February 8, 2013

Makanan & Supplements yang boleh dijadikan Rutin utk TTCians

Just a short tips.
Mungkin ada followers baru yang baru baca my blog, yang mungkin wonder what i did before berjaya conceive kali ni dgn izin Allah. Dan mungkin juga amat letih nak bace kisah TTC aku yang begitu panjangnya dalam blog ni. hehe. ok aku share sedikit, secara ringkas, apa yang di amalkan dari Awal tahun 2012.

Yes. Alhamdulillah yang aku pregnant ni aku conceived naturally.
Walaupun doctor kata, I WILL NEVER CONCEIVE without fertility drugs/fertility treatment.
Ada doctor yang kata i can only conceived via IUI/IVF.
(sebab failed clomid and other fertitility drugs few times and my PCOS is getting WORST)

Doctor bukan tuhan.Nuffsaid.

Jadi aku usaha berbagai2 natural  treatment sebab aku benci what those drugs did to me.

Ini dia.

We changed white rice to BROWN RICE. Brown rice is full with folic acid, iron and vitamin B! Mengurangkan kolestrol dan tiada kanji!
Changed from Susu Lembu to Susu Kambing. Hi-Goat Premium is the one yang aku amalkan sebab dia ada Kurma & Madu.
Avocado ni buat jadi Avocado Smoothie. Blend with Honey & Susu Kambing.  Drink 1 glass everyday! View HERE for recipe! View Avocado benefits HERE!

Evening Primrose Oil + Fish Oil. To increase the quality of your Cervical Mucus and quality of EGG. To help your hubby's sperm live longer in your uterus and tubes ;)
Vitamin B Complex + Folic Acid to increase the quality of your Egg and to prevent Spina Bifida for ur unborn baby!

Lastly, zikir Lailahaillallah setiap hari imagine telur & sperm bersenyawa.
Disertai dengan Ya Musawwir 70 kali sehari.

Minum air zam-zam sekerap yang mungkin.


To try all of the above,

1. Please don't make any excuses to yourself before trying. Like "Ala, brown rice tu tak sedap la" - trust me the taste same je dgn nasik putih. TAKDE BEZA sangat cuma bila mengunyah tu brown rice tu rasa mcm ada nutty taste sket, which I like! sbenanye lagi sedap dari beras putih. Kalau rasa nak turunkan berat badan, brown rice is the best. Basmathi pun ok but they said basmathi ada kanji jugak sikit. but still, can be used as an alternative.

2. Please don't say "Ala malas nye tiap2 hari kena makan semua2 ni"
Awak yang nak dapat anak, apa saja usaha mesti kene buat secara konsisten. Takboleh la skejap try yg ni, skejap try yg tu, lepastu kata semua tak berhasil. Supplements wont work within 1-2 month. Melainkan ada miracle. Sekurangnya2 cuba konsistenkan sampai 6bulan. All of the supplements above aku makan since early 2012, kecuali avocado je start dari June 2012 before I was conceived in September 2012.

3. If you say "Saya taksuke minum susu, apetah lagi susu kambing"
Rugi lah :D hehe, banyak gila khasiat susu kambing ni beb. Kalau tak bagus susu tu takde la Rasulullah suruh minum. Untuk kesuburan suami isteri lagi lah sangat banyak membantu. Aku syorkan Hi-Goat sebab dalam banyak2 susu kambing yang aku dah minum, Hi-Goat paling sedap dan takde rase ape2, lagipun harga dia affordable. Gamba Hi-Goat kat atas ni yang Hi Goat Premium, ada campur Kurma+Madu. RM45 kalau taksilap. kalau taknak yang tu pun boleh, ambik Hi-Goat biasa. RM23 maybe. (tgk tempat).

4. If you've tried avocado and cannot tolerate with the taste, boleh lah add dengan Hersheys Choc Syrup atau blend skali dengan Strawberry/Blueberry. Tapi kalau taksuka gak, takleh buat ape la :D hehe, cuba la kaedah lain. Aku cuma share apa yang aku buat kalau rasa nak cuba, boleh cuba.

5. If you're still on medication, it's safe to still continue all of these supplements. Maknanya sambil2 buat treatment, boleh jadikan semua pemakanan di atas sebagai amalan.
Kadang-kadang bila pemakanan kita sihat, senang lah nak serap ubat2 yang kite makan tu :)

PS: Avoid FastFood, 3in1 drinks, makanan berminyak2, kolestrol, air yang banyak gula.

