Wani Ardy, kawan aku yang amat unik kerana dilahirkan tanpa rahim.
Mungkin ada followers yang dah tau, dan mungkin ada yang belum kenal siapa dia.
Kenapa aku banyak kali nak ulang pasal Wani katsini sebab aku kurang suka bila dengar TTCian yang suka mengeluh dan sedih panjang-panjang. Bila kita kata kita TTC maknanya kita ni mestilah cukup sifat untuk berTTC. Seperti ada 2 kilang ovary yang sempurna (kalau yang bermasalah pun adalah sebab benih2 kita), kita ada 2 tube (kalau bermasalah pun mungkin tersumbat, atau hilang sebelah kerana previous surgery/ectopic) dan sebuah Rahim yang elok (kalau bermasalah pun mungkin senget, ke belakang, atau terbalik)
Tapi kita mesti ada 3 organ penting ni. Masalah-masalah itulah yang kita perlu dapatkan bantuan pakar. Dan semestinya bila kita boleh dapatkan bantuan pakar, benda tu boleh diubati dengan kuasa Allah insyallah.
Bagaimana jika RAHIM itu tidak wujud.
Mungkin kah lagi berusaha utk TTC?
Tidak.
Sebenarnya ada chance yang makan puluhan/ratusan ribu ringgit (menggunakan rahim orang lain yang didermakan) tapi tiada dokter yang berani suggest sebab cara tu lebih mengancam nyawa. Lagipun majlis fatwa belum sahkan cara itu dihalalkan atau tidak. Kalau di US, orang2 yang sama penyakit dengan Wani menggunakan khidmat "Surrogate Mother" (Ibu Tumpang) tapi Islam mengharamkannya takut ada issue keturunan kelak. Jadi yang mungkin boleh maybe dengan gunakan rahim orang yang ditanam di badannya. Tapi mengancam nyawalah.
Wani lebih prefer tak perlu lah buat sebab kalau mengancam nyawa, lebih baik hargai NYAWA yang tuhan dah bagi secara percuma ini.
Sepanjang aku kenal Wani, aku takpernah sekali pun dengar kata-kata 'negative' dari mulut dia yang seperti TTCian lain mahupun aku sendiri.
Aku takpernah dengar sekali pun dia mengeluh kesah, sendu-mendu dan sakit hati bila ada sesiapa yang mengandung.
OK Mustahil dia tak rasa apa-apa. Sebenarnya dia juga manusia biasa, dan dia juga sedih jugak, dia juga mahu mengandung seperti oranglain, dia juga mahu menimang anak sendiri. Siapa yang taknak? Tapi tidaklah setiap hari nak fikir tentang tu, dia moved on, sebab dia tahu, dia adalah istimewa dan dia punya semua benda, yang mungkin oranglain takde.
Apa yang di depan matanya semua perfect, itu kata dia pada aku dulu.
Dalam lagu nya juga ada ayat seperti ini "Jangan buta pada yang ada"
Maksudnya, Apa yang ada di depan mata kita ni, kita jangan lah buat-buat buta pula. Lebih baik masih ada apa di depan mata dari diHILANGkan apa yang dah ada.
Kepada yang taktahu, Wani Ardy adalah singer-songwritter dan juga penulis buku.
Dan apa yang berlaku pada dia kebanyakkannya membuatkan dia sentiasa kuat dan redha, dan dari situ jugak dia dapat inspirasi untuk menulis buku & puisi, serta lagu.
Korang kalau nak dengar lagu2 dia, ada di Reverbnation.
Ini satu poem yang dibuat untuk dirinya sendiri dan wanita2 lain yang takkan boleh conceive forever.
Tapi utk TTCians juga sesuai. Korang kena baca. Dream Mothers.
Dan Letter untuk "Future Baby" yang ditulis sebelum dapat anak angkat pun sangat menyentuh hati :')
![]() |
| http://waniardy.com/blog/?p=13423 |
Petikan Kehadapan Fetus:
Maafkan bonda
bonda belum gubah nama buatmu
tapi bonda punya doa
bonda punya mimpi
bonda punya harapan menggunung ke tebing langit
Bonda teruja, mahu lihat kamu tertubuh jadi manusia
bonda canting kamu, cukup untuk pasti mana betul,
mana salah
mana dosa, mana pahala
mana neraka, mana syurga
----- Read more kat link di atas.Ramai orang kata pada dia "Wani, U are so strong"
Wani bagitau aku,
"Apa choice yang Wani ada Jay? Selain dari Be Strong? Sebenarnya Wani pun lembik, tapi ada pilihan lain ke selain dari Be Strong?"
