Charity ni sebenarnya kena masukkan dalam usaha TTC anda.
Aku dah lama nak share tips ni tapi aku taktau macam mana nak cerita.
Aku takot orang kata aku riak pula.
Kali ni aku share sumpah bukan nak riak atau menunjuk-nunjuk.
Aku cuma nak remind sesuatu yang MUNGKIN kita terlupa.
Dalam usaha TTC ni kita lebih banyak fokus dekat diri sendri (dan suami).
Fokus cari klinik2 atau hospital2 yang ada treatment kesuburan.
Survey sana sini, makan pelbagai supplement, usaha semua benda yang berkaitan dengan zuriat.
Berdoa siang malam, untuk dapat zuriat.
Takpernah berkira wang ringgit, tak mengapalah asalkan dapat zuriat.
Asalkan berjaya mengandung.
Ada satu benda yang kadang2 kita tertinggal.
Kita terlupa orang yang lebih memerlukan bantuan.
Kita terlupa orang yang jauh lebih susah dari kita.
Sambil2 TTC ni sebenarnya kite perlu sangat-sangat bantu orang yang lebih memerlukan.
Golongan susah. Seperti: Anak-anak yatim, Anak-anak fakir miskin, Warga Tua, Orang-orang OKU, Anak-anak HIV, Anak-anak Kanser, dan banyak lagi.
Dari awal aku TTC, makcik aku (mak kepada cousin aku yang suggest buat Mind-Power for Fertility tu) pernah bagi tips ni. Masa tu tahun 2009. Tapi agaknya aku ni tak konfiden.
Aku tak pernah pegi rumah2 kebajikan selama ni jadi aku macam ade perasaan nervous ke hapebenda tah?
Kata makcik aku, "Pergilah jenguk anak-anak yatim, sedekah apa2 yang patut. Baju-baju ke, Beras, barang-barang makanan.
Bila kita tengok anak-anak yatim ni, kita akan insaf."
Aku tak faham ape yang perlu aku insafkan sebenarnya mase tu. Memanglah, mereka tu tiada makbapak semua, tapi apa kaitan dengan aku yang TTC? (gila bangang benda mcm tu pun aku takleh pikir)
Dan aku takde usaha pun cari rumah-rumah anak yatim sampai la tempat kerja aku sendiri yang anjurkan lawatan ke rumah anak yatim. Aku super excited sebab ada peluang ni! Beriya2 aku daftar nak join, tapi takde rezeki, lawatan tu dibatalkan atas sebab ape tah! Bengang gila! Tapi organizer yang suggest lawatan tu beri peluang orang2 yang nak pegi tu hantar barang2 yang nak disedekahkan.
Jadi aku pun beli lah macam2, aku tengok kat list barang yang diorang perlukan tu, banyak jugak barang2 yang takde. Kesian, kita ni semua benda ada. Diorang jangankan kate baju, beras pun tak cukup :(
Perasaan lepas beli barang2 untuk anak-anak yatim tu walaupun takdapat jumpa mereka, aku sangatlah lega dan happy.
Setiap tahun pulak tu tempat keje aku buat, selalunya bulan puasa. jadi time tu la aku rebut peluang ni.
Bila gitau makcik aku, die marah gak sebab die kate "Orang suruh ko pegi!!! Pegi rumah tu pegi tengok!"
:P adoihai apebenda lah aku ni takde effort mase tu?
Memang betul lah setakat sedekah macam tu je, perasaan insaf tu tak datang pun, maksod aku, aku belum dapat mendalami lagi ape maksud INSAF yang dikatekan.
Sebab takdapat berjumpa dengan orang2 itu. Takdapat tengok life diorang macam mana.
Macam mana tempat tidur diorang? Apa yang diorang makan? Semua tu aku takleh imagine.