CUBA LAH :)

February 6, 2013

Teringat.


Dulu,
Aku teringat lagi.
Yang arwah mak aku, masa dimasukkan ke hospital, mase tu aku baru 5tahun. Aku tak tau kenapa dia warded mase tu, aku tanya bapak aku "kenapa mama masuk hospital? Sakit apa?"
bapak aku cakap "mama tak sakit"
"abis tu kenapa?"
"dokter nak check mama"

aku mane la paham kan.
mase tu kitorang dok johor, hospital yang mak aku masuk hospital sultanah aminah.
aku teringat time bapak aku dukung aku and bawak aku ke parking lot, dari parking lot tu leh nampak wad mak aku. mak aku lambai2 ke bawah.

bile mak aku dah keluar wad, aku tanya "kenapa mama masuk hospital?"
"oh, dokter nak check-check mama je"
"buat apa?"
"sebab nak dapat anak no 2 lah! nak dapat adik utk awakk"

aku diam seribu bahasa sebab apa tau?

Sebab kecik ati.
HAHAHAHHA
bodoh betul aku mase tu.
mase tu aku rase Apesal mak aku nak menduakan aku???
Dia tak sayang aku lagi sampai die nak anak lain???
Ape kurangnye aku ni? Kalau satu anak je takcukup ke??? (itu fikiran aku mase tu)
Aku diam je. Pastu mak aku sakat2 aku "kenape tak suke ke?"
aku selamba jawap "TAK"
dia gelak and cakap "kenapa tak suka"
aku diam je.

pastu aku teringat masa balik2 kampung, mak aku slalu kene perli "hai takkan sorang je? dah la nak dapat yg tu pun lambat, ni nak lama2 lagi ke?"
Entah macam mana la perasaan mak aku time tu.
Yang aku ingat, jawapan mak aku ialah "haritu buat bende tu, fail la. tak jadi"

Skang ni baru aku faham apebende yang mak aku buat. Aku takpasti apebende tapi mesti rawatan kesuburan. kalau setakat telan ubat, kenapa sampai warded? mesti IUI ke apa ni. Aku takde memory sgt, itu je yang aku ingat.

Masa aku kecik2, ramai orang suke tanya aku "Taknak adik ke?"
aku mesti jawap "TAKNAK"
hahahaha, ape la masalah aku mase tu.

Aku baru sedar bile aku dah skolah rendah, dalam darjah 5, aku ditanya kawan aku
"kau tak boring ke takde adik? kat rumah kau main dengan siapa?"


aku terkedu dgn soalan tu sebab aku takde jawapan.
Kawan aku lak suke citer perihal adik2 dia. Yang dia jaga adik dia, dia mandikan adik, suapkan adik makan. Citer yang dia main2 dengan adik dia macam2 jenis game. main batu seremban dengan adik2. main congkak, main game, lepastu die tanya "kau kat rumah main sorang2 ke?"

peh baru la aku terasa mcm aku sampah gila sebab takde adik.


Aku bukan taknak adik sebab apa pun, sebab aku taksuke jadi 'kakak'
Kan biasenye kalau kite zaman skolah ni kite mesti ade 'adik angkat' ke apa kan.
Aku mana ada. Takpernah ada adik angkat. Kakak and Abang angkat ramai lah.
Sampai aku masuk asrama pun, ada budak siap 'mintak' nak jadi 'adik angkat' aku.
aku reject dia.
Wakhakahkaha..kesian dia. aku cakap "eh sy takreti la jadi kakak." in fact, bahasakan diri aku "Kak Jay" pun aku rase Super Awkward.

aku dapat adik masa aku umur 12tahun.
Dan kami 2 beradik saja. Itu sahaja adik yang aku ada.
Aku syukur sebab Allah beri aku satu-satunya adik :)

Baru aku tau rasa seronok ada adik. Mase tu aku marah diri sendri, kenapa la dulu aku selfish gila nak jadi anak tunggal. padahal bukannya aku ni anak tunggal mcm orang lain yang dimanjakan. Sumpah tidak.
Bila jadi anak tunggal kadang2, aku yang asik kene marah dan if anything goes wrong in the house, aku yang kena. Jadi time dah ada adik, aku syukur gila. Lelaki pulak tu adik aku tu. Dan aku masih awkward menggunakan perkataan "Kak" jadi aku mintak mak n bapak aku bahasakan aku as 'Along' kat adik aku. So takde perkataan "KAKAK" kat depan.