Bayangkan ya, korang semua (termasuk aku yg pernah TTC) setiap kali Hari Raya, atau pergi kenduri-kendara, mesti ditanya "Bila nak ada anak?"
Kita sakit hati kan?
Tapi kita boleh cakap Tengah usaha la ni.
Kita boleh bagitahu orang, kita tengah treatment, tengah makan supplement sipolan2, atau tengah berurut, atau therapy, atau apa saja.
Wani nak jawap apa?
"Saya memang takboleh mengandung, makcik"
Makcik2 terkejut, "Isk! Takbaik lah cakap mcm tu!"
(laa tak percaya pula)
Wani jawap balik kata "Betul, saya takboleh mengandung, saya takde uterus. dah 10 dokter confirmkan"
Makcik2 masih tak percaya dan mengulangi soalan yang sama setiap kali hari raya/kenduri.
Kalau nak cakap berapa kali dia jatuh dan bangun sendiri, korang letak saja tempat korang di tempat dia.
Wani pernah tulis dalam salah satu entry blognya. Katanya dia bersyukur Allah jadikan dia begini sebab sebenarnya Allah menjadikan dia 'Hero' atau Penyelamat kepada anak-anak yatim atau anak2 terbiar. Atau anak-anak tidak sah taraf.
Katanya lagi, kalau SEMUA ORANG dalam dunia ni boleh mengandung dan senang mengandung, siapa nak pedulikan anak yatim dan anak2 terbiar?
Betul juga. Sebab itu setiap musibah yang Allah jadikan itu ada kebaikan.
Jadi instead of not being able to get pregnant, dia rasa Allah pilih dia untuk jadi penyelamat, which is tak semua orang boleh buat.
Semua orang terfikir tak?
Kita ni asyik terfikir kita ni malang, malang, malang, kita lah paling malang.
Padahal kita tak sedar Allah jadikan kita Penyelamat.
Dia sentiasa bagitau orang yang takboleh mengandung supaya fikir macam tu.
Supaya kita ni sentiasa bersyukur.
Supaya kita ni sentiasa rasa kita ni dirahmati.
Wani ada dalam group TTC tapi dia jarang share apa2 kerana semua yang ada disitu share tentang treatment masing2. which dia takpernah buat sebab takboleh buat. Jadi dia cuma baca je untuk pengetahuan sendiri.
Dia cuma jadi silent reader.
Bila hari-hari baca perbincangan orang tentang treatment kesuburan, dia pernah kata, untung semua orang boleh berusaha untuk dapat zuriat sendiri. Biar lah 5 tahun, 10 tahun, tetap ada harapan boleh berusaha. Tetap ada harapan. Tapi dia tidak. Jangan kan usaha, nak ada 'Harapan' pun memang tak boleh.
Tapi tak mengapa sebab dia dah jadi Hero.
Skang ni Wani dah dapat ambik anak angkat yang sangatlah gorgeous bernama Ikhlas.
![]() |
| Curik kat FB wani, Wani sori tak mintak izin hehehehhh |
Trust me, usaha dia nak dapatkan anak angkat pun sangat payah dan besar dugaannya, sama macam kita yang TTC juga.
Wani is a mother now, bagi aku, semua orang layak jadi ibu sama ada boleh atau tidak boleh mengandung.
Kalau ada hasrat nak ambik anak angkat kerana dah terlalu lama berTTC, usahalah. insyallah niat anda tu diredhai Allah kalau anda ikhlas.
Besar pahalanya ambik anak angkat ni.
Jangan lah ego sangat dengan memikirkan anak angkat itu bukan darah daging kita.
Sebab itu lah Rasulullah suruh susukan anak angkat, sebab bila dah susukan, anak itu akan jadi darah daging insyallah.
Nama penyakit Wani ialah Rokistansky Syndrome.
Taksilap saya 1 of 7000 wanita sahaja yang dapat penyakit ni.
Wani pun ada join her own support group utk Rokistansky babies ni, dimana dia sendiri cakap kat aku yang dia sebenarnya bertuah.
Aku tanya kenapa pula?
