the grinch. tp takde la sampai dengki org tu dah mengandung pastu doa die ade complication ke ape. cume looking back, aku rasa aku meluat je kot kalo dok ttiap hari update status pasal pregnancy. so solution, unsubscribe.

    tp kan jay, ko category hati lembut bole maafkan org, aku takes time nk maafkan org. dan lagik la lama nk lupa pasal sume tu. hurmmm, kene muhasabah diri gak nih

    ReplyDelete
  13. Any: haha! ingat senang nak lembutkan hati! aku keras gak wehh tapi tu laa..aku takckp senang nak lembutkan hati. tapi kene cube la sket2 kan. kene jadi kuat, kene gitau diri sendri JANGAN LEMBIK! JANGAN SEDIH! bukan kehendak kite utk lambat conceive, bukan kehendak kite utk kene tembak mcm tu. kdg2 bile org tembak kite, itu pun dugaan tuhan gak. nak uji takat mane iman kite smua. Peh, ni smua laki aku ceramah aku weh..sbb anytime aku tgk org pgnant, aku cam ade je bende nak kutuk like "eleh kene ke jalan mcm tu tunjuk2 perot?" laki aku siap kate Istighfar la byk2 syg oi.
    haha! laki aku ckp Ingat kutuk mcm tu kat org mengandung, esok syg trus pgnant ke?"
    ok mmg tak la kan.
    jadi, sbb tu aku kecewa kalau ramai TTCian yg sukeeeeeeeeeeee sgt anti dgn org yg pgnant (eventhough its natural) tapi sbb kan pikir mcm tu la meLAMBATkan lagi nak dpt anak tu. majoriti TTCian aku tgk yg berjaya conceive ni smua dah lalui fasa 'annoying' ni dan byk dah muhasabah diri, dah tak sangka negatif smua. alhamdulillah ramai berjaya. kdg2 sbb ko dah terima semua ni, Allah pun bagi ko rezeki sbb ko dah belajar ape yg Allah nak ko belajar selama TTC.

    ReplyDelete
  14. ok bukan maksud aku 'anti' la. tapi envy mcm ko ckp tu. envy tu bagus, tapi jgn smpai terbawak2 smpai menangis2 selalu.itu mmg takkan dpt hasil apa pun.

    ReplyDelete
  15. kannnn. awal2 ttc mmg la menangis la ape. tp last2 aku give up ttc, malas dah nk pk pasal anak. pastu alhamdulillah ttibe rezeki datang.

    aku rasa kan, ttc mmg ada fasa kot,
    1st stage = meluat gile,
    2nd stage = meluat gile babi
    3rd stage = ah lantak pi org nk kata pe,
    4th stage = beranak la bape banyak korang, ada akukesah asal jgn annoying sudah.

    ahhahahaha. just my 2cent.


    ReplyDelete
  16. Salam, sorry if u have to go back to this old story just becoz saya baru jumpa dan rasa nak komen.
    tears in my eyes as i read this. because tgh stuck dgn keadaan taknak jumpa orang-kenduri-akikah etc2 tu. tak semua la sbb kalau kazen2 kena la pegi, tp kawan2 punya wedding banyak tak pegi sbb 50% of the reason, ini lah dia..selain duduk jauh di JB dan kawan ramai di KL.
    but truly, saya pernah marah dgn hubby sbb ajak saya g kenduri akikah kawan dia yg baru dpt baby sedangkan dorg kawen lambat dari kami, to make it worst dia boleh lepak lamaaa plak dgn kawan2 dia..sedangkan saya berperang dgn diri sendiri nak balik...nak balik..
    to make it even worst (for me la..)masa tu ada lg sorg dua yg dtg majlis, tgh pregnant jugak dan lg lambat kawen dr kami. dorang borak2 dan saya dpt tangkap dorg cakap sambil gelak2 "so kita ni berjangkit2 lah pregnant"..

    i was ssssooo furious that i didn't mingle with them at all that night sedangkan kenal baik je. i rather duduk kat depan, makan sorang2, baca buku..(baca buku kat majlis orang..gila pnya kera sumbang) and wassap2 banyak and make faces from far to my hubby asking to go back home NOW..i left the majlis even without salam ibu baby and the rest of friends..jahat kan..gila busuk hati T_T

    pernah jugak i left a group wassap yg only for married ladies among my closest friends, sbb yg lambat2 kawen dari saya dah mula asyik cerita "loya pagi2, apa nak buat" dan sewaktu dengannya..i left, because i dont wanna read it and tatau nak respon mcm mana dlm conversations tu..though boleh je nak stay silent and mute it, tp at that time i just cannot accept it..the admin (also takde anak lg until now) mcm paham tp tanya nak join balik ke tak, i said no and she just drop it..

    but this...this post enlightened me..how to deal with myself and pull things together within myself dan cuba hadap semula dgn people surrounding me..lately i did try lembutkan hati, borak2 dgn kawan yg pregnant (but still avoid asking too much that could lead them to tell about themselves a lot...)rather than i only ask about other stuff like works, programs including political issues..haha..sbb rasa taknak dgr dorg cite lebih2 pasal pregnancy dorg coz i do not know how to response and react..hmm..will change more after this insyaAllah..

    betul..susah nak ubah mindset. reading this and i thought.."yes..its true we need them someday to pray for us, help us.." i'm still in the process gaining my confidence and guts..despite getting myself busy with works and NGO's programs..please pray for me to be strong like u~please~

    sorry terpanjang~ sbb sgt suka baca yg ni :)

    ReplyDelete