February 28, 2013

PCOS is getting more common now. What to do?

Makin lama aku rasa makin ramai yang kena PCOS.

Kenapa la agaknya puncanya eh?

PCOS is not a virus and its also not cancerous. Tapi kalau tak treat memang boleh jadi lagi teruk.
Dulu zaman aku baru dapat tau aku ada PCOS, doc cakap every 1 of 40women akan kena.
Sekarang 1 of 15women.

Mula-mula I believe that PCOS is genetic.
Dr Delaila kate PCOS ni faktor keturunan.
But NOWADAYS, I don't think all PCOS-er berkait dengan keturunan.
Sbenarnya the major reason is PEMAKANAN & LIFESTYLE.

Don't agree?

I tried to change my pemakanan and of course lifestyle during my struggle to fight PCOS.
Mula-mula macam malas gila nak tukar pemakanan.
Kalau korang susah nak tukar pemakanan tu aku faham. Memang susah nak deal dengan nafsu makan kite ni. Aku sendiri pun susah nak kontrol. Aku cuba dari 2010, aku berjaya ubah betul2 tahun 2012.
Nak ubah pemakanan ni effect emosi kite jugak, sebab bile kite try nak ubah, baru nak konsisten je, tibe2 period tak datang2, ATAU period asik datang je (meaning: NOT PREGNANT)
Jadi kite akan cepat giveup dan bagitau diri sendri: AH! BAIK AKU MAKAN JE APE AKU NAK!
BUAT PENAT JE PANTANG ITU INI! ORANG LAIN MAKAN SEMUA BENDE! LEH JE PREGNANT! (penah cakap mcm tu kan kan kan? ngaku laa) heheheheh :P

I know how that felt, sebab aku pernah rasa.
Benda paling susah nak lawan ialah aku dulu ADDICTED to nescafe.
Addicted tahap gaban punya. Kalau takdapat, rasa macam nak mati.
Macam orang gian heroin tu.
Macam tu lah aku ketagih nescafe.
Sehari aku minum minimum 4 gelas nescafe.

Bila dah masuk keje baru, ada 3in1 lak kat office, so HARI-HARI aku bedal Nescafe 3in1 tu.
Diulangi, HARI-HARI.

Kat sbelah ni ada ticker aku berjaya stop nescafe baru berapa bulan.
3 bulan aku stop nescafe dan aku conceive.

Ha sape yang addict caffein tu sila cuba berhenti sekarang kalau anda PCOS dan TTC.
Susah? Memang susah. Sama macam orang nak berhenti rokok.
Aku rasa terseksa jiwa dan raga dan batin. hHAhaa!
Mase stop tu, migrain, demam, nak pengsan, mengantuk all the time, menggigil, macam jatuh bangunan, Eh macam-macam lagi perasaan yang ridiculous.
Mase bulan puasa ini lah yang aku kene tanggung dulu tapi dah bukak puasa tu leh teguk banyak2 nescafe kan? Abeh nak TTC ni camne kalau dok telan caffein?

Aku tak caya mule2. Sebab ramai kawan aku yang minum nescafe setiap hari tapi boleh pregnant.
Rupenye diorang minum 1 cup a day je. Aku 4-5gelas :P

Macam mana aku leh tetibe stop betul2?
Last May 2012, ada satu kompeni jual produk bersihkan darah guna pil herba apebende tah. Datang tempat keje aku utk promote produk tu.
Tak, aku tak beli produk tu pun. Aku cuma bayar RM10 untuk buat test darah. Dia ada bawak satu machine ni siap dengan monitor untuk 'teropong' saluran darah kite ni bersih ke tidak.
Kite kena letak jadi je bawah machine tu, die somewhat like microscope la. Then kat skrin tu akan keluar saluran darah kite. Sbelum turn aku, ada officemate ni buat, so dlm skrin tu leh nampak saluran darah dia berjalan, kalau ade kotor2 kite leh nampak dari situ.
Bile turn aku, saluran darah aku TAKNAMPAK LANSUNG tapi penuh dengan satu benda habuk2 macam kaler hitam. Orang tu cakap Ini name dia toksik!
Soalan pertama dia : Awak minum nescafe eh?
Aku jawap: Errr.....minum.
Die senyum dan kata "Pemakanan awak teruk sangat ni sampai saluran darah awak pun saya tak nampak. Haid awak normal?"
Aku: Tak lansung.
Die kate "Sebab saluran darah awak pun tak bersih ni"

