Dulu,
Aku teringat lagi.
Yang arwah mak aku, masa dimasukkan ke hospital, mase tu aku baru 5tahun. Aku tak tau kenapa dia warded mase tu, aku tanya bapak aku "kenapa mama masuk hospital? Sakit apa?"
bapak aku cakap "mama tak sakit"
"abis tu kenapa?"
"dokter nak check mama"
aku mane la paham kan.
mase tu kitorang dok johor, hospital yang mak aku masuk hospital sultanah aminah.
aku teringat time bapak aku dukung aku and bawak aku ke parking lot, dari parking lot tu leh nampak wad mak aku. mak aku lambai2 ke bawah.
bile mak aku dah keluar wad, aku tanya "kenapa mama masuk hospital?"
"oh, dokter nak check-check mama je"
"buat apa?"
"sebab nak dapat anak no 2 lah! nak dapat adik utk awakk"
aku diam seribu bahasa sebab apa tau?
Sebab kecik ati.
HAHAHAHHA
bodoh betul aku mase tu.
mase tu aku rase Apesal mak aku nak menduakan aku???
Dia tak sayang aku lagi sampai die nak anak lain???
Ape kurangnye aku ni? Kalau satu anak je takcukup ke??? (itu fikiran aku mase tu)
Aku diam je. Pastu mak aku sakat2 aku "kenape tak suke ke?"
aku selamba jawap "TAK"
dia gelak and cakap "kenapa tak suka"
aku diam je.
pastu aku teringat masa balik2 kampung, mak aku slalu kene perli "hai takkan sorang je? dah la nak dapat yg tu pun lambat, ni nak lama2 lagi ke?"
Entah macam mana la perasaan mak aku time tu.
Yang aku ingat, jawapan mak aku ialah "haritu buat bende tu, fail la. tak jadi"
Skang ni baru aku faham apebende yang mak aku buat. Aku takpasti apebende tapi mesti rawatan kesuburan. kalau setakat telan ubat, kenapa sampai warded? mesti IUI ke apa ni. Aku takde memory sgt, itu je yang aku ingat.
Masa aku kecik2, ramai orang suke tanya aku "Taknak adik ke?"
aku mesti jawap "TAKNAK"
hahahaha, ape la masalah aku mase tu.
Aku baru sedar bile aku dah skolah rendah, dalam darjah 5, aku ditanya kawan aku
"kau tak boring ke takde adik? kat rumah kau main dengan siapa?"
aku terkedu dgn soalan tu sebab aku takde jawapan.
Kawan aku lak suke citer perihal adik2 dia. Yang dia jaga adik dia, dia mandikan adik, suapkan adik makan. Citer yang dia main2 dengan adik dia macam2 jenis game. main batu seremban dengan adik2. main congkak, main game, lepastu die tanya "kau kat rumah main sorang2 ke?"
peh baru la aku terasa mcm aku sampah gila sebab takde adik.
Aku bukan taknak adik sebab apa pun, sebab aku taksuke jadi 'kakak'
Kan biasenye kalau kite zaman skolah ni kite mesti ade 'adik angkat' ke apa kan.
Aku mana ada. Takpernah ada adik angkat. Kakak and Abang angkat ramai lah.
Sampai aku masuk asrama pun, ada budak siap 'mintak' nak jadi 'adik angkat' aku.
aku reject dia.
Wakhakahkaha..kesian dia. aku cakap "eh sy takreti la jadi kakak." in fact, bahasakan diri aku "Kak Jay" pun aku rase Super Awkward.
aku dapat adik masa aku umur 12tahun.
Dan kami 2 beradik saja. Itu sahaja adik yang aku ada.
Aku syukur sebab Allah beri aku satu-satunya adik :)
Baru aku tau rasa seronok ada adik. Mase tu aku marah diri sendri, kenapa la dulu aku selfish gila nak jadi anak tunggal. padahal bukannya aku ni anak tunggal mcm orang lain yang dimanjakan. Sumpah tidak.
