February 18, 2013

Infertility treatment - Banyak Duit?

I came across some facebook post, yang ada setengah orang menganggap mereka yang asyik buat fertility treatment like (IUI berkali2/IVF berkali2) semuanya Banyak Duit.

Dan siap ditanya pula, Banyaknya duit awak? Awak kerja apa?
Mana dapat duit banyak untuk buat IVF semua tu?

I used to wonder all those things. Aku pun ade kenal beberapa TTCians yang buat IVF more than 1 time.
nak buat ivf 1 kali pun perlukan duit yang sangat banyak. Macam mana boleh buat banyak2 kali? Kerja apa?
Yes. Itu yang kita akan wonder. Kerja ape orang tu sampai leh spend buat IVF berpuluh2 ribu.

Aku tak pernah tanya pun golongan ni semua kerja apa.
Apa yang aku tau, bila ko ade satu kemahuan, ko boleh buat apa saja.

Aku tak rasa semua yang buat IVF tu orang kaya-kaya. Betul?
Aku rasa semua kerja biasa2 je. Mungkin mereka rajin menyimpan? Atau punya aset yang banyak before ni.
Jadi jual lah aset atau jual barang-barang yang ada.

Aku ada kawan yang kakaknya takde anak dah 16tahun. Masa tahun ke 7, dia JUAL KERETA untuk buat IVF. Dapatlah dalam 30k. So dia buat IVF.

Hasilnya gagal dan dia tak berani utk kecewa lagi. Jadi dia ambik anak angkat, skang anak angkat tu dah sekolah dah pun. Problem dia, Unexplained. Memang dua2 subur. Taktau apa punca takleh conceive.

Dan aku ade kenal jugak orang yg buat IVF yang jual mcm2 harta yang dia ada. Untuk dapat duit buat IVF.

Aku ade kenal orang yang buat IVF dengan apply personal loan.

Aku ada kenal orang yang buat IVF dengan meminjam duit family.

Aku ada kenal orang yang buat IVF dengan menyimpan duit berbulan2 (malah bertahun) menabung utk buat SATU IVF.

Ya, macam2 cara pun ada.

Jadi kita ni jangan persoalkan, Mana dapat duit? Awak kerja apa?

I dont think semua orang yang buat IVF tu kerjanya CEO semata2.

Kebanyakkannya kerja biasa2 saja. Cuma KEGIGIHAN itu yang kita kena kagumkan.
Takde duit? CARI.

Takkan lah duit datang dari langit? Duit mesti cari. Nak buat treatment mesti cari duit.
Nak beli supplement mesti cari duit.
Tak mampu? Cari lah duit. Buat lah OT, buat kerja lebih. Berniaga sambil-sambilan.
Macam-macam cara ada.
Kita jangan sangka orang yang boleh buat treatment ni duit mereka tu berkepuk2 dan datang macam air. semua perlukan usaha.
Ya, mungkin ada setengah golongan yang bekerjaya yang mungkin lebih banyak duit simpanan, itu rezeki dia tapi kita takleh kata gak "oOOO sebab dia banyak duit lah boleh buat IVF."
TIDAK.
Mungkin juga they just got lucky, dapat bonus 3 bulan ke, naik gaji ke, mana tahu?

Saya kenal ramai golongan TTCian begini. Dan life is never easy for them. Kita ni jangan lah sangka diorang ni memang banyak duit, mengalir laju macam air, selamba je buat IVF berapa byk kali pun. I dont think so.
Kalau kau rasa orang tu banyak duit, kenapa kau melopong? Kau cari lah duit juga!

Maaf if I sounded harsh. Tapi itu lah hakikat sebenar. Mindset kita ni bila nak buat treatment, jangan lah asyik "oo...die banyak duit...bole la!"
"ala..die tu keje sekian2, patot la leh buat IVF 5 kali!"
"hmm...duit banyak...leh la release tensen dengan pegi melancong jauh2..." (ok ini takde kaitan)
Tapi ada juga aku dengar perkataan ini. Yang kononnya TTCian yang nak release tension ni, boleh melancong ke mana-mana sebab BANYAK DUIT.

Masalahnya kenapa kite melopong???
Kau nak melancong juga boleh! Cari lah duit? Hello? Diorang melancong tu free ke?
Nasib dan cara Allah beri rezeki tak semuanya sama. Tapi jangan sangka apa yang dilalui orang lain itu NAMPAK MUDAH.
Kalau dia banyak duit, kita taktahu masalah lain yang menimpa dia yang mungkin kau takkan tertanggung.
Tapi takkan nak cerita pula kat satu dunia?