Ada benda kuning2, silver2, aku tanya itu semua apa?
"Ini lemak tepu. Awak banyak makan fast food, kalau makan ayam, kulit ayam tu yang awak suke. betul?"
ERRRKKKK

Jadi bile menyaksikan sendiri saluran darah sendiri yang TERUK GILA tu. Aku macam TRAUMA.
Mindset aku bile nak minum je nescafe aku terbayang saluran darah aku yang dah BLOCK teruk. Patot la aku selalu pening!

Orang tu suruh beli herba yang dia jual tu (Tak ingat ape ke name die tah)
Agak pricey botol kecik pun RM200. Aku takbeli.
Tapi aku check Ingredient dia.
Ada Wheat Grass, Avocado, dan ape tah lagi.

Sebab tu aku balik tu aku buat research on Avocado, dan timbul idea nak buat Avocado Smoothie.
Avocado & Wheat Grass ni agent terbaik untuk detox sebab die bersihkan saluran darah, usus, dan toksik2 dalam badan.

My last TVS before i quit nescafe, my ovary was like this:


Yang "MY Polycystic Ovary" tu aku edit sendiri dari gamba sebenar. Ha itu lah rupe PCOS aku.
Memang sangat teruk. Sampai doc takleh kira brapa biji telur yang TAK MATANG ada dlm tu. Geli kan?
Itu baru gamba edit je, bukan gamba sebenar dari TVS. heheeh..kalau tgk yang tu lagi geli.

Bila tengok ovary aku macam tu, Doc kata "What medicine to give u aa? U teruk sangat la? U buat IUI je lah!!"

Nak buat IUI apebende kalau ovary tu rupe mcm tu? Nak buat IUI pun mesti la kena makan ubat utk stimulate ovary dulu, Untuk check telur berapa besar smua. Kalau dah mcm tu la rupe ovary, memang takkan ada telur yang matang lah! Lagi nak proceed IUI apebenda?

Jadi, I did change my pemakanan.
Yang baru dapat tau ada PCOS tu, jangan sedih or gelabah sebab penyakit ni SUNGGUH COMMON skang ni. Sebab pemakanan kite zaman skang ni teruk.
Almost EVERYTHING is processed.
Kalau minum susu lembu, lembu2 semua dah inject dengan growth hormones. Sebab tu lah disyorkan untuk minum susu kambing sebab kambing tidak disuntik growth hormones. Ini pemilik ladang kambing la cakap.
Ayam pulak kalau boleh cari lah ayam kampung sebab tak disuntik.
Go for organic food.
Go for brown rice.
Makanan sihat ada banyak tapi kite yang taknak makan sebab bukan lifestyle kite. Betul tak.
MESTI CUBA ubah.
Aku dah suggest tips2 ni kat SINI, SINI dan SINI.

I'm free of fertility drugs for 1 year after knowing my ovary looks like the above picture. Dengan tukar pemakanan, Alhamdulillah dengan izin Allah aku berjaya conceive naturally (within 1 year)
So memang lambat sikit lah, ada yang cepat, ada yang lambat. Depend kat kekuatan diri kite nak maintain pemakanan tu. Better ubah sekarang dari tangguh2. Sebab effect nya agak lambat tapi kite bebas dari drugs.
I'm not againts the fertility drugs. Tapi bile terlalu banyak kite ambik, it wont do any good to your body.
(you know what i mean)