Sebab wanita2 lain yang Rokistansky, ada yang tiada lubang vagina, muka senget, dan tulang belakang bentuk S. Ada hunchback. Dan pelbagai lagi kecacatan. Kata Wani lagi, sebenarnya Rokistansky syndrome ni macam2. Tapi Wani cuma tiada uterus dan organ yang affected dengan ketiadaan uterus ni adalah buah pinggang, bladder dan tulang dia (which dia selalu rasa sakit tulang dan gigi) buah pinggang dia kecik dan tak boleh tolerate to certain food, bladder dia pulak kecik dan dia takboleh tahan2 kencing. Tapi yang lain, semua perfect as a woman. Fizikalnya perfect.
Wajahnya cantik. Suara pulak sedap.
Mempunyai suami yang penyayang.
Wani kata, orang2 dalam group tu bagitau dia "Atleast u got married"
"Atleast u have a pretty face"
and even worst, ada yang kata "Atleast u can have sex"
Alamak sedih gila Masyallah.
Yang tiada lubang vagina tu takboleh nak have sex, sampai treatment yang perlu dilakukan ialah (maaf ya too much info) tapi ini pengetahuan utk anda yang aku nak share.
Untuk membuat lubang vagina, pesakit itu perlu guna dildo (sex toy) dan hari2 perlu menjolok lubang sendiri supaya dapat hasilkan lubang vagina. Supaya boleh have sex. (gulp!) =(
Itu pun, kata mereka, takde lelaki nakkan mereka sebab muka senget. So ada yang perlu buat plastik surgery dan macam2 lagi.
Kita yang berTTC ni perlu buat tak benda ni semua??????????
Jadi jangan nak mengeluh kesah sangat, ada orang yang lagi malang lagi susah, pun tak cakap benda2 negatif macam kita dok cakap selama ni. Macam kita yang dok suka cakap "bila lah turn aku.."
"bila lah aku nak mengandung.."
"sedihlah tengok kedai2 baby..bila lah turn aku boleh beli.."
yadayadayada..
Wani sendiri cakap kat aku yang dia rasa MALU sebab sebelum ni nak sedih2 sebab takde rahim sebab oranglain yang takde rahim tu bukan stakat takde rahim, Muka senget, tulang belakang senget, cacat anggota yang lain, takde boyfriend, tidak berkahwin dan tidak dapat nikmat sex.
Kalau Wani pun boleh kata dia MALU, aku mase tu apetah lagi? Aku yang sememangnya ada peluang mengandung cuma LAMBAT saja. Dia?
100juta kali malu lah mengingatkan balik entry2 blog aku yang super-emotional sebab miscarried lah, sebab tak period, sebab tak conceive, sebab makcik2 tanya soalan cepumas.
Malu aku.
Wani is the reason aku think more positive everyday.
Kalau dia boleh think positive kenape aku takboleh?
Wani sentiasa positive. Biarpun musibah itu semua kita nampak perit, dia jadikan semua tu benda yang indah buat dirinya.
Setiap apa musibah yang tuhan beri, semua dijadikan semangat.
Sebab tu aku selalu marah kalau orang yang setahun dua kawin tapi STRESS NAK MATI sebab tak conceive. STRESS tu mainly datang dari soalan2 orang keliling. Itu yang sebenarnya kan?
Well look at what happen to Wani. Agaknya kalau kita ni di tempat dia macam mana la?
Korang masih ada UTERUS, ada OVARY dan TUBES. Kalau bermasalah pun boleh dapatkan rawatan. Biarpun makan bertahun tapi ADA HARAPAN.
At least korang tak diberitahu oleh dokter yang korang could never get pregnant.
Aku pernah baca medical report dia.
Last medical report yang dia kena ambik sebab dia dalam usaha nak apply for anak angkat dari OrphanCare. Aku dengan sorang lagi kawan kena buat surat sokongan untuk dia. Jadi aku sempat baca sekali surat sokongan dokter.
Aku tak ingat apa nama dokter tu tapi dokter pakar dari Columbia Asia Bukit Raja/Bukit Naga (lupe)
Katanya:
"I've done a few procedure on Syazwani including endoscopy. Both ovaries and tubes are present, but failed to outline a Uterus. Thus, this means the Uterus is absent and it is IMPOSSIBLE for her to get pregnant forever. Please consider her application to adopt a child"
Macam tu lah lebih kurang.