Dont say things like this again, please. "Ala..duit banyak..boleh laa.."
Dont.
Itu ayat yang sungguh NEGATIVE.
Typical malay ALWAYS say that!
STOP IT LA wei. meluat aku.

Kau pun boleh banyak duit. Kau saja yang taknak simpan.
Aku pun golongan yang kurang berkemampuan nak buat treatment mahal2, atau beli produk mahal2.
Tapi zaman TTC aku dulu apa yang aku ingat duit gaji aku memang HABIS untuk treatment sahaja.
Aku tak enjoy mana pun, duit gaji aku adalah utk TREATMENT.
dan Supplement. Aku beli BIODEX selama setahun, memang duit aku habis kat BIODEX sahaja.
Tengah bulan, aku ada 100-200 utk buat belanja minyak kereta. Tak tipu.

Aku pun penah jugak ditanya orang, Banyaknye duit awak beli biodex? biodex tu kan mahal?
Banyak duit apa kalau aku habiskan terus gaji aku.

Pelik lah aku kadang2. Kenapa kite perlu tanya tentang duit orang?
Dia nak treatment, pandai la dia usaha cari duit celah mana pun. Kau kalau nak treatment jugak, usaha la mcm dia. Ini dok wonder je mana oranglain dapat duit, kalau kau tanya org tu pun kompem orang tu akan jawap "Cari lah"
atau "Kumpul lah"

Duit kan boleh dicari?
Takkan kena pergi merompak bank pula?

Maaf tetibe aku emo pulak. Haha! Just saying, supaya orang tak lagi berkata begitu, tak bagus!
Banyaknye duit buat IVF, kerja apa? yadayadayada.
Kalau kata kerja Kerani? Percayakah?

Sampai satu tahap bila IVF is the last resort, believe me, korang takkan caya yang korang mampu kumpul duit sebanyak itu.

17 comments:

  1. Hi jay.

    I think the typical thought would be ttcians tak spend anything for susu, pampers semua. That's why we have banyak duit. Well, itu satu doa jugak. Semoga ttcians akan terus dapat banyak duit supaya bila ada anak nanti tak payah struggle nak cari duit :)

    On another note, kerani yang berjimat cermat mungkin jugak boleh sama kaya dengan bos yang boros. Thus the ivf yang berkali-kali :)

    ReplyDelete
  2. Betul, kerani pun mampu buat IVF kalau kena dengan usahanya. Memang ada org anggap TTCian ni byk duit sebab takyah spend utk anak, tapi itu orang yg tak berTTC, faham lagi lah kalau diorg tu takfaham. ini golongan TTCian juga yang beranggapan begitu towards other TTCian yang mampu buat IVF. i rasa kite takyah fikir org tu byk duit or die keje ape, for me semua org mampu buat kalau berusaha. mane lah kite tau yg buat IVF tu entah ikat perot berapa bulan, jual rumah ke ape ke, mane kite tahu kan? jadi kite yg nak proceed buat IVF ni cuba la usaha jugak instead of wondering where does this people get money to do it..

    ReplyDelete
  3. Typical malays memang macam tu kot..kadang2 naik bosan mendengar perbualan tentang duit & harta - (bukan dengki sebab dengar orang banyak duit) - tapi bosan perbualan tu menjurus kepada pertikaian 'laki dia kerja apa', 'laki dia buat part time untuk side income, ada bisnes lain', ataupun 'takde anak memang la banyak duit'..pertikaian tu macam menjurus kepada kedengkian pulak..itu secara general.

    Orang pertikaikan tahap kewangan orang lain adalah yang paling tidak bijak..Tak semestinya orang tu takde Astro atau pakai kereta kecil saving dia pun ciput,entah2 jenis yang suka simpan duit dalam bank banyak2. I banyak kawan yang pertikai my purchasing, kalau beli sesuatu barang - branded or not, expensive or cheap, mesti ada yang tanya, 'pakai duit kau ke duit mak bapak kau', or 'kau beli ke laki kau belikan' or 'pakai cash ke kad credit', 'eh, pandai pulak kau beli barang2 macam ni ya?' or 'kau membeli2 macam ni mesti duit simpanan kau sikit kan..?'...Tolonglah, soalan tu sangat2 annoying, menjelikkan dan menunjukkan kebodohan sendiri..