Kalau boleh, sbenanye aku nak sarankan TTCians yang ada PCOS untuk ubah pemakanan dulu, bukan buat macam aku buat dulu, sumbat segala ubat yang boleh, dengan harapan period normal+telur matang+pregnant. Kadang2 badan kite akan penat kalau terlalu banyak drugs yang masuk.
Maksud aku bukan lah aku kata Clomid tu salah, IUI tu salah, whatever. Itu salah satu usaha moden.
Tapi kalau dah lebih 3 kali pun taknampak perubahan, better jangan proceed to what the doctor suggest. Aku tak cakap aku lebih pandai dari doctor. Tapi korang kena faham ape 'tugas' doctor. They only consult you on 'medical', bukan natural remedy ke apa. Itu bukan keje doctor.
Kite leh fikir sendiri.
Pendapat aku senang, kalau badan belum sihat untuk 'carry' seorang baby, tuhan takkan izinkan kite pregnant. dan bagi aku itu ADIL.
Allah nak kite sihat sebab Dia nak kite have a healthy pregnancy and a healthy baby.
Jadi SIHATkan lah badan dulu.
Bila badan sihat, hormon pun sihat.

PS: aku penah share info ni dulu tapi mungkin ada new followers yang tak penah bukak entry lama2. It's aboout LOW FAT MILK & Fertility. Kena baca. Sebab, kalau kite TTC (especially PCOS-er) sbenanye kite kena minum full cream milk, bukan low fat. atau lagi bagus, Goat's Milk. Here's WHY Low-Fat Milk is NOT GOOD for our Fertility.

6 comments:

  1. entri berguna...thanks for the info....bagus bagi penerangan mcm ni...org yg tak tahu apa itu PCOS akan tahu secara detail....huhuhu.....

    mmg betul....kalau badan kita pun tak sihat macammana nak bawak satu nyawa lagi dalam badan kita ni...macam doktor tempat saya buat homepathy tu cakap...rumah (rahim) utk baby tu kena bersih dulu..baru lah baby boleh hidup dengan sihat kt dalam rumah dia tuh.....so..kena lah jaga kesihatan diri kita dulu.....

    ReplyDelete
  2. ye, saya pun addict to Nescafe 3in1 tu. husband pun. so, bila serius TTC STOP terus ! minum susu kambing .. sedap dan berkhasiat

    ReplyDelete
  3. Pendapat aku senang, kalau badan belum sihat untuk 'carry' seorang baby, tuhan takkan izinkan kite pregnant. dan bagi aku itu ADIL.
    Allah nak kite sihat sebab Dia nak kite have a healthy pregnancy and a healthy baby.
    Jadi SIHATkan lah badan dulu.
    Bila badan sihat, hormon pun sihat.<--- Setuju sangat2. Mula-mula dulu, Yani asyik fikir nak anak je. Hati macam tak pedulik dengan PCOS dalam badan ni, sebab otak terlalu fikir nak anak. Sejak berdiet ni, sendiri terfikir (macam yang Jay cakap ni la), macam mana nak mengandung kalau badan tak terjaga (makin gemuk, gemuk dan gemuk). Doktor pun tegur, belum mengandung berat badan dah 80kg lebih, kalau katakanlah mengandung nanti...nak ke berat naik sampai 100kg? Dengan penyakit sendiri lagi?

    ReplyDelete
  4. Yani: Yeah btul tu, sbenanye ramai org yg gemuk yang boleh pregnant, tapi mcm2 bende nak kena jaga (blood sugar, blood pressure) ada yang ok je time mengandung cuma kan lebih bagus kalau kite sihat dulu before pregnant. trust me bile pregnant pun, kalau kite memang dah asal2nya jaga makan apa smua, still jugak akan rasa sakit mcm2, salah makan sikit, gula naik/darah naik. ini apetah lagi kalau mmg takjaga makan dari awal kan? jadi its fair kalau Allah nak kite sihatkan badan before mengandung, kite kena pikir jugak 'nyawa' yang kite nak kandung tu nanti :)

    ReplyDelete
  5. thanks jay..very good info..mmg kena dgn sy..sbb i am recently diagnosed with PCOS..and i am in the state 'to change lifestyle'

    feel free to visito my blog
    http://umisufi.blogspot.com/
    tq

    ReplyDelete
  6. hi Jay.. very good info.. thanks! :)

    ReplyDelete