:( Hampir nak nangis aku membacanya walaupun aku dah tau condition Wani dah lama. Tapi aku terkedu membace ayat dokter tu. "Its Impossible for her to get pregnant forever"
Aku terbayang kawan2 TTC aku, yang sangat tabah lalui macam2 procedure. Sekurang2nya kalau fail, boleh cuba lagi. dan lagi. dan lagi. Cari Duit sahaja.
Tapi Wani takboleh. Doc terus kata Impossible.
Sebab tu aku taksuka lansung dengar kita-kita yang ada BANYAK HARAPAN dan MASA tapi bersedih melampau!. Come on, kita ni masih bertuah kerana masih diberi peluang BERUSAHA.
Bersyukurlah kerana ada PELUANG BERUSAHA dari takde peluang lansung!
Allah tu Maha Mengasihani.
Kalau ikhlas dan redha insyallah Allah akan murahkan rezeki.
Yang takpernah tengok video wani menceritakan penyakitnya yang dihadapi, boleh view kat sini
Yang SUKA SANGAT RASA DIRI ANDA MALANG, lebih baik tengok video ini. Contohilah macam mana Wani fight semua ini.
Aku bukan nak promote Wani gila2 sangat, dan takde niat nak suruh orang simpati ke apa dekat Wani. Tapi aku nak share apa yang kawan rapat aku sendiri hadapi, biar jadi inspirasi untuk semua TTCians. Insyallah.
Aku sayang semua kawan2 TTCian aku, biarpun aku takkenal korang.
Sungguh.
Kalau aku tak pedulik, ape aku kesah nak update blog ni lagi kan.
Aku nak semuanya berfikiran positive, supaya Allah tak hina kita kat akhirat kelak kerana taknak bersyukur.
Masyallah :(
ps: Wani, if u are reading this, sorry sebab tak tanya dulu nak share pasal wani kat sini. I need to share your story to everyone as a motivation, harap wani takkisah, ya?



pernwah tgk video dia.tiba2 rasa...teruknya diri ini... dah ada lengkap semua pun asyik nak mengeluh.be +ve eka, be +ve
ReplyDeleteJay,
ReplyDeleteBetul cakap u Jay, kadang2 org mcm Yani ni kena pandang/lihat masalah org lain sebelum jatuh hukum Yani ni dah habis teruk dah diuji. Terima kasih sebab sedarkan Yani.
mmg kuat lah dia.. kita kena selalu ingat kalau kita susah ada orang lain lebih susah. salute dengan TTCians semua, tak kira yang sekejap atau yang lama menanti.
ReplyDeleteInsyaAllah kami semua akan berfikiran positif
ReplyDeletekalau sekali sekala rasa down, akan bangkit kembali
Tuhan menguji dalam batas kemampuan..
InsyaAllah jika ada rezeki, ada la..
Kalau tiada, Tuhan janji rezeki yang lain pula..
Positif, positif, positif
subhanallah...semua ciptaan Allah itu sangat bermakna. saya menginsafi kerana salalu merasa diri tidak disayangi kerana belum sempurna sebagai perempuan
ReplyDeleteblog wani dah lama x update..ker dia ada blog baru dear ?
ReplyDeleteHaslinda: tak, die ade satu blog je. ak ah dia dah lama tak update sebab haritu blog dia ada problem hosting. now baru setel so die ade byk backdated post yg blum publish. hehe..lagipun maybe busy gile kot dgn students & anak lagi. tapi die rajin update fb dia, nnt search Wani Ardy and LIKE ya.
ReplyDeleteterharu dengan ketabahan wani.....dan sesungguhnya kita ni masih ada harapan walaupun lambat kan......thanks jay...cerita ni mmg bagus sebagai motivasi kepada TTC .....
ReplyDeleteAssalamualikum..
ReplyDeletepertama kali baca blog ni, dan pertama kali nk komen..
saya menangis baca entry ni..
sungguh..
terima kasih sis share cite ni..
ALLAHU AKBAR!
Besar sungguh kuasaMU Ya Allah..
Salam
ReplyDeletesangat2 inspiring for me, as TTCian.
married for almost 2 years, and with low level of progesterone(+PJJ) that causes me tk preggy2 lg. Selalu rasa diri malang but tgk video ni, tgk blog entry ni sgt2 beri motivasi..
"Allah hanya menguji hamba2Nya dengan ujian yang mampu digalas hamba2Nya.."
dan ya! kitalah org2 terpilih.
Alhamdulillah..
1st time know this problem....ye...wani sangat tabah orangnya...semoga dia sentiasa bahagia
ReplyDelete