Bila jadi anak tunggal kadang2, aku yang asik kene marah dan if anything goes wrong in the house, aku yang kena. Jadi time dah ada adik, aku syukur gila. Lelaki pulak tu adik aku tu. Dan aku masih awkward menggunakan perkataan "Kak" jadi aku mintak mak n bapak aku bahasakan aku as 'Along' kat adik aku. So takde perkataan "KAKAK" kat depan.
Hahaha..terok betul aku ni.
Bila melihat orang lain ada adik ramai, baru aku sedar time tu, aku yang mintak taknak adik. Sebab tak suke jadi kakak.
Mengong.
Aku dari kecik pun stress dengan soalan "Bile nak dapat Adik?"
Tapi ye la aku kan kecik lagi, sumpah takde idea nak jawap ape.
Aku sampai pernah tanya mak aku "Ma, ape nak jawap kalau orang tanya bile nak dapat adik? memang semua org kene ada adik ke??"
naif sungguh soalan.
Mak aku jawap "Bagitau dia, Doakan la saya dapat adik cepat2"
Aku buleh lak tanya balik "kenapa kena cepat2 dapat adik?"
Aku takfaham mase tu.
Mak aku pun diam. Agaknye dia pun pedih bile aku tanya balik macam tu.
Dan soalan yang seLALU sangat kena kat makbapak aku dulu ialah
"Anak dah berapa? Satu? SATU JE? CUKUP KE?"
Serious aku SANGAT INGAT soalan ini. aku rase selama 12tahun jugak aku dgr soalan ni.
Aku teringat jiran aku, tak ingat namenye Auntie apetah. Dia 10tahun takde anak. mase tu la. Mak aku citer "auntie tu kan, 10tahun tau takde anak"
"kalau mama? berapa tahun?"
"mama 4tahun baru dapat awak. Lama jugak tu tapi tak la lame mcm auntie tu. 10tahun lagi lama banyak dugaan dia"
Aku tak faham sangat, aku oOOO je.
Then mak aku rajin la 'pinjamkan' aku kat auntie tu, aku pun suke sbb kat rumah auntie tu byk sweets, chocolates, video games. :P auntie tu mmg baik la dgn aku smpai selalu cium2 aku, macam anak dia sendiri.
Baru aku faham la skang, 10tahun kot takde anak, mesti la rasa teringin yang amat kan.
Dia pernah bawa aku pegi shopping complex belikan baju2 semua.
Dia masakkan aku lauk sedap2. Dia suapkan aku makan (walhal mak aku pun taksuap aku makan, aku makan sendri beb) Tapi sebab die teringin sangat agaknya.
Suami dia je macam kurang sket dengan aku mUNGKIN aku bukan anak dia atau entah? Aku mase tu takfaham nape suami dia mcm layan tak layan je dgn aku.
Tapi ye lah, naluri keibuan org perempuan ni lebeh kuat kan.
Pernah satu hari Auntie tu pandang aku lame2 dan menangis. Aku gelabah betul mase tu sebab aku ingat aku ade buat die marah. Mesti dia fikir pasal anak sendiri entah bila nak ada kan :(
Bile aku dah masuk skolah rendah, kami pindah ke Taman yang lain, dan aku ingat lagi mase aku darjah 2 ke 3 tah, mak aku ckp kat aku "Ingat tak auntie yang duk sbelah umah kite tu? Die dah mengandunggg!!!! Alhamdulillahhhh!!!"
Yang aku pulak "ooOO..........."
takde perasaan. HAhahaha! ye la ape la yang aku faham kan mase tu!
Mak aku EXCITED GILA siap hari2 gitau bapak aku, hari2 die mcm asyik mention pasal tu. Ayat yang aku ingat "Ya Allah, 12tahun akhirnya dapat jugak!!!"
Aku mmg blur. Aku tak faham istilah 'dapat jugak' tu.
Masa Auntie tu dah bersalin, memang kami satu family visit dia kat taman yang lama tu sebab nak tengok baby dia. dia dapat girl :)
Dah lama lepastu mak aku dah lost contact dengan auntie tu so taktau ape perkembangan die skang.