    Bab fertility treatment, masa I kerja pun i memang rajin jumpa doktor (sekali jumpa mestilah beratus) dan tak ketinggalan makanan2 tambahan yang mostly pun RM40-Rm50 paling murah..saving? Nyawa2 ikan. Tapi itu bila ada strong desire & money la..Kalau ada money tapi weak desire, sure duit tu akan habis ke baju la, melancong la, beli kasut la..macam sekarang i unemployed, i tak jumpa doktor, i opt for cheap effort like buat avocado smoothies. ahaha..


    Kalau boleh beli barang tu (or boleh buat IVF for TTCian), maksudnya ada duit lah kan..KAlau sebaliknya, No money no talk..Kadang2 tak faham mentality orang Melayu ni..i pernah je chat dengan kawan lama, tak bagi salam and tanya kabar,yang tegur semata2 nak tanya 'laki kau kerja apa', kemudian bila dah bagitahu terus cabut. Apa punya orang daa..

    ReplyDelete
  4. BnC: betul lah tu. like i say in this post lah kan, Kerja apa boleh buat ivf byk kali? Then kalau dah jwp, dia kate, Ohh patotlah..
    I mean patotlah apa? Patotlah ada duit? Jadi diri sendri yg tak sama kerjaya dgn org itu, impossible utk buat kah?
    Itu semua alasan utk judge diri sendri.
    Sebenanya kalau NAK sesuatu benda, mesti ada jalan dan usaha. Nak dengan Tidak je. tak caya cuba tanya TTCian lain yg dah habis beratus ribu duit utk treatment tu. i dont think diorg tu semua bile decide nak buat IVF je duit berkepuk2 depan mata. Semua tu kena cari.
    i pun takmampu nak buat segala treatment mahal2 like IUI/IVF just becoz i tak mampu nak handle my own emotions. not money. (not that i have that much, though) i rasa kalau i mmg nekad nak buat i dah lama cari duit. tapi i couldnot handle the 'emotion' dan i terlalu takot kecewa. i lebih takot kecewa dari takde duit. seriously. jadi lebih baik takyah kecewa. i sendri takyakin dgn all those treatment but NOT BECOZ it's pricey, (believe me natural treatment, alternative treatment also cost me thousands of ringgit) tapi sebab i hated DRUGS. so i dont want to spend my money on things i hate. that's it. tapi pada yang nak buat IVF/ICSI or watever treatment yg mahal2, usaha dan tawakal insyallah Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  5. typical malay thinking..bak kata omputih..walhal tatau punca cmne dpt duit utk buat treatment, duit beli ubat, duit g sana sini.. pernah dlm TTCGM yg post ttg buat personal loan sbb nk buat ivf/iui/treatment( i tak sure), n sy comment - yup boleh, tu pn satu usaha, janji anda usaha, redha, n jgn give up, jgn pula pertikat ruginya duit ni..sbb treatment tak jadi..never say that! saye pn bkn org senang...dah tolak gaji dgn mcm2 hutang, saving sikit2.. bkn lagi sebulan nk buat treatment, baru simpan..makan bulan dan tahun, seringgit sehari pn simpan juga kn? biasanya org nampak luaran, org akan judge..tu dh jadi lumrah Jay...

    mcam juga org ingat tiada anak boleh la g melancong sana sini, beli brg mahal sana sini?eei(cepuk kepala) , saving..pernah dgr tak yg namanya SAVING, buat bisnes tepi2, jual tdung bawal ke...lagi satu rajin sedekah, insyaallah, rezeki tak putus.. ingat..seringgit pn sedekah tau..

    psal buat rawatan kt gomen @ private pn org pertikai..sy n asben bukan keje gomen, tak boleh pn claim iui/ivf segala..tapi simpan sikit duit, n pergi private..org bukan tau kita ni pnjam duit mak, adik..(sob sob..) sikit2 byr..utk dpt result yg cepat, atleast..boleh la survey hospital mana yg murah sikit...

    Janganlah ada dengki mendengki antara TTCians semua..rezeki, Allah yg beri..Nikmat hidup ni sementara, ini semua ujian.. segala yang diberi, semuanya akan disoal kelak? so, nak kata ape lg pasal rezki orang/rezki kita??