Hahaha..terok betul aku ni.
Bila melihat orang lain ada adik ramai, baru aku sedar time tu, aku yang mintak taknak adik. Sebab tak suke jadi kakak.
Mengong.

Aku dari kecik pun stress dengan soalan "Bile nak dapat Adik?"
Tapi ye la aku kan kecik lagi, sumpah takde idea nak jawap ape.
Aku sampai pernah tanya mak aku "Ma, ape nak jawap kalau orang tanya bile nak dapat adik? memang semua org kene ada adik ke??"
naif sungguh soalan.

Mak aku jawap "Bagitau dia, Doakan la saya dapat adik cepat2"
Aku buleh lak tanya balik "kenapa kena cepat2 dapat adik?"

Aku takfaham mase tu.
Mak aku pun diam. Agaknye dia pun pedih bile aku tanya balik macam tu.

Dan soalan yang seLALU sangat kena kat makbapak aku dulu ialah
"Anak dah berapa? Satu? SATU JE? CUKUP KE?"

Serious aku SANGAT INGAT soalan ini. aku rase selama 12tahun jugak aku dgr soalan ni.

Aku teringat jiran aku, tak ingat namenye Auntie apetah. Dia 10tahun takde anak. mase tu la. Mak aku citer "auntie tu kan, 10tahun tau takde anak"
"kalau mama? berapa tahun?"
"mama 4tahun baru dapat awak. Lama jugak tu tapi tak la lame mcm auntie tu. 10tahun lagi lama banyak dugaan dia"

Aku tak faham sangat, aku oOOO  je.

Then mak aku rajin la 'pinjamkan' aku kat auntie tu, aku pun suke sbb kat rumah auntie tu byk sweets, chocolates, video games. :P auntie tu mmg baik la dgn aku smpai selalu cium2 aku, macam anak dia sendiri.

Baru aku faham la skang, 10tahun kot takde anak, mesti la rasa teringin yang amat kan.
Dia pernah bawa aku pegi shopping complex belikan baju2 semua.
Dia masakkan aku lauk sedap2. Dia suapkan aku makan (walhal mak aku pun taksuap aku makan, aku makan sendri beb) Tapi sebab die teringin sangat agaknya.
Suami dia je macam kurang sket dengan aku mUNGKIN aku bukan anak dia atau entah? Aku mase tu takfaham nape suami dia mcm layan tak layan je dgn aku.
Tapi ye lah, naluri keibuan org perempuan ni lebeh kuat kan.

Pernah satu hari Auntie tu pandang aku lame2 dan menangis. Aku gelabah betul mase tu sebab aku ingat aku ade buat die marah. Mesti dia fikir pasal anak sendiri entah bila nak ada kan :(

Bile aku dah masuk skolah rendah, kami pindah ke Taman yang lain, dan aku ingat lagi mase aku darjah 2 ke 3 tah, mak aku ckp kat aku "Ingat tak auntie yang duk sbelah umah kite tu? Die dah mengandunggg!!!! Alhamdulillahhhh!!!"

Yang aku pulak "ooOO..........."

takde perasaan. HAhahaha! ye la ape la yang aku faham kan mase tu!
Mak aku EXCITED GILA siap hari2 gitau bapak aku, hari2 die mcm asyik mention pasal tu. Ayat yang aku ingat "Ya Allah, 12tahun akhirnya dapat jugak!!!"

Aku mmg blur. Aku tak faham istilah 'dapat jugak' tu.
Masa Auntie tu dah bersalin, memang kami satu family visit dia kat taman yang lama tu sebab nak tengok baby dia. dia dapat girl :)
Dah lama lepastu mak aku dah lost contact dengan auntie tu so taktau ape perkembangan die skang.

Satu lagi benda yang aku teringat, masa aku darjah 3 ada orang tanya, "Mak awak umur berapa?"
"37"
"37? tipu lah! Takkan dah 37 anak baru 9tahun.?"

Aku takfaham gak istilah tu. Mase tu mak aku join team netball rukun tetangga, aku tunggu mak aku tepi padang dan aku ditanya soalan tu oleh satu makcik ni.