Satu lagi benda yang aku teringat, masa aku darjah 3 ada orang tanya, "Mak awak umur berapa?"
"37"
"37? tipu lah! Takkan dah 37 anak baru 9tahun.?"
Aku takfaham gak istilah tu. Mase tu mak aku join team netball rukun tetangga, aku tunggu mak aku tepi padang dan aku ditanya soalan tu oleh satu makcik ni.
Lepas mak aku main netball, dia tanya lagik kat mak aku.
"Pah, awak dah 37tahun ke?"
"iyeee"
"laaa....kenapa lambat beno nak dapat si Jihan ni? dia dah 9tahun!? udah tu, ni sorang je ke?"
"iye kak sorang je baru ada"
"Laaaa.......sorang jeee? kesian laa dia ni takde adik!"
Aku memang blur. Aku takpaham ape makcik tu maksudkan.
Yang aku ingat, mak aku balik menangis2 lepastu maki2 makcik tu kat rumah. Mak aku siap cakap dengan aku Lainkali ckp cakap ape2 dgn makcik tu lagi!
Aku sumpah blur.
Skang memang aku dah faham.
Hish! If i could get back to that moment aku nak cili2kan makcik tu!!!!!!!!
Doraemon! Pinjam mesin cahaya masa!!!
*kidding*
Mak aku sendri banyak betul lalui dugaan TTC ni dulu even dah dapat aku pun dia masih terima azab soalan2 begitu. Mak aku mesti seorang yang sangat kuat kan. Melihat adik-adik ipar kawin lepas dia dan beranak, melihat kakak dia yang no 3 yang tiap2 tahun beranak...Ya Allah, sekurang2nya aku ni takyah compete dengan adikberadik sebab aku ada sorang je adik itu pun die masih sekolah.
Mak aku? adik beradik dia ramai, adik beradik bapak aku pun ramai.
Aku baru sedar sbenanye mak aku dulu sangat strong.
Mesti dia pun invent macam2 ayat2 positive utk support diri dia kan?
Kalau kita skang ni untung lah ada internet, ada facebook boleh update status2 utk meluahkan perasaan, ada blog untuk meluahkan perasaan.
Mungkin mak aku ada diary kot? Heheh. Tapi kesian la orang dulu2 TTC, maklumat semua kurang.
TV pun ada 3 channel je. Yang ada cuma dokter pakar.
Mungkin kalau dapat la mak aku cakap kat aku time ni, mesti dia kata
"Ha macam ni la mama rase mase nak dapatkan kau"
hehe.
Yang tak bestnya, Allah dah ambik mak aku sebulan lepas aku kawin. Jadi nak share experience TTC ni memang takdapat. Tapi mungkin ada hikmah sebab Allah nak aku belajar sendiri.
Aku conceive pun betul2 sama dengan mak aku iaitu 3tahun 8bulan lepas kawin.
Memang Allah nak aku belajar sesuatu.
Allah sayang mak aku teramat sangat jadi dia taknak burden mak aku dengan memikiran prob aku yang lama tak conceive agaknya.
Agaknya.
![]() |
| Mama during my Akad Nikah day 3 Jan 2009 |
Alfatihah utk mama, esok (7 February) genap 4tahun dia meninggalkan kami.
Aku tahu Allah dah tempatkan dia di tempat orang2 solihin. :)
Aku tahu mak aku bahagia disana :) Dan dia mesti dah happy sebab aku dah learn my lesson a lot during TTC.:)
Harap semua boleh be strong macam mak aku.

ala jay, sedehnye cerita ni... huhuu.. sy rasa orang dulu lagi azab nak menanggung semua soalan dan invent jawapan kalau nak compare dengan zaman kita-kita ni.
ReplyDeleteada hikmahnya untuk semua. al fatihah untuk mama awak..
:)
isk isk..sedih pula..sambil taip mesti dah sedu sedan...anyway Jay, ambil semangat arwah mak u kay!