    tetibe emo..hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Nissa: btul nissa, jay sedih kerana tu je sebab kite ni suka sangat wonder mana dtg duit oranglain tapi kite sendri taknak cari duit utk kite sendri...mmg btul before ni jay pun fikir mcm tu jugak, byk nye duit sipolan ni buat ivf byk2 kali. tapi fikir balik, tentu ada jalan. tah2 mcm2 die dah buat utk dptkan duit byk tu, mane kite tau kan? takkan die nak gitau kite pulak? mustahil duit datang begitu sahaja. buat bisnes sambilan ke, berniaga ke and yES, bersedekah tu pun salah satu usaha supaya rezki kite tak putus.
    yeah psl loan tu pun same, sbb tu jay pun suggest kat dia kalau rasa tak menyesal, buat je sbb semua tu usaha, jgn pulak bile dah buat loan then treatment tu gagal, kite rasa menyesal. anggap je belum masanya dan mgkin Allah suruh kite cuba kaedah lain utk dptkan duit ke ape kan..
    usaha sendri hak sendiri, kdg2 kalau kite rase mcm membazir buat sesuatu treatment sbb terlalu mahal, fine, jgn buat. tapi jgn pula kite dok heran apehal org tu duit byk nak buat ivf.
    EH, boleh ada duit beli iphone, boleh ada duit beli makanan, boleh beli kereta, melancong, kenapa pulak pelik kalau org ada duit buat ivf?

    ReplyDelete
  7. Saya sendiri masih mengumpul duit untuk buat IVF...terus terang saya bukan bergaji besar....husband pun begitu...tapi saya dah tekad dalam hati....mesti kumpul duit untuk buat ivf ni....bak kata mak saya duit boleh dicari lagi.....apa salahnya kita berusaha kumpul duit untuk mendapatkan anak sendiri....sekarang ni saya terpaksa hentikan kehendak diri saya sendiri sebab nak kumpul duit sebnayk mungkin..betul kata Jay..typical malay suka fikir org yg buat IVF ni banyak duit....tak semua kan....di mana ada kemahuan di situ ada jalan....kalau kita ikhlas....rezeki tu x akan putus pun......insya allah.......saya x nak menyesal sebab tak berusaha...dah usaha tu selebihnya hak allah nak bagi ke tidak..betul tak?

    ReplyDelete
  8. Anna: betul, u said the right thing. cari duit itu lah namenye usaha. semua fertility treatment adalah mahal, mana ada murah kan. perubatan alternative skang pun kdg2 kena bayar. org melayu suka yang free, jadi bile buat treatment free tapi tiada hasil, sakit hati pulak. but then, what do u espek laa?
    im not an IVF pro here, i cuma support TTCian yang gigih berusaha. no matter what method u choose, ianya tetap usaha. i cuma taksuka kalau kita persoalkan dari mana dtg duit orglain utk buat sesuatu treatment, i mean, sendiri pun boleh fikir la..
    I wish u luck anna, moga2 rezki u diluaskan utk proceed IVF :) insyallah.

    ReplyDelete
  9. selalu kene camni. sanpai kadang tu kita merajuk... sedih pulak... org dok pertikaikan...igt kita merompak ke

    ReplyDelete
  10. Eka: ckp je lainkali, Saya tadah tangan kat langit..tibe2 duit jatuh...huhuhh..pedulikan apa org nak kata eka, yg penting u usaha.

    ReplyDelete
  11. jay,

    Ai came across komen tu. masa baca sentap hati mak nak. kot iye pun nak cakap byk duit, xpyh le buh komen situ. cakap dlm hati sudah.

    tu sbb kdg2 mls nk cakap dgn org ape benda treatment kite tengah buat/dah buat. macam masa Ai mkn biodex tu pun, yg tahu dok kata Ai banyak duit. alhamdulillah mmg byklah duit sebab malam2 Ai buat tusyen dan dengan duit itulah bli set biodex utk suami isteri makan selama setahun lebih. kite nak, so pepandailah usaha. ape kau ingat duit tu bergolek-golek depan mata?

    oh ye lagi satu, klu suka melancong dah tentulah kite akan usaha utk kumpul duit. lainlah kalau mmg lahir dlm keturunan dulang emas. so far perhiasan emas utk diri Ai mmg takde bertambah. betul2 ade set brg kemas hantaran kwen je. mana duit pergi? simpan untuk duit tiket melancong lah!

    errrr timaseyh bagi komen sini. hihihi

    ReplyDelete
  12. hm. kalau dah ttcian sdr kata gitu jay, personally i rasa dia nak orang approve yang dia tak berusaha sampai ivf sebab dia tak mampu. dia tanya pasal kerja orang lain supaya dia dapat menyorok belakang alasan gaji tak cukup.

    i boleh faham soalan tu kalau dia nak tau orang tu kerja apa sebab mana tau sama macam dia, then boleh la belajar macam mana nak simpan duit dengan lebih efektif. tapi kalau respon dia ke arah nak orang bersimpati kat diri dia, hmmm, no comment.