Sampai la bulan puasa 2011, geng-geng akustik yang aku join mase tu (AKAR Shah Alam) - AKAR ni pertubuhan untuk anak-anak seni, jadi time tu aku kan kunun nak lupekan sangat stress TTC ni, aku ada la join kugiran2 syok sendri dengan band aku. hahah! Yang bagusnya group AKAR ni, diorang RAJIN sangat buat charity. Macam-macam charity lah diorang anjurkan. Jadi aku ni baru la terhegeh2 nak bukak mata untuk join aktiviti charity.
Barulah aku faham ape maknenye aktiviti charity ni.
Mereka buat lawatan ke Rumah Warga Tua dan OKU Nur di Titiwangsa. Aku pernah cerita dulu dalam blog ni dan aku ade janji nak share gambar2 semua. Tapi aku lupa -__-
| Entrance ke Rumah OKU Nur |
| Perkarangan Rumah Oku Nur |
| Masa kami baru sampai, kumpul barang2 yang nak disumbangkan |
Rumah tu dijaga oleh seorang penjaga, namanya Kak Normah.
Dalam rumah tu ada lebih kurang 15 orang tua (yang tak semuanya normal, ada yg OKU), dan 5 6 orang anak-anak OKU.
Tapi masa kami datang tu tak semua warga tua ada, kata Kak Normah, ada yang anak-anak orang tua tu ambik every weekend, weekdays hantar balik (OH ADA ANAK RUPANYA?!).
Bila dengar kak normah kata macam tu, aku terfikir, kenape letak makbapak kat situ :(
Walaupun ambik time weekend pun? Kenapa?
Kita tua esok kalau anak-anak kita buat macam tu macam mana???? :(
Ada kawan-kawan aku yang belum masuk pun rumah tu terus berderai air mata.
Sayu tak tau nak cakap apa.
Aku ni konon brutal lah tahan nangis lagi.
Orang2 tua kat situ, macam SUKAAAA sangat kitorang datang as if dah lama takde orang visit diorang.
Ada yang berwheel chair, ada yang berwayar2 kat idung, ada yang nampak sihat tapi muka tu nampak sangat lonely. Dan bila kami ni bersalam dengan orang2 tua tu, diorang siap peluk kitorang. :(
Sayu yang amat.
| Kawan2 aku, Cici dan Wani (tengah tu Nana-penghuni Rumah Oku) |
| Nana - yang tengah2 |
Nana ni berumur 25tahun, tapi kata K.Normah, dulu dia normal. Dia normal sampai la mase die umur 18tahun, dia terjatuh dari tingkat 2. Saraf otak dia macam ada yang terputus mengakibatkan dia cacat mental, gagap bercakap dan mata dia macam juling sikit :( Tapi Nana sangat peramah, biarpun dia susah nak bercakap, gagap dan sangat perlahan, dia bersemangat nak bercerita macam-macam dengan kitorang.
Yang paling sayu dia asyik nak peluk kitorangggg je. Macam RINDU, padahal takpernah jumpa kami pun :(
SUMPAH SAYU.
Aku malu gila-gila mase tu kat diri sendri. Tahun 2011 memang tahun aku sakit hati dengan TTC, sakit hati betul dengar berita pregnancy. Sakit hati bila tengok baby orang. Bila datang tempat tu aku rasa macam kena himpap.
Macam, YA ALLAH apa nak jadi dengan aku ni?????? Orang-orang di depan mata aku ni lagi unfortunate dari aku! Yang aku ni, tak habis2 nak mintak anak dari Allah. isk..
:( Ok, aku dah faham kenape makcik aku suruh PEGI tengok sendiri rumah2 kebajikan ni.
| Dapur Rumah OKU Nur |
Sayur2 yang dah busuk...beras2 yang dah hapak yang penuh kutu beras, biskot2 banyak yang dah expired, kata Kak Normah, kadang-kadang bile dah takde makanan, diorang bedal je makanan2 expired tu :(
AAAaaa! Nangissssss
Dapur tu takde orang kemaskan before ni sebab kak normah tak terdaya nak buat sorang. Jadi kami satu group pun bersihkan lah, banyak gila barang expired :( kami tanya, kenapa tak makan benda ni mase masih elok? Kata k.normah, kadang2 orang2 yg bagi barang2 tu memang dah expired pun.