Lepas mak aku main netball, dia tanya lagik kat mak aku.
"Pah, awak dah 37tahun ke?"
"iyeee"
"laaa....kenapa lambat beno nak dapat si Jihan ni? dia dah 9tahun!? udah tu, ni sorang je ke?"
"iye kak sorang je baru ada"
"Laaaa.......sorang jeee? kesian laa dia ni takde adik!"

Aku memang blur. Aku takpaham ape makcik tu maksudkan.
Yang aku ingat, mak aku balik menangis2 lepastu maki2 makcik tu kat rumah. Mak aku siap cakap dengan aku Lainkali ckp cakap ape2 dgn makcik tu lagi!
Aku sumpah blur.

Skang memang aku dah faham.
Hish! If i could get back to that moment aku nak cili2kan makcik tu!!!!!!!!
Doraemon! Pinjam mesin cahaya masa!!!

*kidding*

Mak aku sendri banyak betul lalui dugaan TTC ni dulu even dah dapat aku pun dia masih terima azab soalan2 begitu. Mak aku mesti seorang yang sangat kuat kan. Melihat adik-adik ipar kawin lepas dia dan beranak, melihat kakak dia yang no 3 yang tiap2 tahun beranak...Ya Allah, sekurang2nya aku ni takyah compete dengan adikberadik sebab aku ada sorang je adik itu pun die masih sekolah.
Mak aku? adik beradik dia ramai, adik beradik bapak aku pun ramai.

Aku baru sedar sbenanye mak aku dulu sangat strong.
Mesti dia pun invent macam2 ayat2 positive utk support diri dia kan?
Kalau kita skang ni untung lah ada internet, ada facebook boleh update status2 utk meluahkan perasaan, ada blog untuk meluahkan perasaan.

Mungkin mak aku ada diary kot? Heheh. Tapi kesian la orang dulu2 TTC, maklumat semua kurang.
TV pun ada 3 channel je. Yang ada cuma dokter pakar.

Mungkin kalau dapat la mak aku cakap kat aku time ni, mesti dia kata
"Ha macam ni la mama rase mase nak dapatkan kau"
hehe.

Yang tak bestnya, Allah dah ambik mak aku sebulan lepas aku kawin. Jadi nak share experience TTC ni memang takdapat. Tapi mungkin ada hikmah sebab Allah nak aku belajar sendiri.
Aku conceive pun betul2 sama dengan mak aku iaitu 3tahun 8bulan lepas kawin.
Memang Allah nak aku belajar sesuatu.
Allah sayang mak aku teramat sangat jadi dia taknak burden mak aku dengan memikiran prob aku yang lama tak conceive agaknya.
Agaknya.

Mama during my Akad Nikah day 3 Jan 2009

Alfatihah utk mama, esok (7 February) genap 4tahun dia meninggalkan kami.
Aku tahu Allah dah tempatkan dia di tempat orang2 solihin. :)
Aku tahu mak aku bahagia disana :) Dan dia mesti dah happy sebab aku dah learn my lesson a lot during TTC.:)

Harap semua boleh be strong macam mak aku.

February 4, 2013

Why not to avoid people while TTC


Aku tau, majoriti antara TTCians (termasuk la aku yg pernah TTC) semua benci gila pegi kenduri kawin, kenduri akikah, benci HARI RAYA, benci jumpe kawan2 yang dah beranak. Aku paham dan aku pernah melalui kesemua kebencian tu. dan sekarang berasa amat malu dengan perangai aku yang selfish dulu. Walaupun masa tu ape yang aku pikir ialah orang lain takkan menjaga hati kita. Dan untuk menjaga hati sendiri, lebih baik avoid dari berjumpa.

Betul tak.

Persoalannya: Sampai bila?

Sampai bila nak mengelak dari soalan yang takkan berhenti.
Trust me darling, korang dah conceive nanti pun orang takkan berhenti tanya soalan annoying.
Aku dah conceive skang pun banyak jugak soalan annoying, seperti Kenapa skang baru nak ada? Patutnye dah ramai dah anak kan? Ape masalahnye yang tunggu lama sangat baru nak ada skang? Ha baru nak ada satu anak? Ha kenape adik ipar ko dah anak dua ko baru satu?
IT WILL NEVER ENDS, selagi tak mati, selagi tu orang akan tanya2. Itu fitrah.
Memang kehidupan adalah begitu, whether u like it or not.
Pasal mati je orang takkan tanya sebab orang tau soalan itu kurangajar. Padahal soalan pasal jodoh, zuriat, juga kurangajar bagi aku tapi itu melibatkan orang yang belum ada, jadi agaknya nampak macam tak kurangajar. Kalau mati tu, kita libatkan orang yg masih hidup. Jadi soalan Bila nak mati? Adalah tak pernah sama sekali kite dengar.