ReplyDeleteNissa: hehe mana ada sendu! :P i taip sambil senyum la :D sbb i know ni smua my mum's spirit yg ada kat i ni :) niat nak bagi smangat kat TTCians lain je ;P hehehehh
ReplyDeleteduh, terharu nya.. mungkin ada hikmah disebalik semua ni berlaku. Mak Jay mmg kuat ! Yana Doakan dia tenang disisi Allah swt
ReplyDeleteNo wonder u pun strong, jay. :) insyaAllah, mama u ditempatkan di kalangan orang yang beriman, i doakan.
ReplyDeleteP/s: ur mom tinggi ek. Patutlah main netball :)
Jay, terharu plak baca ur entry ni.. :-( ..al-fatihah buat arwah mama u dan semoga Allahyarham di tempatkan di kalangan para solihin...ameen.
ReplyDeletethanks smua doakan, aminn.
ReplyDeleteanis: hak ah agak tinggi sbb die keturunan arab..sharifah2 ni la. i pulak tak ikot mak i lansung. i ikot blah bapak i sbb tu kenit je. blah bapak i byk petite2 :P hehehe.
Jay,
ReplyDeleteMy mum sejak sakit-sakit ni, selalu sebut bila nak dapat cucu (dari Yani)sebelum tutup mata, kadang-kadang terdiam tak tahu nak jawap apa, kadang-kadang rasa down sgt. Eventhough dah ada 16 orang cucu dari adik beradik Yani, she still mengharap dari Yani. Hai...ni pun dah meleleh airmata depan pc...
yani..itu lah i pulak mase my mum sakit kuat before die meninggal (look at her pic above, kurus gila kan?) she suffered a lot for 5years, mcm2 penyakit including penyakit misteri. dia sbenanya gemok sihat, 65kg mcm tu, look at her pic before meninggal, tinggal mcm tu je badannya. she was 28kg je dlm gamba ni :( my mom slalu ckp, cepatlah kawin, nak dpt cucu. bile i dah kawin, dia meninggal pulak 1months later, i mmg down teruk mase tu sbb dah la dpt rasa ada menantu pun sebulan je, (my hubby pun sedih sbb dpt rasa ade mak mertua sebulan je) then cucu pulak taksempat pegang. but i always thought that dia sentiasa ada dlm hati i :) tu yg bawak semangat dia smpai skang. jgn sedih k yani, bukan doakan ke apa ni tapi IF la ur mum tak pjg umur dan taksempat pegang anak u, percaya lah, dia dah pegang dah anak u sbenanya di Alam yg lain. sebelum ditiupkan ke rahim u. itu yg i fikir selama i TTC, kononnya mak i dah tgk cucu dia sebelum ditiupkan roh ke dlm rahim i :) so i takrasa ralat sgt bile pikir mcm tu.
ReplyDeleteHoi jay....buat Yani melalak lagi kuat la ayat jay ni.Cesss.... --> jgn sedih k yani, bukan doakan ke apa ni tapi IF la ur mum tak pjg umur dan taksempat pegang anak u, percaya lah, dia dah pegang dah anak u sbenanya di Alam yg lain. sebelum ditiupkan ke rahim u.
ReplyDeleteerk sori yani bukan nak bagi sedih but what word should i tell u? apa2 pun yg jadi mesti percaya Allah. i doakan ur mum panjang umur, but bukan sbb semata2 kite nak dia sempat pegang cucu, tapi sbb supaya dia sihat dan supaya allah beri peluang hidup lebih lama utk kumpul amalan. jgn jadi mcm i, mase mak i sakit, i asik doa ya Allah jgn la ambik mak aku! aku belum kawin! sekurang2nya beri lah peluang mak aku tgk aku kawin! Allah makbulkan. sebulan lepas kawin mak i meninggal. sbb dah i doa nak die tgk i kawin je. so i taknak kalau u mintak mak u panjang umur tu disebabkan nak dpt cucu. faham maksud i tak? doa ur mum semoga cepat sembuh, supaya Allah pinjamkan ur mum lebih lama k. mcm nenek i, asik ckp kat i ni nak tunggu die mati baru nak beranak ke? i pulak doakan dia pjg umur bukan semata2 nak pegang cicit, tapi sbb mmg nak dia panjang umur, supaya i ada nenek dgn lebih lama. hope u get what i mean n i dont mean to make u feel sad. ur mum hidup lagi, okay, doakan kesihatan dia always :) doa anak lebih makbul. i ni jarang doakan mak i mase die hidup :(
ReplyDeletealfatihah utk mak ko jay.