Eyyy sape la tak bertanggungjawap nak sedekah pun sedekah la yang elok2!!
Kata kak normah, nak buat macam mana orang bagi kite ambik je. Apa yang ada, makan. Rezeki jangan ditolak. Erkkkk.......terbayang diri sendri yang kadang2 membazir makanan..asyik makan tak habis. Aaa! :(
| Dah beli makanan untuk berbuka bersama penghuni Rumah OKU Nur |
| Sebahagian penghuni Rumah Nur (dua yang dibelakang tu dah meninggal hujung tahun lepas) |
| Saat kami membahagi2kan pakaian untuk penghuni2 Rumah Nur |
| Nama-nama penghuni Rumah Nur |
Ok bergenang dah air mata aku. Aku ni hari2 makan luar, kalau masak pun kemain aku nak ayam saje, serba-serbi cukup lah nak makan ape semua boleh beli. Cepat2 lah kawan-kawan aku yang lain ni pergi bazar Ramadhan belikan makanan yang sedap2 yang diorang guna duit yang kami kumpul tu.
Nana tanya kawan aku Wani tu, "Kakak, kakak....dah..kawin?"
Wani cakap "dah, tu suami kakak"
Nana terus pegang tangan Wani dan kata "Semoga...kakak bahagia sampai akhirat ya..(menadah tangan pulak lepastu) ya Allah, kekalkanlah jodoh mereka hingga akhirat...aminnnn"
| Nana kiss Wani! :D |
AAAAAAAAaaaaaaa nangis lahhhh (aku masih menahan2 lagi konon kontrol macho ni aku ni) wahaaha!
Then dia tanya aku pulak soalan yang sama. dan, soalan cepumas
"kakak..ada...anak?" (baca dalam intonasi gagap dan slow)
Disebabkan NANA yang tanya, aku memang tak kecik hati lansung. Aku senyum dan jawap "Belum lagi lah nana, nana doakan ye?"
(Serta merta menadah tangan)
"Ya Allah...berikanlah anak kepada kakak ni..aaa...name kakak siapa?"
(AKU KONTROL NANGIS)
"err...Jay"
"Kepada..Kak Jay....aminnnn"
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
ok terus nangis.
hilang macho.
-__-
| Kawan aku Cici yang takboleh menahan sebak dah. |
Kalau nak cerita semua benda pasal rumah NUR ni memang takkan habis. Kami berkali2 gak ke rumah tu, lepas raya ada datang, raya haji ada datang lagi, skang ni diorang dah pindah rumah tapi kawasan yang sama di titiwangsa jugak, pun kami datang utk tolong mereka pindah-randah. Seronok bila atok2 kat situ dah kenal kami :) Tiba2 teringat nenek sendiri yang dah lama meninggal. Tiba2 teringat arwah mak aku. Haih, macam2 perasaan lah bila pergi rumah macam tu :(
Jawapan diorang semua "Ada. 4 orang" "5 orang" atau "6 orang"
Takde sorang warga tua pun jawap takde anak. Semua ada.
Aku nak sangat tanya kenapa anak diorang letak diorang kat situ, tapi aku takot aku dah buat diorang sedih. Tapi makcik2 tu akan cerita sendiri "Hm..anak saja ramai dik..semuanya takboleh nak jaga..maklumlah diorang tu ada kerjaya...semua kerja hebat2...mana ada masa jaga makcik yang sakit ni"
Erkkkk
Ada makcik sorang lagi ni pulak kata "Anak makcik yang bongsu je rajin datang jenguk makcik. Dia takboleh jaga makcik sebab dia pun sewa bilik je. Anak2 yang lain semua oversea"
:(
Entahlah. Kadang2 aku taktau macam mana nak cakap.