Walaupun sebenarnya Sama Saja. Jodoh, Anak, Ajal, semua rahsia Allah. dan Allah sahaja yang tau.

The key is, BE STRONG and learn HOW TO ANSWER those question.
Kalau rasa dah penat nak jawap Belum rezeki. Atau dah penat nak senyum dan menangis kemudian, CREATE jawapan yang boleh buat korang puas hati asalkan tidak bergaduh. BANYAK sebenarnya.

Tapi tidak. Kita lebih rasa senang dengan mengelak dari berjumpa orang.
Aku pun lebih senang begitu dulu.

Secara tak lansung, kita terlupa kalau-kalau lah kita dah berjaya satu hari nanti, baru kita nak terhegeh2 jumpa orang ke? Masa tu baru nak cakap dengan orang Hey! Saya dah mengandung dah! tanya lah tanya lah tanya lah!

Please dont avoid kenduri/jumpa kawan yang senang pregnant&beranak. Jangan lah jadi macam aku yang dulu.

Tau kenapa?

Bila ko dah conceive nanti ko memerlukan doa-doa orang ni semua.
Kalau dulu ko pentingkan diri sendiri dan takot sangat untuk sakit hati, ko seolah2 macam tak percaya yang ko akan conceive satu hari nanti. Secara taklansung macam mendoakan diri sendiri supaya takkan pregnant forever. Sebab apa?
Sebab ko decide untuk taknak jumpa orang lah, taknak pegi kenduri lah, taknak tengok anak member lah, taknak melawat orang baru bersalin lah, macam la kau nanti takkan alami semua tu?
Kan korang tgh TTC, mesti la korang tau yang korang AKAN ada anak juga.

Ko kena YAKIN yang satu hari nanti ALLAH akan beri jugak zuriat. Mase tu ko sangat2 memerlukan ilmu2 baru, pendapat2 ibu-ibu yang dah berpengalaman, doa-doa mereka, dan macam-macam lagi.

Imagine ko masih berperangai mengelak dari jumpa orang dan sebagainya.
Bila ko dah conceive, MALU weh nak pegi tanya orang2 yang ko penah elak ni dulu.
Bukan malu apa, yelah u used to ditch that person, tiba2 ko terhegeh2 tanya, mintak ilmu.

Aku malu dengan diri sendiri sebab itu yang buat sekarang.

Kadang-kadang kan, ko sendri tak sedar, time ko dah conceive nanti kan, orang2 yang ko paling mengelak dulu lah nanti asyik datang kat ko dan nak offer ko macam2. Nak bagi barang baby, nak serahkan baju2 mengandung yang penah die ada, nak tolong itu ini, ko takkan tau.
Mase tu takkan ko nak EGO pulak. Itu rezeki ko dan anak ko.
Time tu ko malu sendiri sebab dulu ko beriye bebenor nak mengelak sebab kununnya takot sakit hati. (which is memang pun akan sakit ati)
Tapi ape yang aku nak ingatkan, kalau berjumpa sedara-mara yang asik2 citer pasal anak, atau kawan2 yang asik2 cite pasal anak, ko ambik lah peluang keemasan ni utk bertanya macam2.

Mungkin kite rasa tak interested sebab kite belum 'ada'. Kite cume interested dengan mcm mana nak conceive je. treatment2 dan sbgnya. Alah, yang tu kan korang dah power, dah otai.
Macam2 ilmu TTC dah korang tau.
Apa kata ambik jugak peluang ini utk belajar ilmu motherhood. Takyah ambik tau semua tapi skit2 tu ambik tau lah.
Masa kawan2 citer pasal breastpump la contoh, ko buat2 la tanye "eh korang pump sehari berapa kali?, baby kalau minum, biasenye brapa oz? malam2 pun breastfeed jugak? macam mana kalau anak taknak breastfeed ek?"