    ReplyDelete
  13. ok chop. sekalik lagik aku tertinggal ketapi. comment kat ne weh? iskkk.

    tp seyes la. mentality melayu mmg lain macam sket. org takde anak, org ttc sume dikatekan byk duit. walhal die tatau camne kite usaha utk dpat duit tu.

    sbb aku ttc n check up pregnancy kat doc yg sama, ade gak suara2 sumbang perli2, ala, membazir duit je nk check up kat private, nk beranak kat private, sape kate hospital kerajaan tak bagus?

    erm, aku malas nk gado, simply kate dah record ade kat doc tu, teruskan je la checkup ngn die.

    tak tahan tu, bole kate, ko byk duit bole la. wat treatment bagai kat private.

    dushhh! byk sgt la duit. usaha la!

    terus terang aku mengaku, dlu time ttc, aku tutup mata je swipe credit card. pastu kiteorg laki bini ade wat bisnes kecik2 nk tampung hidup. igt duit tu jatuh dari langit ke? takkpun cop sndrik duit? pelik gile!

    ReplyDelete
  14. Any: ahaha..cube ko cari bawah2..ayat tu ada kat comment on someone's post. aku bukan nak kritik dia tapi sbenanye ramai beranggapan begitu.
    kalau dia takpenah TTC tu paham. mmg kite pun bengang dgn org yg tak TTC tapi nak tanya2 mane kite dpt duit utk treatment smua. masalahnye ini yg berTTC nak ckp mcm to kat TTCian lain, aku takpaham kenape ko kene tanye org tu keje ape n mcm mana ade duit byk nak buat ivf. ITS PLAIN RUDE. org keje kerani pun layak buat ivf kalau pandai menyimpan duit. btul tak. rata2 aku tanye IVFers semua pun kata, kredit kad ape yg diorg tak swipe? dgn siapa diorg tak meminjam duit? org tattau diorg berhutang ape smua, tapi sedap2 tanya keje ape as if nak buat calculation pulak org tu punye total gaji brapa. i mean, its none of nobody's business. kalau org tu mampu buat ivf byk2 kali ko kene pikir betapa gigih nya dia cari duit. bukan pikir die keje ape. ngeng! aku emo tol kalau org suke sangka mcm ni towards org lain. haih!

    ReplyDelete
  15. AiTotyati: heheheh..akak tau ye. tu lah kak sy tau ramai yg emo dgn komen begitu. sy smpai takmo bukak fb a few days sbb menyampah kalau2 terjumpe ayat tu lagi. malas nak sakit ati walaupun sy tak buat ivf tapi sy faham ramai TTCian berhempaspulas cari duit utk usaha dpt zuriat.sedangkan treatment yg biasa2 mcm ubat clomid, scan berkali2, cucuk sana cucuk sini, hSG test, semuanya pun kalau sy totalkan taktau lah dah berapa ribu. inikan lagi IVF. sy tau ivfers semua usaha mcm2 utk dpt duit, sedangkan smua ivfers tau yg treatment tu chances tipis saje, tapi tetap juga usaha nak buat sebab itu saje option yg ada. itu yg saya kagumkan.

    ReplyDelete
  16. Anis: ok i take ur point "i boleh faham soalan tu kalau dia nak tau orang tu kerja apa sebab mana tau sama macam dia, then boleh la belajar macam mana nak simpan duit dengan lebih efektif."
    MAYBE betul. Tapi soalan jgn RUDE sgt plis. Awak keje apa? mana dpt duit?
    Adoi.

    ReplyDelete
  17. saya suka entry ni...:D
    saya rasa orang duk pertikaian kewangan org ni mmg x de keje lain....
    baik dia duk diam2 utk tambahkan income sndiri lagi bagus...

    saya juga byk kali terkene...
    napa x buat treatment kat hosp gov..napa di private..x mahal ke..bayak duit xpela..blalaalal...
    alahai bosan...
    heii...ada duit xde duit ..kami laki bini jela yg tahu..
    kalo kat umah makan ikan kering hari2 sb nak mengumpul duit bt treatment..xkan la kita nak cite ye dak?hahaha..
    (tapi xla smp begitu sekali..hehe)

    tu belum bab pakai makai ni...kalo kita jenis suka bertykar2 pakai...tudung banyak jenis..ada half moon ..long moon ..org dukla bercakap jugak..
    lantakla kan...dh dia yg kedekut x nak membeli..jgnla dengki kita pulak..kan..kan..hehe
    duk dendiam sudah...suka hati kitala nak beli n pakai apa pon..:D

    ReplyDelete