ReplyDeleteyani, i bukan siapa2 nak tenangkan org pasal hidup atau mati yani. semua yang hidup pasti akan mati. kita ni smua akan mati. kite kena redha kite ni semua milik Allah, suami kite, bapak kite, mak kite, semua milik Allah. so sorry if i hurt ur feelings, takde niat lansung. insyallah ada rezeki u, ada la rezeki mak u utk pegang cucu.
ReplyDeletesekurang2nya, u got ur mum during TTC. i dont.
jay, u silap faham ayat yani tadi...i'm saying it in humor tone actually...yani faham maksud jay tu,jay cuba nak comfortkan yani...thanks alot actually. don't worry, i won't misintrepret your words. ;)
ReplyDeleteoh lupa nak ingatkan, yani org melaka...cakap bergurau selalu org ingat marah..hehe!
ReplyDeletehaih! i dah gelabah la takot ayat i tadi buat u meraung pulak! :P naseb baik la bergurau ;P ape2 pun u faham kannn maksod i apa. dulu byk berfikir lah yani. TTCian ni kan byk berfikir apa saja asalkan dpt tenangkan hati :P
ReplyDeleteyup, noted sgt2, and u know what....that phrase relieve yani skrg. in shaa Allah.....kadang-kadang time down ni, ayat-ayat semangat macam ni la most wanted. Tq Jay!
ReplyDeleteglad u're relieved. anyway ini lah post yg i fikir psl mak i dulu tu. http://findingtwolines.blogspot.com/2010/06/blog-post.html
ReplyDeleteyg buat i tenang. kdg2 time terlalu sedih pandai pulak i create something that can make me smile :P
Jay,
ReplyDeletebergenang airmata baca entry. huhuhu. al-fatihah buat mama.
bila baca entry ni, Ai rasa mcm Ai ni adalah jiran Jay tu. cuma jiran Ai tak pinjamkan anaknya sebab jiran ade bibik yg jd pengasuh.
umah sebelah ni ade 3 org anak pompuan. along baru 7tahun, angah baru masuk tadika, bongsu baru setahun lebih. tapi Ai lebih close dengan si angah sebab angah rajin menegur. kalau dia tengah main tetiba Ai balik umah, mesti dia panggil,
"aunti baru balik ke?" sambil berlari ke pagar sempadan rumah kami.
gile petah betul si cilik tu. kalau dia nak pegi tadika and nampk Ai kt luar pun dia tegur. dan selalunya mmg Ai suka nak blikan si angah tu jajan kalau keluar gi mana2. hihihihi
Jay, mak u mmg sgt2 strong... Al-fatihah utk mak jay...
ReplyDeletejay.. . speechless i baca .
ReplyDeleteTq sgt sgt for this post. Selama ni bace senyap senyap je. Tapi this post sgt bg semangat. Al fatihah untuk mak Jay ye.
ReplyDeleteErm, sy ade satu patient yg setiap bulan jumpe saye untuk review (erk, i m not a doctor but some sort in medical line too). Pt ni ade multiple health problems. His wife also suffer a disease. Suatu hari, dia ada sebut tentang anak dia --- tapi yg paling saya terkedu dgn ayat pt ni.
"saya igt saya tak dpt anak dah. Tapi lepas 7 tahun dapat jugak.. Maseh sekolah lagi."
I kinda memahami perasaan pt tu walaupun tempoh TTC saya mase tu belum pun setahun.
Hopefully i can be strong like you guys. Dan semoga Allah kurniakan rezeki untuk kite yg maseh menunggu. Btw, congrates mommy2b Jay!