Tanya, apa saja, tanya.
Believe me, they are willing to give u all the tips macam ko ni dah nak beranak.

RUGI kalau taktau ilmu ni semua. Jangan ego dengan diri sendiri.
Jangan kata AH! aku dah mengandung nanti aku belajarlah! Ini nak mengandung pun payah! lagi nak sakitkan hati sendri tanya2 bende2 baby, hai bile la turn aku?!

SHUT IT!

Tak guna berTTC kalau asik2 pikir mcm tu.

Aku dah bOSAN gila dengar perkataan Bila la turn aku?
(dulu aku byk kali ckp gak)

Aku sbenanye kecewa kalau mendengar TTCian yang asyik2 negative.
Asyik2 bersedih.
Asyik2 sensitive.

Aku serious kecewa.
Sebab dulu aku macam tu dan hasilnya semua treatment aku tak menjadi, penyakit aku bertambah teruk. Nak BD pun takde mood. Itu ke nikmat kahwin yang sepatutnya?

Mana lah pergi semangat korang? Benda ni takboleh sedih2. Memang sedih tu part of being a TTCian tapi takkan lah asyik nak SEDIH je.

Hari2 kalau asik fikir mcm tu, takkan jadi apa.
Aku tak doakan buruk2 kat korang, cuma aku nak bagitau, tak jadi apa kalau berterusan bertanya Bila nak dapat benda yang takde.

Cuba belajar.

Disamping mengumpul ilmu TTC, kumpul juga skit2 ilmu motherhood.
Ilmu masa mengandung.

Masa mengandung banyak benda yang kita kena tau. Aku ni boleh tau semua ni sebab kawan2 yang suka gitau citer pregnancy (yang dulunya annoying bagi aku). Aku rasa macam nak je thank you kat diorang sebab being annoying. hahaha.
Sebab diorang jadi annoying tu la aku dapat maklumat tu.
(ok, kalau annoying mcm nak mintak penyepak, itu korang handle la sendri ye) heheh.
Annoying yang aku cite kat sini ialah citer2 pasal checkup la, perut la, tendang2, mainly citer tentang diri sendiri la.
Bukan yang suka kondem tu. Kalau kawan jenis yang suka kondem kita balik dengan mengatakan Ko bila lagi? Best tau ada anak ni! blalabla.....ok, itu memang takde ilmu yang dikongsi pun.
Jadi jawapla dengan tegas, (bukan marah) tapi tegas.

Skang ni aku sangat syukur bila diberi merasa peluang TTC selama 3 tahun 8 bulan.
Sebab sepanjang 3tahun 8 bulan aku tgk sedara-mara mengandung dan beranak, bunting pelamin, kawan2 rapat punya anak2, walau sakit hati, untungnya kite sebab bila time turn kita, semua orang berebut2 nak bantu.
Itu memang rezeki kita. aku bukan cakap utk riak dgn rezeki, tapi peringatan aku kepada korang supaya jangan lah terlalu terbawak2 perasaan taknak jumpe orang tu.
Aku pun penah buat, betul. Aku tak cakap mcm aku takpenah buat.
Tapi itu kesilapan aku.
Jangan buat mcm tu sebab nanti korang rugi.

Masa ni, kawan2 aku yang dah beranak, semua bagi tips yang sangat berguna. Tips berjimat, tips nak survey barang, tips nak menjaga baby, mcm2 yang tak semua leh dapat kat internet sebab diorang bagi tips based on pengalaman. Diorang siap kata, masa diorg pregnant awal sangat, kwn2 ramai tak pregnant lagi so taktau nak tanya sapa selain ibu sendiri, jadi diorang sendri pun banyak buat silap, banyak benda taktau dan tersalah beli, tersalah didik dan sebagainya. Jadi bila aku baru skang nak pregnant, diorang semua bagi tips yg macam2 yang aku sendri takterpikir nak tanya.
Supaya aku tak ulang kesilapan macam yang diorang buat.
Macam contoh, kawan2 aku ada yang taknak beli breastpump dulu, kononnya risau kalau2 takde susu. So diorang ajar aku, itu adalah tanggapan yang salah sebab MINDSET kita menguasai segala-galanya. Kalau awal2 dah takot2 kalau takde susu, memang takkan ade lah susu. Tapi kalau awal2 dah belajar ilmu breastfeeding, insyallah Allah permudahkan kalau ada rezeki anak itu. Jadi diorang kata, beli breastpump dari sekarang. Lepas beranak terus stimulate breast utk kuarkan susu, belajar power pumping, wahwah, macam2 lagi. Diorang cakap masa diorang mengandung, sumpah taktau benda2 ni. Dah beranak baru la terhegeh2 belajar dan terlambat sebab bila dah masuk kerja, penghasilan susu dah kurang sebab dah kurang pump diorang kata.
Jadi time ni aku kena bebel2 dan ceramah2 supaya aku tak ulang apa yang diorang buat, Fikirlah pasal anak, (dah la susah nak dapat) jadi usaha dari sekarang.