Aku pernah berdoa pulak time tu, kalau aku ditakdirkan ada anak tapi anak tu masukkan aku ke rumah orang tua bila aku tua, jangan bagi aku anak Ya Allah!
Sampai begitu -__- sebab aku marah sangat.
Cerita pasal anak-anak OKU pulak, kak normah kate kadang2 mak diorang yang taknak jaga :(
Yelah mungkin tak tahan dengan perangai anak OKU yg super hyper.
Kalau nak pegi shopping pun sempat drop anak OKU tu kat rumah tu sebab diorang taknak bawak.
Kak Normah ni pulak memang kerjanya membela semua orang2 tak bernasib baik ni. Dia cakap dah lama dia impikan nak jaga orang2 tak bernasib baik.
Ya Allah murni nye impian mcm tu..
![]() |
| Kami nak balik dah mase ni! :) |
Macam2 expenses diorang, termasuk bil api air semua, makanan, pampers2 orang2 tua, susu tepung untuk orang tua yang diabetic, macam2 lagi.
Korang kalau taktau mana nak start buat charity, boleh google list of rumah2 kebajikan. Mana yang hampir dengan rumah korang tu, boleh la korang jenguk dan sedekah apa-apa yang patut. Kata makcik aku, banyak sangat kelebihan melawat rumah kebajikan ni. Makcik aku suruh aku buat sebab keluarga aku ni ramai yang susah conceive, tapi lepas rajin buat charity alhamdulillah conceive. Maybe mindset pun tukar, hormon badan pun positive, semangat jadi lain.
Ataupun it just meant that ALLAH nak kita beringat, ada yang lebih susah.
Mereka perlukan bantuan dan doa2 kita.
Percayalah, lepas pergi rumah2 ni, korang lebih bersemangat nak TTC dengan lebih positive. Sebab apa? Sebab korang dapat tengok yang ramai orang ada serba kekurangan. Semua orang dalam dunia ni tak perfect. Setiap orang diuji berlainan cara.
Baru kita perasan, ujian kat kite ni kecik je. Tak besar mana pun dibandingkan dengan oranglain.
Goodluck doing charity :) Have Fun!
Minta maaf lah kalau anda salah faham dengan entry ni, aku takde niat lansung nak bangga sebab pernah buat charity, aku rasa malu ade lah sebab sebelum ni takpernah langsung nak buat :( Aku nak ajak korang semua pun rajin-rajin lah buat amal, korang akan rasa seronok sangat :)
Tips: taktau mana nak mula? Boleh pegi kat maybank2u atau CIMBClicks and tengok list2 Rumah Kebajikan yang ada bawah list utk kita transfer duit tu. katsitu ada nama2 rumah kebajikan.
Ini blog Rumah OKU Nur.http://pusatjagaanokunur.blogspot.com/
(More pics and infos there)
Few blogs yang review tentang rumah ini
http://totcupcakes.blogspot.com/2012/07/sepetang-di-oku-nur.html
http://devidalildevil.blogspot.com/2011/05/need-help-pusat-jagaan-titian-oku-nur.html
.jpg)
.jpg)
Meleleh air mata Yani masa baca entry ni Jay....tsk tsk tsk!
ReplyDeleteinsaf jap bace entry ni..rase touching jap bila bace tang nana tye ade anak k x?..hurm, dorg ni doa makbul skit sebab xde dosa mcm org normal..
ReplyDeleteYani: hm..kalau pegi sendiri lagi meraung yani. serious..terus lupe keadaan kite yg TTC ni. terus terbayang kalau nasib dah tua jadi mcm tu :(
ReplyDeletelittle monster: hmm tu la kdg2 doa diorg ni makbul. u should see for yourself sbenanya, sambil2 sedekah tu borak2 dengan diorang, kesian diorang tu semua sunyi. one more thing about nana: she was abandoned by her parents once jadi mcm tu :( taksilap i mak atau bapak die dah meninggal kot, then one of them left her there. mcm tu la yg diorg cerita kat i. sedih kan :(