See? Untung apa kalau berTTC. kalau kite bunting pelamin dulu, siapa nak share dengan kita benda tu semua? (melainkan ada la kakak atau kazen2 yang sudi share) tapi aku lebih suka pengalaman kawan2 sebab kite kan suka terpengaruh dengan kawan2 huhuhu..

Ada orang, sebab bunting pelamin, cepat sangat mengandung, most of her pregnancy moment dihabiskan dengan meng-usha barang2 baby. Tapi taktau ilmu jaga baby & motherhood lansung, time dah beranak, SEMUA TAKTAU. Itu taktau, ini taktau.
Bila tanya, mase pregnant buat apa?
Dia sengeh je.

Itu yang untung bila pernah TTC dan anggap je oranglain mengandung awal tu nanti akan bantu korang time turn korang.
Next time, bila ada orang mengandung, rajin-rajin bertanya, apa yang selalu diamalkan time mengandung tu, makan apa? supplement apa? dari segi alahan die handle macam mana?
banyak benda leh tanya.

Sudah2 lah bersangka negatif kat semua orang walau tak dinafikan soalan2 makcik2, kazen mazen, kawan2 kita sendri pun pernah menyakitkan hati kita.
Kita kena kuat dan lawan supaya jangan negative.


Aku tak cakap benda ni senang.
Aku tau, kadang-kadang kita ni lemah jugak, kadang-kadang, rasa nak jatuh kena himpap bila kena tanya dan kena kondem pasal zuriat.

Tapi cuba lah belajar.

Aku dah tahun ke 3 TTC baru aku belajar taknak benci orang dan selamba je pergi semua kenduri. Kite kene SUKA pegi kenduri. Kite kene SUKA jumpe orang.
Sebab anggap je kita nak mintak semua doakan kite. Kalau kena tembak, tembak je balik.
hehehh.

Kalau fobia sangat la dgn soalan orang tu, korang time solat tu berdoa lah pada Allah minta kalau boleh jangan lagi dihujani soalan itu. Minta lah Allah kuatkan hati.
Selain minta dapat zuriat, minta lah supaya Allah bagi kesedaran kat diorang.
Kalau tak doa, mcm mana nak jadi? Sebab tu la bila gi kenduri asik kene tembak je. Cuba doa pada Allah.
Allah tu kan Maha Mendengar.

Aku tahun ke 3 TTC la baru nak doa, Alhamdulillah memang kurang sangat orang bertanya malah orang yg selalu annoying tu tidak lagi annoying dengan soalan2 zuriat. Korang cuba lah, kalau buat solat hajat tu, masukkan sekali hajat supaya orang ada kesedaran & sensitif pasal issue ni.

Bengang dengan status fb atau twitter kawan2 yang asik update pregnancy/baby diorang?
Unsubscribe buat sementara waktu. tapi jangan selamanya sebab nanti korang rugi kalau taktau apa yang diorang share. kadang2 diorang share ilmu berguna yang ko leh pakai time ko mengandung/beranak nanti. Tapi sebab ko dah unsubscribe/unfollow diorang, ko taktau.
RUGI.

Jangan jadi mcm aku yg dulu wahai TTCian. Aku mmg selfish. Kononnya sensitip dah emo, jadi aku endup being a selfish TTCian. Negative TTCian.
Aku anggap diorang yang senang beranak tu yang selfish sebab tak pikir aku yg TTC.
Sbenanye kite yang TTC juga selfish.

Sekali-sekala takpe. Tapi jangan lama sangat.
kalau ditakdirkan TTC 7 8 tahun takkan taknak jumpe orang selama tu?

Betul?

Take care TTCians, sayang korang semua. :)